Wednesday, September 21, 2011

:: Tudung dan Wanita?? ::


Saban hari mengajar kita untuk menjadi dewasa. Dewasa dalam mendewasakan diri sendiri yakni usia bertambah matang, dewasa dari aspek akhlak mungkin, dewasa dari segi corak pemikiran dan tak terkecuali dewasa dari bentuk pemakaian.

Alhamdulillah, dunia hari ini semakin meriah dengan wanita-wanita Islam yang bertudung. Bertudung yang pelbagai corak dan warna.

Jika mahu dikupas berkenaan isu tudung tak mengikut syariat atau sebagainya, insan yang akan mengupas itu sudah tentu bukan diri ini, Shakinah Sukardhi, kerana kinah kenal diri kinah macam mana, insan yang sangat 'lalang' dek dunia hari ini. Terkadang terasa kuat, terkadang rasa lemah dan lemah itu lebih menguasai diri.

Perspektif manusia terhadap tudung kini hari.

Andai di buat satu kajian secara serius berkenaan pandangan kaum adam terutama tentang fesyen tudung hari ini, sangat banyak suara yang akan kita dengar. Ada yang lebih meminati kaum hawa memakai tudung bawal sebelum ni, kata mereka tudung sekarang dah macam orang tua. Ada juga yang berpendapat tudung hari ini terutama shawl adalah relevan sebab mengikut peredaran zaman.

Sesekali kinah melatah juga dengan isu tudung ni.

Biar apa kata atau pendapat manusia, sesekali tanya pada diri, di mana tahap kita untuk melabel semua ini.

Namun, bagi kinah secara peribadi, siapa kita untuk mengata itu ini andai tiada langkah yang kita ambil untuk menangani. Dah tu apa langkah yang kinah ambil?? Sedap sangat cakap kat orang.

Jawapan famous, paling tidak kita doakan mereka dan kita dapat hidayah suatu hari nanti. Benar, itu jauh berganda lebih baik.

Cuba melihat sedikit daripada sudut positif, bilangan pemakai tudung hari ini semakin bertambah berbanding dulu, perubahan yang mengambil masa yang lama. Maka, tak mungkin suatu hari nanti bilangan pemakai tudung mengikut syariat semakin bertambah berbanding hari ini, dan masa itu mungkin 10 tahun akan datang mungkin, tiada siapa tahu.

Sama-sama kita doakan.

Teringat kata salah seorang sahabat kinah. Janganlah kita mengeji mana-mana pihak hari ini, kerana kita tidak tahu siapa dia di hari muka. Something common to hear, but how often we really go into it.

Kerana hidayah milik Allah.

Siapa tahu hari ini ada sahabat bertudung manis, tiba-tiba Allah datangkan suatu ujian yang mampu menggoyahkan imannya dan saat di kemuncak itu, hamba Allah itu benar-benar di ambang persimpangan. Andai dia memilih untuk 'membuang' tudungnya, ada siapa terkejut?? Pasti ada. Tapi, ada siapa mampu menduga siapa insan itu? Tiada siapa. Kerana hidayah milik Allah dan DIA yang memegang hati setiap dariapada kita.

"Ya Allah, Engkau yang memegang hati-hati ini, maka titipkanlah cahaya hidayah dalam setiap hati ini dan sesungguhnya jangan Kau bolak balikkan hati ini setelah daripadanya" AMIN.

Baik mana-mana isu pun, semuanya bagi kinah subjektif sebab each of us has different opinions in expressing our own stand. In fact, we have to bare in mind that everything must narrow to the only book, Al-Quran and add up with hadith.

Walau bagaimana sudut kita memandangnya, moga ia membawa kepada kebaikan.

Akhir kalam, pesanan penaja...

Saat mata terlihat
Hati dan bibir jangan mula menjadi kesat
Dari berdoa agar kita semua bertaubat.

Indahnya alam tiada bahasa
Indahnya manusia ciptaan Yang Esa
Jangan pernah sekali kita terlupa
Tiada siapa yang hebat atau sempurna
Kerana kita tercipta
Dengan tujuan yang sama
Yakni beribadah istimewa
Buat Sang Pencipta.

Sakit mata sakit hati
Melihat si dara memakai tudung
Daripada kita menanam benci
Lebih baik berdoa mohon dilindung.

Tudung terjual di sana sini,
Pelbagai warna pelbagai nama,
Jangan asyik bercakap itu ini,
Doakan juga iman kita bersama.

Salam peringatan daripada meja penulis....tolong ingatkan diri penulis siapa kita sebenarnya. Moga Allah memelihara kita semua dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi