Saturday, September 3, 2011

:: Memori Raya 2011 ::

Dam dam dum bunyi mercun...bom terbaboo....apa-apalah bunyi mercun sekali pun. Janji ada aura2 skit.

Raya pertama.

Kat sini penulis sekadar nak cerita2 tentang perjalanan syawal kinah untuk beberapa hari ni. Bermula dengan pagi syawal tu, kinah balik kampung ayah yang sangat jauh tu, 15 minit dari rumah. Mcm biasa, rutin menziarah kubur bersama saudara mara yang lain. Terasa syahdu sebab kinah 'berkenalan' dengan moyang, atok sedara kinah di sana. Abah tunjukkan kubur2 mereka pada kinah. Mungkin tak pernah bersua muka, tapi darah mereka itu paling tidak sedikit tetap mengalir dalam diri kinah. Apapun, alhamdulillah, dapat juga kinah berkenalan dengan mereka.

Perjalanan raya pertama biasa2 je, sebab pagi kampung abah dan petang kampung mama. Kampung mama lagi jauh, kena naik flight lagi, Kampung Felda New Zealand tu, terbaik la. Biarpun adik beradik mama tak ramai, hanya 3 beradik je yang ada kat kampung masa tu, tapi meriahnya, macam 10 orang adik beradik. Di sebabkan sepupu semua umur lebih kurang, maka kepala semua masih suku2, yang dah kawen beranak pinak ke tak kawen lagi ke, same je. Kemuncak berada di kampung ni adalah part main mercun. Kepalanya, abang kinah sendiri dan abg de. Mula2 geram juga sebab bising, tapi lama2 eh2 kinah pun jadi penonton.

Paling takleh tahan saat dua orang kanak2 iaitu adik auni dan iman, generasi ke-4 keluarga kami menjadi 'pom-pom girl' kat laman rumah.

"Laawaan...laawaann..."

Adui, tergelak2 bila ingat. Kisahnya di ceritakan oleh sepupu kinah, situasi di kampung tu memang tiap2 malam akan berlawan mercun. Mercun bola la paling kerap sekali kedengaran. Tapi kemuncak, mercun yang meletup2 kat udara, lepas tu keluar bunga api banyak2, sangat cantik. Kinah tolong tengok je, abang tukang bakarnye. Sepupu pembekal mercun, memang sangat bekerjasama di situ ye. Golongan mak2 dan ayah2 duk dalam rumah tengok tv, anak2 semua budget masih muda, duk main bunga api la kat luar.


Sebut bunga api, masa anak2 buah main tu, tibe2 kinah teringat zaman kinah 6,7 tahun. Duk main bunga api dengan sepupu kat pokok bunga pe ntah namanya tak tahulah, tapi pokok tu dah takde. Main bakar2 sate padahal guna daun pokok yg di cucuk pada lidi je pu. Lepas tu letak pelita dalm tong cat, konon2 tang lung la tu. G jln keliling rumah bawa 'tang lung' tu....terlalu banyak kot zaman kanak2 dulu yang takde pada kanak2 sekarang.

Raya kedua.

Setiap tahun, raya kedua ni sememangnya di peruntukan khas buat puak kerabat keluarga abah. Adik beradik abah ada 9 orang...kakak2 abah plak ramai yang dah bercucu segala bagai, mau tak besar jadi keluarga kami. Kalau yang dah keturunan ke 4 tu, kinah jujurnya tak hafal sangat nama2. dah macam satu kewajipan, setiap raya kedua, anak beranak keluarga abah yang KECIK tu datang rumah kinah. Sangat meriah.....walaupun rumah kinah kecik je, tapi memang meriah la. Tak menang tangan.

"Kesian awok inah ye,"

Dialog ni paling common sekali. Sebabnya, kinahlah tukang basuh pinggan tegar dalam rumah ni. Mama akan melayan sedara mara, maka kinah akan terkebil2 kat dapur. Nak cari kinah, memang kat dapur la time2 macam ni. Bukan marah sedara mara, tapi tak tahu nak gambar seronok berkongsi rezeki tu macam mana, even pengeluar duitnya bukan kinah kan. Yang jadi penat berganda sebab kinah satu2nya anak perempuan dalam keluarga ni, maka tak menang tangan nak settlekan dapur.

Part paling best, bila semua sedara mara duk berkumpul, ada la isu2 yang di jadi ke cerita. Isu tak lapuk dek zaman tentu lah kes2 kawen ni. Huhu...sepupu kinah nak kawen minggu depan kot....

Sebelum balik, sesi bergambar....bergambar keluarga. Ikut pangkat. Mula2 adik-beradik, kire mak2 sedara, ayah sedara, adik beradik abah kinah la....tapi tak cukup semua, ada yang takde. Lepas tu menantu2 plak. Pastu baru kategori kinah...cucu.... Bila ingat, macam tak caye je semua dah besar2, dah kawen, dah jadi mak ayah orang pun. Padahal dulu same2 main pasir, gi alur sungai belakang, main air banjir. Masa berjalan pantas kan. Last sekali cicit plak. Tersusun la yang kecik2 ni. Kecoh kot. Kinah segan sebab pakai baju dapur je, orang lain pakai baju raya, huhu, tapi belasah la setelah kena paksa dengan mama.

apapun, biarpun penat, tapi terbaik. Buat semua saudara maraku, terima kasih sebab sudi datang rumah ina even ada kekurangan di sana sini. Harap tak serik datang rumah ina lagi. Buat abg din, special thanks sbb tlg ina basuh pinggan kat dapur....terharu....

Raya ketiga.

Raya ketiga ni biasanya kawan2 mama dengan abah dah mula datang ke rumah kami. Kinah dah macam boleh hafal hadual raya tiap2 tahun. Sebab dah macam teratur je....

Paling luar dugaan bila 6 jejaka tampan dan kacak datang beraya rumah kinah. Mereka adalah sahabat2 kinah zaman kanak2 riang dulu, kawan2 skolah rendah. Di sebabkan menu aritu adalah nasi dagang, maka itulah yang menjadi santapan mereka. Unplanned punye planning. Secara mengejut je dia orang datang. Apapun, terima kasih buat fahmi, syazwan, haikal, amir, adzim dan syakir sebab sudi datang.

Planning hari tu untuk beraya ke rumah sedara mara berjalan seperti di rancang. Semuanya sekitar pekan dan kuantan. Saudara mara kinah tinggal dekat2 je semuanya, maka takde masalah sangat untuk saling menziarahi.....yang penting, alhamdulillah nasi dagang hari tu habis.

Raya keempat.

Pagi dan petang tu macam biasa je, orang datang dan pergi... paling best jam 2 petang.

"Assalamualaikum....kami datang nak raya...." ayat ini di lantun oleh beberapa orang kanak2 di luar rumah sambil menggoyangkan pagar rumah...

Dalam hati kinah,

"Haish budak ni, baru ingat nak rehat-rehat,"

Boleh plak kinah terdetik ayat macam tu. Adui. Agak2 zaman kinah kanak2 dulu gi beraya rumah orang, macam tu la kot tuan rumah rasa....

"Haa dik, masuk-masuk. Duduk kejap ek, akak nak buat air...satu, dua,.....oo tujuh orang," duk mengira budak berapa orang, nak buat air senang.

*sekembali dari dapur buat air dan mmbawa cawak dalam dulang dan berjalan ke ruang tamu*

"Eh, kenapa tak makan ni?" kinah hairan kot sebab memasing duduk je.

"Akak tak suruh makan pun, akak kata nak buat air,"

Hahaa, padan muka kau sakinah. Kau nak lawan dengan budak2, budak2 dah la jujur. Boleh tahan budak ni 'patahkan' hujah aku, cis.

"Ok2, jom makan. Kuih ni sedap dik..." sambil ambil satu masuk mulut. Saje nak bagi budak tu terliur.

"Akak, ni air apa??"

"Rasa-rasa ni air apa...."kinah saje menduga dia orang.

"Ribena...."sorang jawab.

"Eh, bukanlah.....air sunquick yang warna ni,"sorang lagi jawab.

"Air ni kan, macam kat rumah kita, rasa macam ni, tapi air tu air BEELEK KAREN" jawab sorang lagi.

Perut kinah tahan gelak jangan cakap. Adui.

"ha...betul la tu. Tapi sedap tak air ni??"

"sedaapppp...."jawab ramai2. Budak2 jujur kan....maka air tu memang sedap la kan. Sakinah ni, buat air pun nak bising. Apa lah. Penat kot layan budak2 tu. Last kinah lari.

Gi ruang tamu tengah, duk gaduh dengan abang dan ayah sape nak bagi duit raya, sume duk suh kinah, kinah plak tak nak. Last2 ayah bagi.

Sekali budak2 tu anak2 jiran selang dua buah rumah kinah ni je. Paling lawak, time kinah balik dari kedai, terserempak dia orang tengah jalan ke deret rumah seberang padang pula. Hai la adik, semangat betul adik beraya ye.


Petang tu, rombongan adik beradik mama plak yang datang rumah kami. Bihun tom yam jadi pilihan, masak on da spot kot, even bahan tak banyak, tapi belasah la. Kelebihan utama family mama ni, macam yang kinah cakap tadi, sepupu kebanyakan nya umur lebih kurang, 20-30 umur kami. Maka memang best la untuk bercerita apa2. Saling sakat menyakat.

Antara perkara terpenting yang kinah belajar dalam adik beradik mama, tentang istilah anak sedara. Even kinah berpangkat anak sedara, tapi mak long kinah terutamanya akan anggap atau layan anak2 sedara sama taraf dengan ank sendiri. Kena marah ke, di manja ke, sama taraf. Kalau anak sedara ni nak kawen, semua mak sedara ke sepupu akan amik tahu. Biarpun kecik je family mama, tapi kinah belajar kasih sayang tanpa kira pangkat, harta. Sebab mama kata,

"Biarpun adik beradik mama tak berharta sangat dik, tapi bak makan ke tak pernah kurang sikit pun, apa yang ada itulah yang dikongsi dengan semua. Anak mama anak dia orang juga,"

Setiap kali salam dia orang, peluk dia orang, sangat2 terasa betapa mereka sangat menyayangi kinah. Boleh menitik juga air mata.

Raya kelima.

Hari sabtu. Dah tempah awal2 dengan mama kata kinah nak gi beraya rumah kawan hari ni. Maka projek bermula ke kuantan. Rumah sahabat karibku di integrasi dulu, Ruhil. Duduk rumah dia je pun dah lama. Macam2 perkara yang dibualkan. Berkongsi pengalaman dia yang berpraktikum di sekolah di kuala lipis memang best. Bakal guru dari maktab perguruan kat kuala lipis tu bagi kinah seorang sahabat yang setia dengan senyuman. Dia ni sangat humble, dalam apa2 situasi, dia suke mengalah dengan sesiapa pun even dia tahu keadaan tu akan menyakitkan dia. Sangat banyak memori kami bersama. 25 april 2005 tarikh bermula jodoh kami, kinah ingat lagi.

Bila malam, sahabat kinah wan mohd adzim ada buat makan2 kat rumah dia. Maka beramai2 la menyerbu ke rumahnya. Boleh kata simple reunion la. Sebab ramai jg yg datang. Paling mengharukan, kinah dapat berjumpa sahabat yang kinah last jumpa adalah masa darjah 6 dulu, tup2 jumpa masa ni. Di sebabkan sahabat kinah ni ambil kulinari, maka semua makanan malam tu dia yang masak by his own. And the best part, kinah dapat angkut bawa balik resipi2 yang dia masak tu, dia tulis dengan tangan lagi resipi tu. Tak lupa buku masakan yang agak tebal dipinjamkan untuk kinah. Siap sedia la dapur, tunggu kinah.

Untuk adzim, terima kasih sebab bagi resipi. Nasi pedas (suka hati bg nama sendiri) tadi memang sedap, dan dessert sagu tu sangat simple tapi sedap habis. Dalam jumpa2 tu, ada juga la borak2 dengan sahabat lama, insyaAllah takde aral bulan 2 tahun depan dia akan bernikah, alhamdulillah....sahabat yg hanya beza sehari tarikh lahir dari kinah dan kami di besarkan di hospital bersama2 selama hampir 6 tahun kalau tak silap. Terima kasih sahabat untuk reunion yang tak berapa nak reunion ni. Untuk semua, terima kasih sebab masih ingat kat kinah.

Moga kita terus persiapkan diri bertemu 11 bulan yang mendatang ni setelah sebulan di tarbiyah oleh bulan mulia Ramadhan.


Salam coretan sebuah memori daripada meja penulis.

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi