Thursday, September 15, 2011

:: Rasa Seorang Suri ::


Assalamualaikum wbt.

Sekadar sebuah coretan hati kali ini. Tiada yang penting mungkin. Bila berbicara tentang coretan hati, kinah teringatkan kata-kata seorang ustaz plus ada juga di tulis dalam article di iluvislam, di mana dengan cara menulis sebenarnya merupakan salah satu terapi bagi merawat hati. Kinah tersangat mengakui hakikat ini.

Menulis banyak bentuk, ada puisi, cerpen, diari, berblog atau apa sahaja yang berbentuk tulisan, malah bermesej melalui hp jg consider sbg 'meluah'. Jika di tanya pada kinah, kinah suke menulis ke?? Yup, sangat2 menyukai, since sekolah lagi kinah suka buat sajak terutama. Biarpun sebenarnya bidang ni mendapat sedikit tentangan daripada keluarga, tapi kinah selalu curi2. Bonda kinah tak suka kinah terlibat dalam dunia sastera sebenarnya, dia tak nak kinah hidup di alam fantasi. Tapi, mungkin ada sesuatu yang lebih besar di sebalik itu.

Bagi kinah, menulis ni sedikit sebanyak dapat release tension satu hal, at the same time kita boleh jadikan 'reference' kita pada masa depan tentang siapa kita hari ini. At least, kita ada ukirkan 'sejarah' untuk diri sendiri. Lain orang lain pendapat. Lain padang lain belalang kan.

Sejak dua menjak ni, sakit datang balik.

Dah la selama duduk rumah, kinah memang tak pernah sakit, tapi dua tiga menjak ni, hati jadi huru hara skit, tu yang sakit datang kot. Apapun, semua tu khilaf kinah sendiri.

Menghabiskan masa menjadi surirumah adalah saat-saat yang terbaik. Suatu perasaan yang amat indah. Bila malam, terasa la skit kaki sakit-sakit...even masih muda kan. Just imagine macam mana orang dulu yang berderet anak, dah la gi menoreh apa semua, balik rumah sempoi je masuk dapur, malam boleh main dengan anak2 lagi. Puas juga memikirkan tu.

Tapi, apabila diri sendiri yang beradaptasi dengan keadaan ni sedikit demi sedikit, biarpun situasi tidak sama 100%, main point yang paling penting adalah perasaan tu. Perasaan gembira yang tak mampu di gambar dek kata-kata. Rasa yang tiada nama.

Rumah dah cantik, lantai dah bersapu, pinggan mangkuk settle, lauk even simple, tapi keikhlasan tu konpem akn buat ia jadi sedap.....

Bila sebut memasak, teringat zaman mula2 nk terjun ke dapur.

Bak kata sepupu, nak goreng ikan pun sebatu dari kuali, takut minyak. Nak goreng telur pun kelakar. Pecahkan dulu telur dalam mangkuk, baru tuang dalam kuali, sebab takut nak pecahkan telur terus dalam kuali. Betapa 'gedik'nya sakinah suatu ketika dulu. Kalau ada pihak yang kata, "manjanya kau sakinah"...yes I am.

Dulu, duk hostel dari zaman F1 sampai la sekarang. Bila balik dari hostel, weekend je, memang tak terjenguk la dapur time tu. Jumpa tak jumpa pun lepas SPM.

Mama kinah pula, sifir dia, selagi dia boleh buat sorang, dia takkan libatkan anak2 dia. Lagipun masa tu mama masih kuat. Mana tak manja anaknya.

Tapi, sedikit demi sedikit mama semakin tegas.

Pagi, pergi kerja....dia tinggalkan rumah, dan apa yang mama tahu jam 5 petang, dia balik keje, semua kerja rumah dah settle.

Mula2 rutin ni berlaku dalam hidup, honestly kinah buat sebab takut pada mama. TV terpasang ni, tapi menyapu ke apa ke...janji boleh tengok TV. Asal mama balik keje, katakanlah kinah tak lipat kain hari tu sebab leka tengok TV, mama memang akan marah. Tapi terima je la, sebab salah sendiri....

Bertahun amik masa utk ikhlas buat semua ni. Sebab masa buat tu hati masih tak faham kenapa kena buat ni. Dalam hati masih ada dengki sebab abang tak pernah tolong buat kerja rumah pun. Geram.

Hinggalah Allah menakdirkan mama ada sakit. Andai di tanya mama sakit apa, kinah tak mampu nak jawab secara tepat. Sebab dulu setahu kinah, mama ada problem pada balancing dalam otak, masa tu lesen kereta mama dah nak kena tarik, sebab mama tak dibenarkan langsung untuk drive. Abah anta gi keje hari2. At the same time, kinah dapat tahu mama ada problem kat ulu hati mcam tu la. Skop pemakanan mama sangat2 kena jaga, tak boleh langgar. Especially, tak boleh pedas langsung.

Tapi, last week, teman mama gi TCA. Jumpa doktor pakar di Kuantan. Doktor yang dah bertaraf Prof kot, memang terbaik la. Mama memang tak pernah cerita dia sakit apa sebenarnya, bila tanya pun mama juz cakap "Allah adik, biasalah kalau dah berusia macam ni".

Masa gi TCA tu, mama tinggal x-ray dalam kereta kinah, then kinah cuba tengok, aik...kenapa ni bahagian kepala dengan leher. Lepas tu teringat mama cakap,"Risau pulak mama, doktor tu tadi cakap mama kena rujuk pakar saraf pula".

Ya Allah, mama aku sakit apa sebenarnya?? Kenapa susah sangat mama nak cakap. Memang anak dia tak amik medic, tapi insyaAllah boleh faham dan boleh cari term2 medic ni.

Alhamdulillah, Allah uji kami sekeluarga.

Tapi, orang yang sakit tu adalah mama kinah, berlagak kuat, berlagak seperti takde apa2 yang berlaku. Jenis yang tak reti nak minta tolong orang. Degil. Itu mama kinah yang amat kinah sayang.

Mama, Allah sayang keluarga kita, sebab tu Dia bagi semua ni.

Cukuplah mama tahu anak dia ni sihat. Berapa kali keluar masuk hospital, pengsan di sana sini, berapa botol air dah masuk, tak perlu mama tahu. Dan ina takkan bagi tahu mama sampai bila2 pun macam mana keadaan di sana masa sakit.

Ina takkan lupa wajah mama, insan pertama yang ina nampak lepas ina sedarkan diri saat pertama kali sakit masa di F3 dulu. Mama tak pernah berwajah macam tu. Selama ni mama rawat anak orang, mak ayah orang, tibe2 mama dapat panggilan daripada hospital, kawan mama sendiri plak tu yang call mama bagi tahu anak mama terlantar di hospital. Hebatkan kuasa Allah.

Itulah pertama kali ina sakit yang sebenar-benarnya sakit, dan mama dapat tengok depan mata mama sendiri. Tak pasal2 dapat MC 5 hari. Ina janji, ina tak nak bagi mama tengok dah lepas ni. Itu janji ina.

Apapun, setiap apa yang berlaku, semuanya ada hikmah.

Masa berganti masa.

Dan masa mendewasakan kita.

Tak sangka, kerja yang pernah dilabel sebagai beban suatu ketika dulu, baru kini dapat dihadam erti di sebalik semua itu. Terlalu indah. Memang patut syurga di bawah kaki ibu, Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Duhai anak duhai diri
Pernahkah kau rasa payahnya menjadi seorang ibu??
Andai kerja yang dikau lakukan hari ini
Di samaratakan dengan tugas ibumu terdahulu
Sumpah
Ia jauh berbeza
Jangan pernah bilang
Dikau mampu memahami
Apa rasa si ibu
Kerana selagi gelaran itu tidak tersandang dibahumu
Tiada siapa yang mampu menyelami rasa itu...



Biar sesibuk manapun kita, biar sepenat manapun kita, ingatlah ada insan yang berganda lagi sibuk, lagi penat dari diri. Insan itu dah pun 'bekerja' selama puluhan tahun tanpa berhenti, dan semua tu tanpa gaji. Tapi, pulangnya tetap dengan senyuman, hatinya ikhlas mencari redha Tuhan, bibir basah mendoakan kesejahteraan keluarganya dunia akhirat.

Andai pernah tertingkah suara insan itu, ingat kembali bagaimana sewaktu kecilnya kita dulu. Yang hanya tahu menangis dan menangis saat kemahuan tidak di turutkan, saat badan tidak begitu menyelesakan. Mana mungkin kita dapat mengingat saat kecilnya kita secara tepat, tapi fikirkanlah bagaiamana kehidupan seorang bayi. Saat itu, insan ini menatap dengan senyuman, menyentuh dengan kasih sayang biarpun badan penat masih tersisa, kaki lenguh mencari rezeki buat anakanda, namun prioritynya tetap kamu, tetap kinah selaku anaknya.

Buat Puan Saleha Mohd Yusof, kamu adalah bondaku dunia akhirat, bonda terbaik di dunia.

salam kekhilafan dari meja penulis.



p/s : sebuah perkongsian, bukan untuk riak, jauh sekali berbangga diri. Catatan hati untuk peringatan diri.

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi