Tuesday, September 7, 2010

:: Harga Sekeping Kad Raya ::

[entry saje2]

Assalamualaikum semua.....ceria2 sokmo...

Hari ni, alhamdulillah kinah dah selamat smpai rumah...setelah melalui hari2 yang menguji iman juga la. Dengan semalam berperang di dewan peperiksaan di pagi hari, fuhh, memang terasa betul2 di medan jihad je dah sebab kampus dah lengang, maka suasana tu agak menggamit minda juga la.

Plus minus lebih kurang jam 3 petang kinah gerak dari kampus bersama 2 org shbt lagi..perjalanan yang biasanya 3 jam jadi 4 jam hari ini...baru 4 jam je kan...adush.

Gelojak hati untuk berjumpa keluarga tiada siapa yang tahu gembiranya, tambah2 plak semangat bawa balik kerepek yang sangat bayak kan...sampai ke shah alam tu shopping kerepek.

Meh nak story2 kisah kinah buka pose dua tige menjak ni. Disebabkan rakan2 karibku telah pulang, maka kinah kehilangan buat sementara insan2 penyeri sehari-hari. Nak jadi ke cerita, berbuka la sorang2.

Kalau hari biasa buka sorang2 xpe, ni kolej dah la dah sunyi, kengkawan sekeliling plak dah balik, part tu memang terasa habis la, orang kate touching hbs la. Tapi, biar sunyi dari sahabat, hakikatnya kita tak pernah berseorangan kan di dunia ni sebab Allah tu sentiasa ada untuk kita.

Sesampai di rumah tadi, lebih kurang jam 7 petang, terus bersiap untuk berbuka la kan. Semasa di meja makan tadi, soalan yang terpacul di mulut kinah apa taw ," Takde kad raya untuk ina ke??"

"Takde..."balas mama.

Ok, takde kad raya ek untuk kinah kali ni. Last week balik ad sekeping kad raya untuk kinah.

"Kepada: PUAN Shakinah Sukardhi"

Hah???terkejut habis kinah, PUAN??? Apakah??? sejak bila kinah kawin ni?? Kenapa tuan badan tak tahu pun dah kawin ni??

Ok, mak semua dah terkejut sebab kad tu tulis puan kan. Setelah dibuka, baru kinah tahu. Kad tu dihantar oleh sebuah butik yang kinah jadi ahli...jual t-shirt muslimah direct dari Bandung, Indonesia. Meh beli t-shirt tu, kinah bagi harga murah sangat2 sebab tujuan kita nak berdakwah kan, nak meramaikan gadis2 di luar untuk berfesyen secara yang sebetulnya.

Seusai solat maghrib, mata kinah terpana pada laci bawah sekali pada dressing table dalam bilik kinah. Haish kinah ni, bukan nak mengaji ke berzikir ke apa, ni sempat lagi kan nak imbau memori semua ni....

Ada 3 kotak kasut yang agak besar dalam tu. 1 kotak adalah himpunan surat2 cinta zaman muda2, 2 kotak adalah himpunan kad2 raya sejak dari darjah 4 lagi sehingga terbaru la. Nak ambik gambar letak dlm blog ni, tapi bluetooth laptop ada prob....

Kad raya pelbagai saiz, pelbagai corak dan warna, dan sudah pasti perlbagai tulisan tangan semestinya buat kinah rindu pada segalanya.

Kad raya mana yang paling kinah sayang??

Semua kinah sayang, sebab semua diberi oleh sahabat2 kinah. Tapi, ada satu kad raya ni teramat istimewa sebab....adalah, terlalu peribadi rasanya utk dikongsikan di sini.

Jika dulu, salah satu statistik yang akan masuk berita, sudah tentu statistik bilangan kad raya yang hendak di uruskan oleh pejabat pos, tapi kini, kemeriahan itu semakin menemui 'pencairan'. Bukan takde masuk berita lagi dah, ada je kan masuk berita, tapi tak semeriah dulu la.

Bila dengar bunyi enjin motor posmen je, semua orang akan berlari kan ke pagar tergedik2 nak tahu ada kad raya ke tak. Kini, tiada apa yang dikejarkan....segalanya melalui laman sesawang yang menjadi pengikat hubungan sosial segenap pelusuk dunia.

Upload satu kad raya digital, tag rakan2 semua....terima kepada yang sudi tag kinah...kinah x balas apa2 pun. Sekadar menjadi silent reader dari jauh kan...

Antara part paling best, MMS...amik gmbr muka sendiri, edit dlm hp then hntr kat kengkawan..tu dia haih...makin moden la ni...

Jika dulu, kinah pernah publish satu entry tajuk apa kinah lupa. Tapi dalam tu kinah ada huraikan tentang fitrah manusia yang suka kembali kepada asalnya....dan fitrah itu di buktikan oleh rindunya kinah pada sekeping kad raya yang diutus dari sahabat2..

Bukan la bermaksud kinah nak semua kena hantar kad raya pada kinah, tapi kinah takpe kalau tak membalasnya...bukan, bukan itu yang menjadi agenda kinah. Memori...yup...thats the proper word, memory...life is a part of memories..

Kembali kepada fitrah manusia tu, kinah suka recall contoh2 yang pernah kinah utarakan dulu. Lagu raya....jika dibanding lagu lama dengan lagu baru, pendengar hari ini masih memilih lagu raya yang lame2 kan sebagai juadah telinga yang utama...kenapa??sebab fitrah manusia tetap kepada yang asalnya...

Setiap yang hidup tetap kembali kepada penciptanya bukan....sebab itu hukum alam, fitrah alam yang diaturkan...

Segalanya ada kitaran yang tersendiri.

Biar pun kita pergi hotel termahal di dunia sekali pun, masakan air tangan mak di rumah juga yang tetap menjadi pilihan di hati kita, biarpun mak hanya masak nasi dengan telur goreng dan ikan masin...segalanya teramat istimewa kan.

Begitulah harga sekeping kad raya di hati kinah saat ini. Zaman sememangnya berubah, tapi takkan ada sesiapa atau apa2 yang boleh merampas erti sebuah 'kemanisan' memori dari hidup kinah.

Tak sabar sungguh untuk bercuti,
Untuk pulang berhari raya,
Kenangan kad raya terpahat di hati,
Sungguh ia tiada galang gantinya.

Kad dikirim oleh rakan taulan,
Pelengkap di pagi hari lebaran,
Ia bukan sekadar ucapan,
Malah ikhlas kemaafan jadi taruhan.

Pergi membeli tudung dan jubah,
Mesti mengikut warna tema,
Biar masa terus berubah,
Moga kenangan tetap bersama.

Sekadar mengimbau zaman muda2...salam kekhilafan dari meja penulis

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi