Tuesday, June 28, 2011

:: Kata Mama.... ::


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemurah, Maha Tinggi....hari ini, 27 Rejab, suatu tarikh yang terlalu sinonim dengan peristiwa Isra' dan Mikraj. Bumi Dengkil tempat penulis berada disimbahi air mata langit, penghawa dingin paling mulia di bumi ini, moga-moga barakah Allah turut melimpahi bersama.

Bila disentuh berkenaan peristiwa Isra' dan Mikraj, kinah terimbau zaman sekolah. Kuliah maghrib sudah pasti terisi dengan ceramah agama yang akan disampaikan oleh ustaz akan perihal peristiwa ini. Saban tahun kisah ini menjadi santapan rohani merangkap halwa telinga, tapi tidak untuk hari ini, article di internet, video2 di youtube yang menjadi 'ustaz' bagi kinah sebab tiada siapa lagi yang akan 'menyuap' kinah....betapa ruginya diri ini tidak memanfaatkan semaksimum mungkin ilmu Allah di zaman sekolah dahulu.

Pernah terluah oleh seorang sahabat kinah semasa kami sama2 menuntut di salah sebuah 'padang ilmu' di bumi bersejarah akan perihalnya yang terasa sedikit rugi kerana tidak memanfaatkan peluang mendalami ilmu agama ini ketika di bangku sekolah. Luah sahabat kinah, dia kata bahawa keadaan sekeliling yang di kelilingi oleh majlis2 ilmu dan sahabat2 yg sentiasa 'selamat' membuatkan dia sambil lewa dalam menghadam ilmu2 Allah itu, dan kekosongan mulai terasa saat kaki mula melangkah keluar daripada zaman sekolah itu sendiri.

Sahabat,

Ketahuilah sesuatu, kinah amat cemburukan sahabat2 yang berpeluang belajar secara langsung berkenaan ilmu Allah ini secara mendalam. Tapi itulah, ilmu ini tak semestinya hanya dapat dipelajari daripada di dalam kelas sahaja bukan, kehidupan adalah universiti ilmu.




Lihat kiri, lihat kanan...depan, belakang, atas, bawah....subhanallah walhamdulillah, cantiknya alam ciptaan Tuhan. Hakikatnya, tiada satu pun yang menjadi hak milik kita bukan, kinah pasti semua mempersetujui kebenaran itu.

Baru2 ini, kinah berpeluang bersembang2 dengan seorang pak cik merangkap senior technician di tempat kinah praktikal di Agensi Nuklear Malaysia, kompleks Dengkil ini. Kinah tak nak namakan dia dengan nama sebenar, mungkin sekadar 'pak cik'. Pak cik ni seorang yang sangat komited dengan kerja, amanah, sangat bertanggungjawab, tak kedekut ilmu langsung, pemurah dengan senyuman, pemurah dengan nasihat, segala yang baik seperti ada pada dirinya.

Perkongsian yang mula-mula berkisarkan sejarah hidup pak cik tu di zaman muda2 dahulu, merupakan bukan perkongsian biasa, maksud kinah.....bukan perkongsian kosong, pak cik nak kinah mahupun rakan praktikal di sini sama-sama ambil iktibar siapa dia yang lepas dan siapa dia hari ini.

Bila menyentuh soal rajin, amanah dalam bekerja, kinah teringat pesan arwah ayah sahabat kinah, katanya, andai nak dilihat keberkatan rezeki itu lihatlah pada perut si suami, insan yang memegang amanah dalam mencari nafkah buat keluarga. Katanya, rezeki yang halal dan berkat itu bukan pada lelaki yang perutnya buncit. Tersentap kinah!!

Siapa kita manusia utk mengadili status sesuatu rezeki itu, sama ada berkat kah ia, halal kah ia, itu semua bukan kerja manusia, namun, yang dimaksudkn di sini adalah dalam dimensi yang berbeza. Namun, kinah tidak menafikan fakta bahawa lelaki sememangnya akan 'gemuk' di bahagian perutnya, terutama bagi seorang perokok. Cuma, sahabat2 fikirkanlah dengan hati maksud tersirat yang ada di sebalik kata2 arwah ayah sahabat kinah tu, sahabat2 akan nampak kebenarannya.

Lihat sahaja insan2 hebat dalam agama, mereka 'takde' perut kan.....apapun, ini bukan suatu tuduhan, cuma analogi mungkin ataupun kiasan, fikirkan.

Kenapa kinah timbulkan isu perut ni, sebab daripada pengamatan kinah selama beberapa lama ni sejak 'statement' ini disampaikan pada kinah, kinah melihat kebenaran di sebaliknya, dan contoh yang paling terbaik dalam kes ini adalah pak cik di tempat praktikal kinah ni sekarang. Dia 'takde' perut.....

Perkahwinan pak cik ini bersama isteri tercinta telah pun dikurniakan 3 orang cahaya mata, 2 puteri dan seorang putera tunggal bongsu. Anak sulongnya hampir sebaya dengan kinah, maka pak cik ni tak jauh bezanya dengan ayah kinah.

Pesan pak cik ni dalam sembang2 kami,

"Korang kalau mak marah ke membebel mesti hati nak lawan balik je kan, ye la darah muda...,"

Kinah mengangguk, itu hakikat.

"Pak cik pesan kat anak pak cik, kalau mak membebel, dengar je, buat2 tak faham, jangan lawan balik, sebab dia mak kamu. Pak cik faham orang muda macam mana, sebab pak cik pernah jadi muda, pakcik pernah rasa apa yang kamu rasa. Tapi tu la, bila orang tua dah takde, baru kita tahu apa yang dia bebelkan tu, dan sekarang pak cik ataupun isteri pak cik pula yang ulang tindakan tu pada anak-anak," biar mulut berbicara, tapi senyuman tetap terukir manis di bibir pak cik ni, dan kinah...jangan ditebak lah, air mata hanya mampu di tahan sebab kat office tu, segan la kinah.

"Korang kalau sibuk macam manapun, ingat, jangan lupa untuk telefon pada mak ayah, paling kurang seminggu dua kali. Pak cik cakap sebab pak cik buat...masa pak cik belajar dlu, itu yang pak cik buat. Pernah sekali pak cik ke UK, tak telefon keluarga, semua orang risau, pak cik serba salah sangat. Lepas tu, pak cik pergi ke German, sampai je telefon, kat mana itu ini pak cik telefon, pak cik gi haji dah sampai Mekah, pak cik telefon keluarga bagi tahu dah sampai, penting bagi tahu keluarga. Sakinah kalau dah smpai KL, telefon tak family kat pahang bagi tahu dah sampai??" terkejut, sebab tibe2 nama kinah naik.

"Telefon pak cik....setiap sejam ayah tanya kat mana...huhu" kinah terasa malu dengan diri sendiri untuk menjawab soalan tu.

"Esok, korang dah ada anak sendiri baru korang akan faham perasaannya macam mana, korang tak tahu betapa dia mak ayah risaukan anak2 dia. Depan mata takpelah, semua boleh pantau, tapi paling risau bila anak2 takde depan mata, macam mana makan pakainya, kawannya dengan orang macam mana, semua tu dirisaukan sebab pengaruh kawan2 semasa takde depan mak ayah adalah yang paling berpengaruh dalam jiwa."

Sesekali terbit wajah kerisauan di raut pak cik ni, mungkin sedangkan membayangkan wajah-wajah ahli keluarganya. Ya Allah, betapa zalimnya aku membiarkan mama dengan abah di belengu rasa seperti ini.

Mungkin ada yang melihat, kinah ni boleh tak ceritakan sumtin yg akademik ke, self motivation ke, berkongsi apa2 ilmu agama ke....

Bahasa kasarnya, "ni blog kinah, suka hati la nk tulis apa kan.."

Namun, kinah lebih memilih utk menjawab, sahabat....kinah tahu, apa yang kinah coretkn ini kerap sahabat2 mendengarnya juga, namun kinah cuba berkongsi kerana kinah rasa watak 'pak cik' yang kinah ceritakan dalam kisah ini, dia menyampaikan dari hati, dan sudah tentu insyaAllah akan sampai ke hati juga...pak cik tu pesan juga, bila kita bercakap, sebenarnya kinah bukan menasihati orang yang mendengar tu, tetapi diri kita sendiri.

Maka, apa yang kinah coretkan ini adalah peringatan buat diri kinah terutamanya. Cuma kinah cuba luahkan di dalam blog ini agar dapat berkongsi dengan sahabat2...kinah tahu kinah tak searif sahabat, setaat sahabat2 pada ibu ayah...kinah tahu hakikat itu, maka kinah mohon agar ada yang sudi terus membimbing kinah.

Saat pak cik tu bercerita akan kisah itu, kinah teringat pesan mama....kata2 mama yang kerap kali di ulang dalam skrip kehidupannya dan seperti telah di hafal oleh memori anak bongsunya ini.




"Adik, mama tak minta adik taat pada mama. Mama tak minta adik 'sujud' pada mama. Esok lusa, kalau dah bekerja, duit gaji tu, mama tak minta pun adik bagi kat mama, duit pencen mama nnti cukup je untuk belanja mama dengan abah. Lagi satu, mama tak minta pun adik jangan melawan cakap mama apa semua. Adik jangan risau, mama seorang ibu. Ibu walau macam mana anak dia buat kat dia sekalipun, dia tetap akan maafkan anak2 dia. Mama setiap masa maafkan anak2 mama. Adik takde salah takde dosa pun dengan mama sayang. Tapi adik, ingat! Semua ni Allah yang minta...Allah yang minta seorang anak taat pada ibunya, dengar kata, tak meninggi suara pada ibunya. Bagi sedikit duit gaji tu pun, bukan untuk apa, keberkatan Allah, itu je....bukan suruh bagi semua gaji, lima ringgit pun mama tak kisah. Adik ingat tu!!! Mama tak belajar tinggi dik, mama takde ilmu agama sangat, tapi mama hantar awak dengan ayen (abg kinah) belajar, awak belajar la betul2, balik ajar mama kat rumah pula tentang mengaji, hukum itu ini. Itu je yang mama minta. Adik, buatlah semua ni, hormat mama, dengar cakap mama, tak melawan cakap mama kerana Allah...sbb DIA yang perintahkan semua ni."

Sakinah, kamu kacakkan...kamu machoo kan....jangan nangis..cool...rilex....tak handsome nanti sakinah kalau menangis...

"Adik, cuma satu je mama minta. Jangan risau, mama takkan minta duit anak2 mama. Mama minta, bila mama dah takde nanti, adik tolong sedekahkan al-fatihah untuk mama dengan abah sentiasa ye. Tolong ringankan azab kubur mama, sebab mama banyak dosa dik. Mama dah takde harta, anak2 mama je harta mama. Siang malam mama doa agar anak2 mama jadi anak yang soleh dan solehah, dapat pasangan hidup pun yang soleh dan solehah. Mama harap adik tak hampakan mama,"

Sikit pun takde tanda2 air mata akan mengalir dari mata bondaku. Bukan ego yang menguasai diri mama, tapi mungkin mama kehabisan air mata kerana terlalu banyak menangis ketika di tikar sembahyang.

"Adik, maafkan mama sebab tak dapat jadi mak yang baik untuk adik, maafkan mama sebab tak dapat didik awak dengan agama yang sempurna,"

Ok, part ni memang nak nangis. Kinah tak terdaya bila seorang ibu minta maaf dengan anaknya. Anak jenis apa kinah ni sampai mak yang minta maaf.

duhai anak, ego apa yang ada dalam dirimu sehinggakan ucapan maaf itu terlalu asing daripada kamus kehidupanmu. Apa ego itu akan terlerai saat kucupan maaf diucapkan ketika jasad itu tidak lagi bernyawa??

Kinah tahu, kinah bukan anak yang baik....itu hakikat. Selalu buat perangai, nak ikut mood sendiri je, fikir penat sendiri je....moga Allah bagi kesempatan pada kinah untuk terus berbudi pada bonda dan ayahanda tercinta.

Kata pepatah, tangan yang pernah menghayunkan buaian mampu menggoncangkan dunia,
kata hati, tangan yang pernah mendodoikan pasti akan dirindui selamanya....
kata jiwa, tangan itu tangan ibuku...

Peluk, cium, kata2 cinta, namakan apa saja kononnya bukti kita memberitahu bonda bahawa kita menyayanginya, tapi hakikatnya, hutang nyawa pasti berbalas nyawa...semua itu tidak ckup untuk membalas kasih seorang ibu bernama mak, ummi, mama, mummy, ibu atau apa pun.

Kinah sedar siapa kinah, namun coretan ini sebagai peringatan diri....terima kasih sahabat sebab sudi menjadi pengisi dalam hidup kinah. Moga ukhwah ini terus diberkati Allah. Tolong ingatkan kinah.



p/s: doakan penulis agar diberi kesempatan oleh Allah untuk bergelar seorang ibu kepada ank2nya, seorang isteri kepada suaminya, segalanya sebagai wanita solehah hendaknya biarpun rahsia Allah itu masih tersimpan rapi....dan begitu juga shbt2. salam perjuangan salam kerinduan.

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi