Thursday, April 1, 2010

**Saat Lafaz Sakinah**

Salam sakinah buat semua hamba yang masih dipinjamkan segala nikmat yang ada di dunia sementara ini. Salam kedamaian, salam ketengan...setenang air yang mengalir di sungai firdausi...

Bagaimana shbt2???jeng2...musim exam semakin dekat...exam datang lagi...yeaa......ades...sakinah, dh hbs study ke??mesti la belum.

ok2, kembali ke pangkal jalan..kinah nk share something.

Ada satu hari ni teringin nk buka freindster, buka la...tibe2 nk buka frienster Abdullah Fahmi dengan Hafiz Hamidun sbb kinah jadi fan hamba Allah ini.

Buka fs Abdullah Fahmi, tiada apa perkembangan sangat yg kinah dapat...gmbr kahwin dia yg tu juga la...cantik sgt isteri dia....

Buka fs Hafis Hamidun...dia ada post lirik lagu baru yg dia cipta..tp skrg ni x berapa baru la dh, sbb lagu tu siap di rakam januari lalu.

Tajuk lagu tu, 'Saat Lafaz Sakinah'.....apa lagi, mesti la berbunga hati ini, sbb ada perkataan 'sakinah' di hujung tajuk lagu tersebut. XPDC pun pernah ada lagu tajuk 'Sakinah'....haish...

Kinah baca lirik dia, memang tersentuh...cuba cari dlm internet nk download lagu dia, tp xde lagi sbb masih baru...liriknya pun dh cukup meruntun jiwa keperempuanan ini.

First time kinah baca, fahaman kinah ingt saat lafaz sakinah ini ialah lafaz akad nikah, yang "Aku terima nikahnya..........." rupanya bukan....

Lafaz sakinah ialah lafaz oleh bapa atau wali kita sebelum akad nikah..yang ada sebut macam 'saya (nama wali) dengan ini menyerahkan anakanda tercinta buat suaminya.....' dan seterusnya la....

Ya Allah...mesti sebak kan bila kata2 tu dibaca oleh ayah kita saat hari pernikahan kita nanti..terutama bg kaum hawa...sebab berpuluh tahun si ayah dan si ibu menjaga anaknya ini, tibe2 menjadi hak milik sepenuhnya yang berstatus sementara kepada seorang lelaki yang ditakdirkan menjadi imam dalam hidup si anak dara itu.

**Kisah bayi baru lahir**

Tibe2 kinah teringat kisah bayi yang baru lahir. Masa di matrik dlu, masa usrah di sana. Pernah dikongsikan, kenapa bayi menangis semasa dilahirkan...

Secara rawaknya, setiap bayi yang keluar dari rahim ibunya, pasti esak tangis yang didengar dari si bayi iti bukan, kalau tak menangis, doktor akan pastikan bayi tu mengangis jg...

Jika di tanya, kenapa bayi itu menangis, kinah tak tahu jawapan yg spesifik atau pun secara saintifik..tp kinah cb berkongsi apa yang kami bincangkan dalam usrah dlu.

Pertamanya, jari bayi yg baru keluar dari rahim ibu sudah tentu dalam keadaan menggenggam kan... itu tandanya si bayi itu menggenggam amanah yg di letakkan kepadanya utk menjadi imam di atas muka bumi ini....dan sebab itu si bayi menangis kerana merasakan amanah yg diberikan itu terlalu berat....

Bayi yang baru berapa bulan terbentuk itu belum tentu dapat berfikir tentang amanah jika difikir secara akal logik, tp itu indahnya ciptaan Allah.

Apa kaitan bayi menangis ni dengan lafaz sakinah tadi yang kinah nk cuba kaitkan ek??erm...

Macam mana ye...kinah pun bukan sesiapa...manusia lemah yg bnyk cacat celanya...inipun peringatan utk diri kinah jg.

Masa kita kecik, kita nangis sbb takut nk pegang amanah utk berada di bumi Allah ini..mengangis sebab rasa amanah yg diberikan sangat berat...

tapi, masa bertambah masa...dari saat ke minit, dari minit ke jam, dari jam ke hari, dari hari ke minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun..dan sehinggalah saat ini...siapa kita dan apa yg kita dah buat, apa yang dah pun kita laksanakan dengan amanah yg kita diamanahkan sejak dari dalam rahim ibu itu???

Adakah air mata merasakan amanah itu berat masih menemani di sisi kita??? Kinah bnyk dosa, kinah bnyk kelemahan...mgkn tak patut kinah tulis ni, tp moga ia jadi peringatan bersama.

Sama seperti lafaz sakinah tu tadi...

Di awal pernikahan, juraian air mata mengiringi hati pengantin perempuan kerana tanggungannya kini bukan lagi di bahu ayahnya, malah si suami.

Mungkin begitu jgua si suami, merasakan amanah yg besar baru sahaja digalasnya...

Itu air mata di hari pernikahan. Itu juga lah analogi air mata ketika bayi dilahirkan.

Setelah masa berganti masa bernikah, adakah air mata itu masih segar sebagai pengingat siapa si suami dan siapa si isteri di mata Allah???

Allahu akhbar.....lafaz yang bukan sekadar lafaz biasa, namun lafaz yang dipikul sampai akhir hayat. Yang akan dihisab perlaksanaannya di hadapan Tuhan pencipta sekalian alam...

Kinah selitkan lirik lagu 'Saat Lafaz Sakinah'...sama2 hayati lirik yang sangat menyentuh hati..

Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya


Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Mendalamkan maksud lirik lagu ni...ampun kan kinah..kinah bukan la terbaik pun nk tulis semua ini, tp ni pun cara kinah peringatkan diri...

Salam sakinah dalam mujahadah seorang hamba.

4 comments:

  1. owh...

    saya?

    tidak pasti boleh atau tidak memberikan sepenuh jiwa dan raga buat si bakal suami suatu hari nanti

    siapakan dia?siapakah yang tekah tercatat di luh mahfuz ku?

    siapa?

    :))

    ReplyDelete
  2. salam... sy mohon share blh?

    ReplyDelete
  3. to anonymous

    jemput2...silakan..apa2 pun asif jika ada kekurangan di mana2

    ReplyDelete
  4. seroko baca blog nie.. tahniah tambahkan lagi info untuk kita berfikir

    ReplyDelete

Jom berkongsi