Sunday, June 26, 2011

:: Katanya, Aku Bertuah Menjadi Wanita ::


"Abang kata jangan pergi, Safiah," nada Rashdan mula meninggi.

"Abang, sampai hati abang, mak tengah terbaring dalam hospital tu pun abang masih tak izinkan saya melawat mak," Safiah sedikit terkilan kerana suami yang disanjung tinggi itu tidak memberi keizinan kepadanya untuk menziarah ibu tercinta.

Puan Zaharah, bonda kepada Safiah yang sudah berbulan terbaring di rumahnya, tiba-tiba hari ini muntah darah dan terus dikejarkan ke hospital oleh anak bongsunya, Afif. Afiflah yang menjaga wanita tua itu semenjak kematian suaminya tiga tahun yang lepas.

Berita Puan Zaharah terbaring selama berbulan itu hanya mampu di sambut dengan panggilan telefon oleh Safiah dan bertanyakan khabar pun sekadar melalui telefon. Tidak pernah terlintas di benaknya mahu menjadi seorang anak derhaka, anak yang tidak pandai mengenang budi saat ibu yang merawat berpuluh tahun lamanya itu terbaring, anak sulongnya tidak sekali datang menjengah.

Hati anak mana yang tidak runtun saat dikhabarkan bonda tercinta hanya mampu terbaring, tersenyum dari pembaringan dan sesekali terdengar batukan kecil daripada jasad si tua itu. Namun, dalam hidupnya, dia perlu sedar, statusnya sebagai seorang isteri merubah segalanya. Keizinan bukan lagi terletak pada ayah bonda, syurganya juga bukan lagi terletak pada ayah bonda, tak bermakna berpaling tadah, namun amanah dan tanggunjawab terhadap dirinya kini di galas di pundak suami tercinta, Rashdan.

"Abang, apa salah mak sampai Safiah nak ziarah mak pun abang tak izinkan,"

Kerap kali soalan itu bertandang di telinga Rashdan. Soalan yang seolah tiada jawapan, kerana setiap kali soalan tu terpacul daripada mulut Safiah, pasti membisu respon yang diberi. Mana toleransi, mana kasih dan sayang seorang menantu buat mertuanya, syaitan apa yang telah merasuk jiwa suaminya ini. Monolog demi monolog, teka teki demi teka teki bermain dalam diri Safiah berkenaan suaminya itu.


****************************

Heningnya, Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya


Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Bait-bait lagu itu kinah titipkan buat tatapan...mungkin ada yang mengalunkn lirik lagu itu mengikut rentaknya, dan mungkin juga ada membaca dengan nada bersahaja....

Namun, mungkin ada yang membaca dengan bahasa jiwa...mendalami, memahami dan merasai....jika di tanya kinah, kinah akui, kinah antara insan yang cuba menjiwai lagu ini. Luah seorang wali saat melepaskan anaknya pada insan lain..luahan yang berlantaikan harapan menggunung si wali buat suami, imam baru anaknya itu.

Sahabat, seperti biasa, insan yang diizinkan Allah untuk menaip entry ini adalah insan biasa yang masih mencari sisa-sisa ilmu yang masih sudi 'dipinjam' oleh hamba yang jahil ini. Apapun, sebuah coretan, lukisan, atau gunalah apa bahasa sekalipun, yang pasti maksudnya luahan hati ini yang memerlukan bimbingan sahabat2 semua...

Di awal2 entry, kinah ada nukilkan secara ringkas sebuah kisah yang pernah berlaku di zaman para sahabat tapi kinah ubah sedikit sebanyak. Kisah ini sebenarnya telah menarik kinah tentang sesuatu perkara....

Jika diimbau kembali kisah sebenar yang berlaku pada zaman para sahabat dlu, biarpun di isteri tidak dapat menziarahi ibunya sehinggalah akhir hayatnya, namun Rasulullah SAW berkata bahawa baik si isteri mahupun si ibu, kedua-dua nya msuk ke syurga, si ibu dek kerana berjaya mendidik anak gadisnya menjadi seorang wanita yang mematuhi suami manakala si anak kerana taat pada suami biarpun jiwa mungkin ada rasa terkilan....apapun, itu kerja Allah. Allahu akhbar!!

Sahabat,

Entry yang ditaip ini bukan untuk mempersoal hukum Allah, sekadar bingkisan cuma untuk kinah mencari sebuah jawapan yang dengan harapan dapat menjadi asbab agar nilai cinta dan setia dapat terus di adun dalam mencari kasih yang abadi, baik dari insan bakal bergelar suami suatu hari nanti InsyaAllah, dan sudah tentu kasih abadi pencipta hakiki, juga insyaAllah.

Bukan sekali, malah berkali, soalan ini bertandang menerjah kotak mindaku ini yang selang seli ada warasnya mungkin.

"Apa perkara yang tersirat yg Allah sembunyikan di sebalik 'hak' seorang isteri di bawah seorang suami,"

Sedangkan, seorang wanita itu, yg sebelum ini dijaga, dirawat, di belai, berpuluh tahun oleh ibu dan ayah, tibe2 segalanya terletak pada seorang suami.

Bukan apa, kinah pernah 'terdengki' dengan 'suami', sebab dia perlu mentaati ibunya, sedangkan bagi wanita itu, antara ibunya dan suami, suami adalah segalanya....seperti kesian pada ibu wanita itu..itu yang kinah rasa...

Sahabat, seperti yang kinah katakan tadi, kinah bukan nak persoal hukum Allah, cuma meluah rasa dan kinah perlukan bimbingan sahabat.

Ingin kinah petik beberapa hadis daripada himpunan 19 hadis berkenaan wanita di mana kinah cuba meng'highlight' seorang isteri :

1-Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,"Ibunya".

2-Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya

3-Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

4-Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Dan, esungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: "Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya" HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany

Diperkukuhkan lagi dengan hadis ni...

Rasulullah bersabda: " Dua golongan yang solatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali" HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany

Betapa Allah sebenarnya sangat2 mengangkat martabat seorang wanita dn martabatnya lebih diangkat berkenaan ketaatan seorang isteri dengan ganjarannya yang cukup tinggi di sisi Allah.

Sakinah duhai diri, janganlah ada rasa 'cemburu' lagi dengan apa yang Allah aturkan ini. Pengatur kepada semua ini bukan manusia biasa, malah DIA adalah pencipta manusia...

Sahabat,

Kinah pernah mengutarakan isu ini kepada seorang sahabat, yang mana sekadar mahu mendengar pandangan insan2 sekeliling. Seorang sahabat yang kinah kagum agamanya, taatnya pada ibu bapa dan keluarga, seorang sahabat yang cukup ciri untuk dijadikan idola bagi kinah....dan ini jawapannya...

"Orang perempuan ni sangat bertuah...jika sebelum kahwin, semua amalan adalah di bawah tanggungjawab mak ayah, namun sebaik akad nikah, semua tanggungjawab itu perginya pada suami. Hak isteri terletak pada suami, dan hak suami pada mak ayah, lebih2 lagi mak yang kena di taati 3 kali lebih dari ayah. Dalam dunia ini, kita ada 2 jalinan hubungan yang perlu kita jaga kedua-duanya. hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia, memang isteri wajib mentaati perintah suami selagi ia tidak melanggar aturan syara' dan tidak memudaratkan, andai memudaratkan, tidak perlulah ikut"

Ntah mengapa, membacakan komen sahabat ini seperti mengalunkan air mata, sebak di dada tak mampu di tafsir dengan kata-kata. Komen yang biasa-biasa di dengar, namun kali ini terlalu mencuit hati ini. Terutama bait pertama pesanan hati ini...betapa ku bertuah dilahirkan sebagai seorang wanita..seorang perempuan...

Benar....saat semua dosa si isteri ditanggung sepenuhnya oleh si suami, mengapa perlu lagi diragui perintah ketaatan yang Allah tetapkan itu.

Aku bertuah menjadi seorang wanita....

Terkadang, pelik bin hairan jadinya, Allah telah membariskan segenap ganjaran buat wanita tentang itu ini, namun jika diimbas hadis2 yang ada, dengan Rasulullah sendiri diperlihatkan betapa ramainya golongan hawa di dalam neraka jahanam, bagi kinah, bukti, bahawa mentaati seorang insan bernama suami bukan suatu perkara yang mudah.

Duhai sahabat, maafkan kinah andai entry ini tidak dapat memenuhi 'kehendak' sahabat dan seperti menghasut sahabat2 untuk berfikir yang bukan, namun suka untuk kinah pertegaskan kembali, kinah menulis bukan untuk mempertikai hukum Allah, cuma kinah mencari sinar dibalik selindung itu...mohon ditunjukkan kinah ilmu2 yang berganda lebih bermanfaat.

Salam kemaafan daripada meja penulis....aku bertuah menjadi seorang wanita....




p/s: semoga sakinah dan sahabat dikurniakn pasangan hidup yang soleh dan solehah, zuriat keturunan yang soleh solehah dan hafiz hafizah...ku merindui suamiku~~



No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi