Monday, March 15, 2010

**Pertama dan Utama**

Hadirnya..cinta...cinta pertama....
hadirnya cinta...cintaa....utama...

Itu sebahagian lirik lagu yang mungkin ada sebahagian dari sahabat yang pernah mendengarnya, dah sudah semestinya di pihak saya... apa kaitan dengan tajuk entry ni...jeng2...

Semanis kurma ditatap bersama,
Dihadam untuk mencari pedoman,
Awal bismillah pembuka bicara,
Rahmat Tuhan kita pohonkan.

Kita insan bernama manusia,
Langkahan kaki ke arah satu,
Pentas dunia diharung bersama,
Mencari iman yang jitu.

Ingatlah diri wahai yang alpa,
Siapa kita, siapa pencipta,
Jangan sekali lupa dunia,
Walaupun ia bersifat sementara.

Kaki patah berganti tangan,
Mata buta berganti rasa,
Moga iman terus dipertahankan,
Jangan biar berlalu begitu sahaja.

Cahaya mata kurniaan Tuhan,
Buat ujian suami dan isteri,
Hidup ini suatu persinggahan,
Kerana mati itu suatu yang pasti.

Dosa dan pahala itu pasangannya,
Beza terletak pada baik dan buruk,
Kesucian hati perlu dijaga,
Jangan dibiar terus membusuk.

Insan ini insan lemah,
Pantun ditaip dengan jari sendiri,
Ingin dikongsi segala hikmah,
Bukan mencari ketinggian diri.

" Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka ( yang telah ada). Dan kepunyaan Allah lah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana"
[ Al-Fath : 4]


Assalamualaikum wbt....kaifa halukum?? kaifa kulli hal?? [betul ke sy tulis tu dlm BA ni??] tlg betulkn sy ye...

Kinah ni mengigau ke apa kn, time2 mcm ni tibe berpantun2 pula...pantun pula macam budak2 sbb perkataan yg digunakan sgt tak matang..budak sekolah pun boleh buat kan..tp takpe la sy cuba utk memvariasikan penulisan blog sy.

Kalau dlu sy sangat mengidam utk ada blog sendiri, kemudian, bila dah ada, semangat nk update, dan akhir2 ni jarang update sbb kekangan masa..ampun dan maaf sy pohonkan.

Ada insan yg mmbuat blog ni utk luahan perasaan [paling ramai...termasuk sy jg..], ada yang ambil kesempatan untuk berdakwah [teruskan perjuangan sahabat2], ada yang ambil kesempatan utk mempromosi apa2 je, ada juga yang ambil peluang untuk berkongsi ilmu yang ada...

dan sakinah???

Jawapannya pada pembaca blog sy ni la..shbt2 dapat bayangkan siapa sy rasanya dari penulisan dlm blog ni...kan...

Ok, jauh bebenar kinah ni merapu.

Apa plak kali ni sy nak share dengan entry tajuk 'Pertama dan Utama' ye...

Baru2 ni, weekend baru2, sy telah pun selamat pulang ke rumah. Rasa tak sedap hati pada mak. Lagipun ada urusan keluarga. Sedangkan ada dinner kolej dan sy sepatutnya tolong shbt2 teater, namun bg sy family 1st...bila dapat panggilan mak pada suatu petang tu, sy terus nekad akn pulang juga sbb rasa memang tak selesa la bila dengar suara mak..dengan ayat mak...

Semasa sy dalam perjalanan balik tu, macam biasa la, selepas keluar KL, sy akan melalui lebuh raya Karak..kire Lebuhraya Pantai Timur [LPT] la kan. Jumpa dengan pelbagai jenis kereta. Ada yang macam menguji kesabaran, ada yang bawa romantik, ada yang terlebih laju..macam2 ragam la.

Teringat pada shbt sy yg berulang alik dari rumahnya ke tempat belajarnya hanya dengan menunggang motosikalnya...bayangkan dari pahang ke pulau pinang, sahabat sy berulang alik, setiap kali balik kampung...12 jam..6 kali berhenti..itupun hanya untuk berhenti isi minyak.

Masya Allah, tak sakit pinggang ke??? walaupun dia muslimin sekali pun, tapi sangat mantap semangat dia di mata sy.

Dalam perjalanan kali ini, lain sikit sbb sy plan nk bawa perlahan sikit dari biasa...tapi still consider laju jg la kot..[kak cik, jangan marah org ek...]

Kelakar sangat sy rasa bila saya berada di lane kanan dan ada kereta mewah yang datang rapat dengan kereta sy yg kemudiannya bagi lampu kan...minta sy ke tepi...

Pernah sy kata pada kawan sy, "Kalau la calon mak mertua tengok sy drive, mesti sy kena reject kan.." kami sama2 ketawa je...

Ok, kembali pada situasi tadi.

Ikutkan hati, sungguh sy geram, kenapa mesti sy memberi laluan kepada dia...adakah kerana

> dia memandu sebuah kereta mewah sedangkan sy kereta comel je..
> kelajuannya yang lebih laju dari saya ketika itu???
> atau atas dasar saling menghormati sesama pengguna???

Semua jawapan yang negatif sy bagi kan..nampak sangat pemikiran sy yang kurang waras dan ikutkan perasaan.

Pernah suatu hari lecturer kesayangan sy berkongsi tentang isu kereta..dulu ia merupakan suatu isu yang sgt sy tak minat, tp sejak subjek fizik menjadi amanah buat sy, minat datang tanpa diundang...

" Kalau di luar negara, takde speed limit ni, kalau meter tu tercipta sampai 180km/j, guna la sampai 180km/j...kite beli kereta untuk bawa laju...kalau kemalangan, boleh saman syarikat pengeluar kereta tu..." lebih kurang macam tu la ayt pensyarah tu.

Tapi, jangan di ambil bulat2..bahaya untuk diamalkan di Malaysia...setiap negara berbeza. Itu ayat yg shbt2 sy selalu perli sy setiap kali sy bawa agak laju di lebuh raya...

Cumanya, perjalanan kali ni membuatkan sy terfikir, setiap kali sesiapa pun beli kereta, mesti yg membeli tu rasa teruja sangat sebab jadi orang pertama yang masuk ke dalam kereta tu, menjadi orang pertama yang memandu kereta tu...

Ada shbt2 yg dah dapat tangkap tak apa yg sy cuba kongsikan???

Jawapannya, sah2 la bukan si pembeli tu yang jadi orang pertama yang duduk, yang drive kereta tu...siapa sebelum driver tu?? of course la tester kereta kan...sebelum tu sah2 la orang yang drive utk kereta tu di hantar ke tempat di pembeli...

Sebelum tu lagi, sah2 la engineer yang test kereta kat kilang kereta...sebelum tu siapa lagi...pekerja2 yang bertanggungjawab untuk memasang komponen2 kereta tu la kan...sebelum tu lagi, cari la sendiri...

Tapi, hebat macam mana pun kereta tu, tetap ada enjin, seat utk penumpang duduk, tetap ada tangki minyak, bateri kereta..benda2 yang basic yang semua kereta ada kan...except la utk kereta kuda, kereta sorong...itu lain kes..

Apa yang beza, dari segi auto ke manual ke, seat tu dari kulit ke kain biasa, enjin jenis apa...kan..tapi driver tetap satu juga...bilangan penumpang yg berbeza...

Sungguh, sy agak sakit hati bila ada kenderaan2 mewah yg berkelakuan seperti itu di jalan raya. Ya, memang silap sy jg, sbb lambat masuk ke lane kiri semula, tp semua ini telah membawa sy berfikir...

Apa yg dapat kongsikan tentang siapa kita...dalam dunia yg fana ni, manusia pelbagai jenis, ada kaya ada sederhana ada juga Allah uji dengan kesusahan. Tapi semua tetap manusia..dalam hal ni, persamaan yg sy cuba buat, manusia=kereta.

Kalau basic semua kereta ada seat, ada tangki minyak, ada enjin, semua manusia secara amnya ada tangan, kaki, badan, kepala dan segala kurniaan bukan. Yang membeza kedudukan kita di dunia kononnya dan di sisi Allah bukan.

Jadi, tak perlu lah kita nak bangga siapa jadi orang pertama yang naik kereta itu, biar semewah mana kenderaan itu pun, tak perlu nak pertikai kenapa dia boleh bawa laju kenapa kita tak boleh..tak perlu pertikai itu semua....

Sebab, yang perlu dipertikai, kenapa kita pertikaikan semua pertikaian ini...

Bukan nya kita tak tahu, jawapan kepada semua pertikaian ini, hanya satu, Allah SWT...

Cuba lanjutkan pertikaian itu kepada tahap, siapa yang mencipta orang pertama yang cipta kereta tu... dari sumber mana ia dapat ilham untuk mencipta.... sebabnya, tak ada apa yang perlu dibangga...

Kalau dia kaya sangat pun, kaya tu datang dari sapa?? dari sapa....dari kelapa la kan...kan kaya dibuat dari kelapa..letak perisa pandan la...apa la...hehe..ok2. serius..kembali ke pangkal jalan.

Nak bangga sebab kereta tu kereta import?? Kereta tu limited edition dalam dunia ni...itu yg nak di bangga??

Tapi berbangga tak kita ada mak ayah yg menjadi mak ayah kita yang lagi la limited edition ni?? Limited edition yang sangat tak terkata kan...mana boleh cipta mak ayag yg sama dah dgn mak ayah kita...

Tapi berbangga tak kita dengan kekayaan kasih sayang yang sememangnya tak boleh di duplicatekan yang kita ada hari ini...

Tapi berbangga tak kita dengan kemewahan yang Islam berikan dalam nikmat hidup ini??? kemewahan dengan ujian untuk kita upgradekan minyak pelincir kita..iaitu IMAN..

Astaghfirullah....ampunkan kami ya Allah, subhanallah, Maha Suci Allah....

Isunya kereta mewah tu cuba 'cucuk' sy je...tp rupanya Allah nk sy berkongsi peringatan Dia dengan shbt2 semua.



SELAMAT HARI LAHIR

Ini satu lagi fenomena...beberapa tahun ni, sy tak lagi menggunakan perkataan selamat hari jadi, tapi selamat hari lahir, sebab kita tak tahu kita sebenarnya dijadikan bila...tp ia sekadar harfiah kan...

Sy pernah tersentap dengan tazkirah dari seorang shbt yg sy kagum.

"Bila tiba hari lahir shbt2, siapa yang paling gembira??? Gembira untuk menyambut hari tersebut...siapa..." insan itu membuka pertanyaan.

"Tentulah diri kita....ramai shbt2 lain akan ucap, bagi hadiah la...," jawab seseorang.

"Kan, tentulah kita paling gembira...siapa tak gembira..tambah2 plak orang yang kita minat tu ingat hari lahir kita...lagi la berbunga hati..." semangat hamba Allah ini bercerita.

"Sedar tak, insan yang sepatutnya menerima ucapan selamat hari lahir tu ialah siapa?? bukan diri kita, tapi ibu kita...insan yang melahirkan kita....tp ucapannya bukan lagi selamat hari lahir, terima kasih kerana melahirkan sy..terima kasih kerana bersusah menjaga sy dalam perut ibu.." mata sy bergenang, yup, insan yang melahirkan itu yg selayaknya menerima ucapan ini.

"Ingat orang perempuan seronok ke tengok badan membesar macam belon...dengan kaki bengkak, lemak kat situ, kat sini...orang perempuan nk badan cantik2..untuk suami dia...tp dia korbankan semua tu untuk manusia yang sangat seronok menerima ucapan selamat hari lahir dari insan yang dia suka!!" sinis kata2nya, tapi itu hakikat...terasa hati ini di hiris..kata2 itu menghiris.

Sejak itu,selagi sy ingat, sy tetap ucap selamat hari lahir pada shbt2 dan pada masa yg sama, sama2 mengingatkan bahawa ibu lah selayaknya menerima ucapan tersebut.

Apa yang turut ingin saya kongsikan kes hari lahir ni, ialah ingatan kita pada Dia. Bila seseorang manusia itu menyambut hari lahir, kita akan meraikannya..itu hukum karma alam. Bagaimana pula dengan sesuatu ciptaan Allah yang dah lama 'lahir' di muka bumi ini?? Ada sesiapa yang meraikannya dengan sebenar2 meraikannya???

Soalan yang tiada salah dan betulnya. Jawapan yang seharusnya sama2 kita muhasabah.

Benar, jika shbt2 mengenali sy, shbt akn kenal, sakinah ni jenis yg macam mn....sy bukan baik pun, jauh sekali hebat dalam amalan2 sunnat, sy sangat bnyk dosa...tp ini cara Allah tegur sy mungkin...

Maka, terungkailah sudah, siapa yang pertama dan utama...terlunas sudah isi di hati ini untukbercoret dalam blog 'wardatul shuqah' ini...

Selamat membaca, selamat berkongsi, selamat mengambil iktibar, selamat dalam ingat mengingatkan..selamat segalanya...

Salam ingatan pertama dan utama.....dari diri yang jahil ini...

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yan berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [ al-Baqarah : 218]

p/s : sudi kiranya shbt2 berkongsi apa2 dgn sy...

Friday, March 12, 2010

**Seni Bina Islam**



Salam kebulatan ummah...salam kekuatan sejagat...salam kerinduan pada tiupan angin yang masih setia menghembus di setiap sela masa dunia ini.

Pernah ketika, angin membisik,
kalimah rindu pada yang Esa,
rindu tanda bersyukur,
agar diri terus akur,
kepada pencipta tak pernah tidur...

Bagaiman sahabat2 sekarang?? Peperiksaan semester semakin menjelma kan diri, tapi mood utk exam belum muncul lagi....ades, apa nak jadi dengan sakinah ni...

Bagi sahabat2 yang berada di maktab pula, sedang menyusun jadual seminggu ini untuk pengisian seminggu ni..ye la, cuti sekolah kan...

Baru2 ni sy cuba sedaya upaya menyiapkan assignment yang agak last minute sy siapkannya, assignment yang diberi tajuk , 'Seni Bina Islam'....selepas presentation hari tu, sy agak lepas tangan dalam menyiapkan kertas kerja tugasan tersebut..sekadar mencari bahan, tapi tak berusaha untuk menyusunnya untuk menjadi kerja yang lebih cantik..sakinah..sakinah..

Sebelum ini, sy berkesempatan untuk berchatting dengan seorang sahabat saya yang di beri peluang oleh Allah untuk mengambil jurusan architecture di UM..jurusan yang diimpikannya. Sy ada minta beberapa pendapat tentang tugasan sy ni...dan teringin sgt untuk saya kongsikan bersama...

Sy tertarik dengan kisah asal usul seni bina yang ada sekarang ni..dari mana sumber inspirasinya..siapa yang dijadikan idolanya....sangat teruja..walaupun ia sekadar assignment, tp bnyk benda yg sy belajar.

Part paling mencabar bg sy, assignment ni dilakukan secara berkumpulan, dan dalam kumpulan sy terdapat 2 orang shja pelajar melayu atau lebih tepat, Islam, yang selebihnye semuanya chinese..ini peluang dakwah bukan...

Bnyk benda yg mereka tnya, tntg masjid, kubah, masjid al-haram......

ok, kembali ke pangkal jalan, kembali kepada apa yang sy nak kongsikan....

chatting dengan sahabat sy tu membuatkan bertambah lagi pengetahuan sy tentang betapa hebatnya junjungan besar Nabi Muhammad SAW...atau secara rawaknya, betapa hebatnya agama yang paling suci di sisi Allah ini, ISLAM...

Seni bina rumah rasulullah SAW merupakan sumber inspirasi utama bagi manusia dalam melakukan apa2 seni bina yang ada pada hari ini. Dari aspek reka bentuknya, susun aturnya...apatah lagi rumah rasulullah adalah bersebelahan dengan masjid kan..

Pernah kita terfikir ke bagaimana rumah pertama di dirikan?? Bagaimana ia terbina...siapa pencetusnya??

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Sama2 muhasabah.

Pernah dulu suatu hari, kami sekeluarga berjalan2 sekitar bandar Pekan. Kemudian, kami melalui sebuah rumah banglo yang teramat besar...serius, besar yang amat sgt..mungkin paling besar kot dalam daerah pekan ni.

"Orang sekarang, berlumba-lumba nk bina rumah siapa yang paling besar....tapi, yang duduknya, berapa kerat je.." abang memevah suasana kami yang tersenyap seketika di dalam kereta kerana ala2 kagum dgn rumah yang sangat besar itu.

" Mama, bukan ke kita tak boleh bina rumah lebih besar dari masjid yang ada di kawasan tempat kita tinggal tu??" abang terus bertanya lagi.

Seperti sy pernah dengar je soalan tu....

Sungguh, rumah banglo tu terletak selang 2,3 buah je dengan masjid di kawasan perumahan kami..dan sy menyifatkan tingginya banglo itu lebih tinggi dari masjid tersebut...

Inilah 'seni bina Islam'....ntah la, sy bukan sesiapa untuk menghukum, apatah lagi nk menimbulkan rasa iri hati dengan empunya rumah, tp ini realiti dunia semasa.

Takpela, abaikan, jom kita share benda lain.

Dalam banyak2 sub topik yang dimuatkan dalam pembentangan kami, sy di amanahkan untuk membentang ka'abah....macam2 ahli group sy bertanya..yg chinese la kan...itu ini... Kenapa sembahyang sujud ke arah ka'abah....ada apa dalam ka'abah....mcm mn ia terbina..

Berderet soalan yang ditanya, tp sy tak boleh bosan, sbb ini peluang dakwah... Tambah2 plak adik beradik usrah sy ada bersama dalam kuliah tu, sy kena terus kuat untuk bantu agama Islam..chai yok2...

Saya ada teka teki berkenaan seni bina Islam...sedia taw, sahabat2 kena jawab..

Ka'abah di bina berapa kali dah sejak pertama kali ia dibina sehingga ke saat ini??? jeng2..jawab2...

Sapa betul, dapat...dapat apa ek..erm...dapat ucapan tahniah je la..sebab hebat dalam sejarah Islam..

Teka..berapa...apa??

3 kali....

4 kali....

8 kali...

20 kali....

Semua salah..

Jawapannya, 12 kali...banyak juga tu kan. Itu lah teka teki nya..sape betul?? tahniah la.

Antara soalan dari rakan kuliah yang mencabar sy ialah, "Ada contoh tak bangunan2 yang turut sama menggunakan seni bina islam sebagai contoh untuk mereka design bangunan.." lebih kurang macam tu la soalannya...

Mesti shbt2 pelik kan, apa la yang mencabarnya soalan2 ni...tp kinah rasa soalan tu mencabar, sbb salah satu jawapan kepada soalan tu adalah gereja...kan, gereja pun ada dipengaruhi seni bina islam..

Tp mcm mn sy nk jelaskan dalam konteks yg berhikmah?? Bayangkan la, dalam group sy shja, kmi cuma ber2 sahaja melayu Islam sedangkan yg lain chinese, apatah lagi secara keseluruhan kuliah kami, agak ramai golongan bukan Islam ini memonopoli..ades..cabaran sakinah...

Antara perkara yg buat sy sangat terharu bila rakan kami, Lisa Tay sangat semangat membaca istilah perkataan arab...dia menghafal perkataan arab2 tersebut....part paling kelakar, dia tanya sy semua tu, dia tak tanya dah rakan sy yg sorang lagi ni, ades.

Walaupun sebutan mereka tak begitu tepat, tp dia mencuba...dia kenal huruf jawi...cuma tak reti nk membaca bila dah bersambung2...sangat kagum...[sebahagian dari seni juga kan]

Bnyak sebenarnya nk share tntg ni, tp ada part terlupa la plak...erm.....bila dah kertas kerjanya di hantar, jd bahan2 nya pun agak terlupa...

Walau apapun, siapa pun kita, dari tanah kita datang, kepada tanah juga kita kembali.

Yang penting, terus dan teruslah berfikir dalam meniti pentas lakonan duniawi ini...dengan berlandaskan pesanan Allah di dalam surat cintaNya..di dalam surah Al-Nahl ayat yang ke 90 yang bermaksud,

" sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran"

Sama2 kita renungkan..

Salam kemaafan dan salam renungan dari diri yang jahil ini

~Blue Mosque~seni reka dalamannya yang sgt unik, mengaplikasikan teknologi ketika Rasulullah membina masjid dengan kiraan sudut kubah yang memantulkan suara dengan baik..atau dlm erti kata lain, imam tak perlu menggunakan mic kerana kiraan sudut pantulan suara yg tepat dari tempat imam..subhanallah..hebat umat Islam ini sebenarnya
~Palace Of Justice atau Istana Kehakiman yang terletak di Putrajaya~
Jika diperhatikan, di tengah2 bangunan tersebut, terletaknya sebuah kubah yang besar dengan warna kuning cair yang di sumber inspirasikan dari salah sebuah seni bina di tanah Arab. Kubah yang separa bulat melambangkan 'kesejagatan' menjadi teras kepada paksi agama Islam
~salah sebuah menara masjid di Timbuktu yang dibina sepenuhnya dari tanah liat~
~Pelan dalam ka'abah~


~yang berpusing2 tu, Great Mosque di Samarra, Iraq~
~yang di tepi ni plak adalah dinding luar kawasan tersebut~

Tuesday, March 9, 2010

**Mehnah Pertunangan**


Salam musim cuti sekolah, merangkap musim orang kawin la kan...biasa latu, ni la masa utk semua saudara mara berkumpul bersama untuk menjayakan sebuah majlis perkahwinan.

Baru2 ni sy ada menelefon mama, nak bertanya khabar, tapi ada kisah lain pula yang diingat syaa.

"Adik, cuti sekolah ni adik balik rumah tak??"soal mama. Mungkin si ibu ini mengharap anaknya pulang untuk bersama keluarga.

"Mama, tu sekolah la cuti, ina mana cuti...kelas ina macam biasa..." jawab saya yang di hujungnya terdengar mama ketawa sama-sama.

Nama pun cuti sekolah, sekolah la kan yang cuti, tak sama dengan takwim di universiti.

"Mama nak ina balik ke?? Kalau mama nak ina balik, ina balik..." duga saya.

"Takpe lah, kalau adik tak cuti, tak yah la balik..mama tanya je...lagipun hari sabtu ni Kak Ani kawin.." terang mama yang sy duga mama cuba berselindung dari perasaan seorang ibu yang mengharap untuk berjumpa dengan anaknya.

Saat mama berkata seperi itu, no matter what, sy kena balik juga hujung minggu ni. Family first. Sy akan lebih bersalah pada mama dan abah nanti. Biarpun tiada kata, 'adik, kena balik juga minggu ni' dari mulut si ibu, tapi sah2 la anak2 akan faham perasaan ibu kan.

Apa yang buatkan sy tersentuh lagi ialah kisah perkahwinan pada hari sabtu ni. Kak Ani yang dimaksudkan mama tu ialah kakak kepada tunang abang saya.

Abang dan tunangnya sepatutnya berkahwin pada tahun ini juga. Namun, Allah jualah sebaik-baik perancang. Plan asal, pihak perempuan minta abang kahwin bulan 3, tapi mama minta bulan 5 mcm tu, sy plak minta abg kawin bulan 8...(adik pun blh request abg nk kawin bile ek??hehe)

Tapi insyaAllah, kalau takde aral, bulan 5 tahun depan, berlangsung la majlis abang dan adiknya...adiknya???jeng2......siapakah??ada apakah??

Saya teringat sesi saya bersama kak huda, iaitu tunang abang. Alhamdulillah, sehingga saat ini hubungan kami agak rapat. Sesi di mana dia menceritakan perasaan apabila perkahwinannya di tangguh.

Dia terima semua ini dengan redha....dia sangat open. Namun, apa yang pentingkan, keluarga kedua-dua belah pihak. Dia mengharapkan perkahwinannya dalam restu Allah dan ibu bapa kami.

Masjid Hidayah kalau tak silap nama masjid kat Bangi ni..masjid yang selalu memberi sumber inspirasi kepada sy....bulan 8 2008, di hari konvo abang, mak melamar tunang abang di dalam masjidi itu...sweet sgt.

Masa tu tinggal mama, kak huda dan sy. Abah solat di bahagian lelaki la.

Lepas solat tu, mama panggil kak huda ke suatu sudut di masjid tu. Saya yang tak tahu apa2, menyibuk sekali la.

"Huda, mak cik nak tanya, huda nak kawan dengan shahril sampai bila??" tanya mama sebagai pembuka bicara.

"Sampai bila2 la mak cik..." jawab kak huda..cool je..

"Ye la, sampai bila tu, sampai bila???" ades, macam teka teki la plak.

"Sampai mati la mak cik saya nak kawan dengan shahril," kak huda dah start segan kot..

"Betul nak kawan sampai mati??" mama main soal jawab dengan kak huda. saya plak intai2 kat dinding tu, tengok apa2 yg ada kat masjid tu, tak berapa pay attention sangat, sbb ingat mama nk berbual biasa je, tp sy ingat la soalan2 yang mama tanya... :-)

"Huda, shahril ada cakap yang dia serius dengan huda??"

"Ada..."

"Dah tu, apa reaksi huda.."

"Dah cakap kat mak dan abah, pastu, mak abah kata, bertunang dulu la...tapi kalau nak kawin terus pun lagi baik, mak dan abah takde halangan.." jawab kak huda. Saya pun dah start serius mendengar sesi soal jawab mama dengan kak huda time tu. rupanya benda serius mama ni tanya.

Sungguh, kisah abang kenal dengan kak huda ni, saya memang tak tahu, abang cerita dengan mak je..abah tahu, tapi abah buat macam biasa je la...kelakar abah ni. Abang takde la nak bagi hint pada sy ke, memang takde...tu yang saya agak terkejut.

Setelah tanya itu ini, kak huda pun dah merah muka dia, mak membuat kesimpulan,

"Huda maklumkan pada mak abah, kata hari ahad ni mak cik dengan pak cik nak datang ke rumah huda nak merisik...mak cik datang 2,3 orang je la, takde la bawa ramai2 lagi, baru nak gi tanya2 orang tua kata..." jelas mama.

"InsyaAllah, nanti sy maklumkan pada mak dan abah," kak huda dah tak pernah angkat muka lagi lepas tu..mungkin segan sangat dah kot...

Part yang kelakar, saya yang mendengar pun jadi ala2 segan..malu...semua ada...macam ni ke kena 'risik' dulu dengan keluarga pihak lelaki?? memang dahsyat la abang sy ni...

Maka, pada 11 Disember 2008, abang pun di tunangkan dengan Nurul Huda bt Hj. Rahim di kediaman kak huda...rombongan keluarga lelaki sangat ramai..16 buah kereta...keluarga kami sangat besar biarpun saya cuma 2 beradik.

sireh junjung dari pihak lelaki semasa hari pertunangan...

hantaran dari pihak lelaki...paling sy suke hantaran coklat..

Banyak dugaan sepanjang setahun lebih mereka bertunang ni. Baik dari segi abang bekerja, masa untuk pilih tarikh...macam2 la...

Semasa abang kerja di labuan merupakan ujian yang hebat bagi kami, sebab pihak perempuan minta percepatkan majlis perkahwinan mereka sedangkan abang belum bersedia kerana kerja di labuan menuntut pengorbanan yang sangat besar.

Dengan abang tak balik raya tahun tu, sangat sedih. Kak huda tepon saya, cuba berkongsi apa perasaan dia...dengan kinah2 sekali menangis...

Pernah tanya kak huda, apa perasaan bila kak huda yang bertunang dulu, tapi adik beradik lain yang kawin dulu...

Kak huda kata, pada awlnya mungkin macam sedih sikit, tapi lama2 dia rasa dia nampak apa hikmah semua ni. Yang penting mama, abah semua redha dan restu dengan perkahwinan mereka nanti.

Lagipun, biar la perkahwinan dia berlangsung dalam keadaan yang lebih baik...sebab untuk masa sekarang, abang terlalu sibuk dengan kontrak kerja dia... keadaan abang agak terumbang ambing.

Paling terharu abang tolak tawaran sambung belajar di universiti impiann dia di UK..bukan di UKMalaysia..(UKM la maksudnya).. Dua kali dia tangguh tawaran tu, last dia buat keputusan untuk tolak tawaran tu atas sebab tertentu yang saya takkan lupa sepanjang hidup saya.

saya doakan semoga pasangan ini benar2 menjadi pasangan suami isteri suatu hari nanti dan kekal sehingga ke syurga...amin...

Pada masa yang sama, sy teringat pesan sahabat sya yang dah pun bertunang untuk beberapa tahun, dia pesan pada saya..

"Sakinah, ana pesan pada sakinah jangan la bertunang lama2, banyak dugaan..tengok ana sendiri la..tambah2 pula sakinah di pihak perempuan, lagi banyak ujian..kalau boleh, terus nikah, takyah tunang dah"

Itu pesan seorang sahbat yang dah bertunang...perkenalan sahabat saya bersama tunangnya sejak 5 tahun lepas telah mengikat mereka dengan tali pertunangan. Jarak menjadi pemisah mereka, tapi pergantunggan pada Allah tak pernah luput.

Mungkin ada sahabat akan fikir macam2 dah kenapa kinah tulis entry ni...jangan fikir bukan2 ye...

Buat sahabat2 yang dikhitbah oleh calon2 zaujan, terus la mohon petunjuk agar hubungan yang terbina nanti benar2 dalam keberkatan Allah.

Selamat menjadi bakal pengantin kepada sahabatku yang insyaAllah akan melangsungkan perkahwinan dalam cuti semester ini...ada kelapangan insyaAllah kinah aakan sampai ke majlis nye nanti..doakan untuk kinah juga...

p/s: antara kisah realiti yang paling kinah kagum, kisah seorang sahabat kinah ni yang dikhitbah, then tempoh yang sama2 kena tunggu ialah 6 tahun mungkin kalau tak silap..tp kinah percaya, kedua2nya insan yang hebat...


Friday, February 26, 2010

**Rahmat Tuhan**

Saat ini sungguh, puas kinah menjaga, puas kinah mendidik 'Rahmat Tuhan' ini agar ia benar-benar terpelihara. Ingin kinah hadiahkan 'Rahmat Tuhan' ini buat insan yang selayaknya, yang insyaAllah akan selalu menemani kinah saat suka dan duka.

Hati ini tidak kuat Ya Allah, semakin hari, terasa iman ini diuji dengan ujian yang Kau susunkan buat diri. Kinah lemah, semakin lemah... Dalam kesamaran, kinah mencari kekuatan itu, adat dunia, segalanya datang dan pergi.

Air mata ini menjadi saksi, saksi betapa 'Rahmat Tuhan' ini perlu kinah perjuangkan sehingga ke akhir nyawa. Kinah tak boleh nak tipu....kinah tak kuat...kinah perlukan insan di sisi untuk terus berjuang.

Kinah ada ALLAH!!!

Benar, kurniakanlah kinah 'pemimpin' dalam meniti titian cubaan ini. Allah menunjukkan kasih sayangNya bukan sahaja melalui nikmat2 yang diberi, malah melalui cubaan yang melanda, kakisan perasaan ragu, sedih perlu kinah lakukan...agar ujian ini terlihat hikmahnya.

Kinah tak kuat Ya Allah.....

Kinah lemah Ya Allah....

Kinah terlalu hina untuk berada di bumi ini....

Allahu akhbar...sungguh, tiada kata yg boleh diungkap untuk meluahkan apa yang dirasa saat ini.
Malah kinah gagal mengawal 'Rahmat Tuhan' ini dengan sebaiknya...

Cuma, saat semua ini melanda, kinah teringatkan pesan seorang sahabat yang amat kinah kagum sejak dari di awal pertemuan kami lagi...sahabat yang tak jemu mengingatkan diri dengan kalimah2 Allah....


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Doakan kinah kuat......

Saturday, February 20, 2010

**Car Wash Amal**

Salam alaik buat semua sahabat dan hamba Allah yang sehingga ke hari ini kita masih meminjam segala benda yang dimilikiNYA... Kaifa haluk?? Bagaimana keadaan shbt2 semua?? Moga kita semua sentiasa dalam rahmatNya.

Susungguhnya, nikmat kesihatan adalah antara nikmat yang paling mahal di dunia ini. Sama2 peringatkan saya dan diri untuk menjaga amanah ini sebaiknya.

Haa....apa pandangan shbt2 tentang tajuk entry sy kali ni?? "Car Wash Amal"...ini bukanlah sy nk promosi apa2, tp sekadar coretan perkongsian. Betul ni, sy bukan la wakil mana2 car wash yang nak promote semua ni.

Mungkin juga apa yang sy nk tulis ni takde berkaitan pun dengan car wash amal, tp insyaAllah, sahabat2 akan faham, kenapa sy memilih tajuk tu sebagai tajuk entry kali ni.


Al-kisah, semalam (20 Feb 2010), sy berjanji dengan abah nk basuh kereta di waktu pagi, tapi tak buat juga...lepas tu kata tunda petang kul 5 petang....alhamdulillah, kul 5 petang lepas kami solat asar, kami ke luar rumah untuk melunaskan janji sy yang ditunda itu.

Maka bermulalah kisah kami....membasuh kereta viva hitam yang comel ini. Kenapa abah suruh jg basuh kereta ni, sbb esoknya sy akan pulang ke kampus ilmu di Bangi.

Alhamdulillah, ada yang menolong, tolong buat suasana lebih ceria....siapa?? kucing peliharaan kami, nama formalnya Adam, tapi last2 kami panggil Buntal...(tp dalam loghat Pekan, sebutan akan jadi Buntei).

Bila abah 'membasahkan' kereta dgn siraman air yang pertama, sy menyiapkan segala perkakas untuk membasuh, dah lama tak merasai suasana macam ni. Segala sabun, sponge, syampoo kereta adalah yang sendiri punye, abah kata, stok abah dh habis...huhu..saje je abah.

Takpe2, sy guna je yang memang sy sediakan.

Bila start 'menyabun' kereta, baru sy sedar sesuatu. Mata sy tibe2 terasa berair, bukan dek kerana semburan air paip, tapi hati ini cuba mengingatkan diri tentang sesuatu.


KERETA=DIRI KITA

Ini persamaan yang sy terbitkan hasil dari menyabun kereta. Kereta adalah diri saya. Bukan sama sekali merujuk kepada hak milik, malah jauh sekali menyamakan ciptaan Allah ini dengan ciptaan manusia itu, tapi ada sesuatu.....

Bila saya sabun kereta dari satu bahagian ke bahagian lain, dari situ, saya dapat mengenal pasti ada calar ke, ada yang kemek ke, yang tercabut ke atau sebagainya. Yup, itu clue yg tepat tentang persamaan KERETA=DIRI KITA.

Sungguh, Allah mengurniakan otak ini untuk kita terus berfikir dan berfikir. Saat tangan ini menyentuh bahagian2 kereta tersebut, semakin sy berfikir.

Sahabat dan diriku,

Cara kita nak mengenali Allah adalah dengan mengenal ciptaanNya bukan?? Kita kerap kali diasak dengan ayat ini, tapi sejauh mana penghayatan kita terhadap ayat ni?? Subhanallah, astaghfirullah...ampun Ya Allah.

Analogi yang cukup simple.

Jika sy tidak membasuh sendiri kereta tersebut, apakah mungkin sy tahu ada calar atau kemek atau apa2 'kotoran' pada kereta tersebut?? Tidak mungkin bukan.

Mesti akan ada yang berkata, "Ala, kalau kemek tu, tak yah tunggu basuh, kalau tengok biasa2 pun dah nampak..."

Saya tak menafikan pernyataan tersebut, tp sama tak perasaan tu semasa tangan ini sendiri yang membasuh dan menyedari keadaan tersebut?? Tangan ini sendiri yang menggosok tempat tersebut dengan penuh kasih sayang sambil mengucapkan syukur kerana Dia meminjamkan kita nikmat dunia yang sementara ini??

Mudah untuk dilafaz, 'cara nak kenal Allah, adalah dengan menghayati kepada ciptaanNya', tapi sejauh mana lafaz itu diimplan dalam hidup, hanya kita dan Dia yang tahu.


BASUH SENDIRI@HANTAR KEDAI

Sama juga dengan situasi di mana sama ada kita membasuh sendiri kereta atau hantar kedai je. Kalau dulu, ye, sy kerap kali menghantar ke kedai untuk dicuci, memang cepat harga pun boleh tahan, RM8..tapi saat itu saya rupanya kerugian sesuatu.

Saya rugi dari menghabiskan masa bersama kereta yang diamanahkan kepada sy ni. Memang kereta adalah kereta, tapi kereta pun ada perasaan kn...sahabat percaya, kereta ada perasaan?? Saya percaya....

Apa yang sy nak cuba bawa dari kisah sama ada basuh sendiri atau hantar kedai ni dengan cara nak mengenal Allah dengan menghayati ciptaanNya ialah, persepsi individu.

Siapa kata kereta yang dihantar ke kedai lebih bersih di basuh berbanding basuh sendiri?? Tepuk dada tanya diri, soalan ni subjektif, tiada jawapan yang tepat.

Memang orang di kedai tu basuh boleh dikategorikan bersih, berkilat kilau saat dipanah cahaya mentari kan...cuma, cuba sesekali sahabat2 tengok tempat2 yang 'terpencil', adakah dalam keadaan memuaskan??

Sekali pandang segalanya nampak cantik, nampak bersih, tapi sebenarnya tidak secara sebenar-benarnya.

Itu yang sy cuba bawa dari sudut perspektif tadi. Bagi pekerja2 di kedai, mereka melihat kereta kita sudah dibersihkan dengan baik, dengan sepenuh tenaga mereka, tapi masih ada beberapa perkara atau tempat yang tidak di mata kita.

Begitulah dalam melihat kebesaran Allah. Setiap dari kita melihat BERSIH itu, tapi setiap dari kita melihat BERSIH itu dari sudut berbeza. Begitu ciptaan Allah, untuk benar2 menghayati kebesaran Allah itu, kita tidak boleh bersandarkan 100% pada penghayatan individu lain. Mana yang baik, sudah tentu boleh menjadi sandaran kita, namun yang sebaliknya, fikirkanlah.


ANALOGI ELEKTRON

Saat mendengar perkataan electron, apa yang ada difikiran sahabat?? Sesuatu yang discrete?? Sesuatu yang wujud hanya dalam teori sahaja?? atau alergic dengar perkataan tu sebab tak minat fizik ke kimia ke...erm..gurau je..



Electron, ada seorang hamba Allah ni, saintis Barat pernah menyatakan lebih kurang begini, "Jika nilai negatif yang ada dalam electron ni teralih atau berkurang sedikit je, maka segala yang ada di alam ini tidak akan wujud,"

Benarkah apa yang dikatakan dia ni?? Tersangat benar.

Tapi, apa dia kata lagi..." Benarlah, memang ada pencipta yang hebat yang menciptakan electron ini,"

Setiap apa yang ada ini semuanya ada electron, jika cas dalam electron itu bertukar atau berkurang atau sebagainya, maka alam ini belum tentu wujud.

Apa kaitan analogi electron ini dengan entry kali ini???

Ini sebenarnya masih di bawah perspektif individu, atau cara seseorang itu menghayati ciptaan Allah. Walaupun dia bukan beragama Islam, tapi dia percaya electron itu dicipta oleh Great Creator.

Itu perspektif dia. Andai orang lain?? Berapa ramai yang akan melihat electron itu suatu yang hebat dalam mendalami IMAN mereka untuk menghayati ciptaan Allah ini.

Sehingga saat fakta ini diberitahu kepada sy, sy tidak pernah terfikir betapa electron suatu jasad yang mampu mengubah dunia ini. Ini yang sy cuba kongsikan tentang 'persepsi individu' kerana setiap dari kita dianugerahkan dengan kelebihan yang berbeza-beza, namun, manfaatkanlah ia bersama dalam mengingatkan siapa kita di sisi Dia.


CAR WASH AMAL

Jadi, agak-agaknya sahabat dapat tangkap tak kenapa entry kali ini saya namakan seperti yang dinamakan??

Sungguh, coretan kali ini bukan untuk bermegah diri untuk bercerita itu ini, namun perkongsian yang saya maksudkan di sebalik semua ini.

Harap sahabat2 dapat mengingatkan diri saya juga siapa kita semua...

Thursday, February 18, 2010

**Umpama Mimpi Dalam Mimpi**


" ok, sekarang saya nak semua peserta berkumpul mengikut agama masing-masing. Yang Islam di sini, yang Kristian di tengah, dan seterusnya...campur lelaki dan perempuan," itu arahan yg diterima yang dikeluarkan oleh Kem Komanden tersebut.

Aku sekadar menurut perintah. Ntah kenapa, apa tujuannya kami diasingkan mengikut agama pun tidak tahu. Kelakar pun ada, suruh diasingkan mengikut agama, tapi dicampurkan lelaki dan perempuan....

"Sekarang semua peserta boleh kembali ke khemah masing-masing untuk rehatkan badan. Selepas ini kita semua akan masuk ke hutan semula untuk sesi berikutnya. Sila berhati-hati kerana ada 'ujian' untuk anda semua," tambah Kem Komanden itu lagi.

Aku jadi musykil, apa hamba Allah yang memberikan arahan ini, agamanya apa ya?? Islamkah atau sebaliknya??

Otak terus bergerak memimirkan asal usul Kem Komanden kali ini, begitu aneh perilakunya sejak hari pertama aku menyertai kem ini. Selaju otak berfikir, selaju itulah kaki ini mengorak langkah dalam keletihan setelah separuh hari kami di 'rendam' dalam hutan itu.

Ntah bila, kenapa aku berada di sini, aku tidak tahu.

Sejak pertama kali aku sedar ketika berada di kem ini, suasananya amat menyeramkan. Terlihat di kiri kanan kem berdirinya deretan askar2 yang lengkap bersejata. Kem apakah ini?? Malah pakaian askar2 tersebut juga bukan askar biasa...

Biar lah, yg penting aku jaga diri sebaik mungkin sepanjang berada di sini..

DUMMMM....

Dalam bermonolog sendirian, halwa telinga kami dicemari oleh suatu bunyi yang amat menggetarkan jiwa. Bunyi yang selama ini selalu di dengar yang menghiasi kaca televisyen tapi saat itu, ia seperti berlaku dalam realiti...

Bunyi letupan bom, bukan sekali tp berkali-kali, Ya Allah, apa semua ni??

"Kinah, lari ke sini....." jeritan suara yang tidak tahu mana puncanya, dari mana arahnya, cuma gerak hati mengatakan untuk berlari di balik sebuah bangunan yang tersergam indah.

Mana datangnya bangunan yang indah ini di dalam hutan belantara ni?? Pelik bin ajaib. Apa yg sebenarnya terjadi??

"Kinah, cepat ikut aku...kita kena selamatkan diri.."

"Tp, kenapa?? Apa semua ni??" aku yang dah memang bingung bertambah bingung.

"Sakinah, sedar la..kite bukan dalam ruang yang biasa, kita dalam peperangan. Kau tak perasan ke sejak kita sampai ke sini, suasana kat sini pelik sangat. Kenapa sebelum bersurai tadi, dia minta kita diasingkan mengikut agama?? Kau tak sedar ke semua tu?? Ini semua diatur untuk menghancurkan Islam!! Bangun la kinah!!" biarpun tak dapat melihat wajah sahabat itu dgn jelas, namun kata2 itu benar2 membuatkanku terkesima sebentar.

Apakah benar apa yang ku lihat dan dengar ini?? Aku berada dlm peperangan?? Antara apa dengan apa??

ARRRGGGHHHH!!!!! AHADDDD!!!

Terdengar satu jeritan yang amat pedih untuk didengar. Benar, aku di dalam peperangan.

Ntah datang dari mana aku mendapat kekuatan untuk berlari sekuat hati dan mampu melompat rintangan yang mendatang dengan mudah...sesekali sempat aku membaling bongkah-bongkah kayu atau besi bersaiz sederhana ke arah penembak yang berada di tingkat bawah bangunan.

Siapa mereka?? Apa yang mereka inginkan?? Soalan itu masih bertalu di telingaku.

Aku tak sedar, rupanya ada beberapa sahabat yang mengekoriku dari belakang, mengikut jejak langkah kaki panjangku ini untuk menyelamatkan diri. Argh...saat ini, bukan lagi menyelamatkan diri, tapi menyelamatkan manusia berdarah Islam yang akan membalas dendam suatu hari nanti..

Kami mengambil nafas seketika di belakang bangunan usang yang terletak agak jauh dari tempat bermulanya bunyi letupan tadi.

"Macam mana kau boleh sampai ke sini, hah?? Kau patut mati...." suara seorang lelaki yang agak berusia sambil kakinya memijak kepala sahabat kami.

Ntah dari mana dia terlihat kelibat kami.

"Kau yang patut mati, binatang!!" seorang sahabat kami tak dapat menahan kemarahannya, lalu di baling batang besi ke arah muka lelaki tersebut..

BANGG!!

Terdengar satu lagi bunyi tembakan ke arah kami. Mungkin itu tembakan untuk menyelamatkan askar yang di balik batang besi oleh sahabat aku tadi.

Semua sahabat2 memandang ke arahku, kenapa??? Kasihanilah sahabat yang dipijak kepalanya tadi, bukannya aku.

Sekelip mata, aku merasa lelah yang amat, kepenatan berlari tadi tibe2 meresap ke tubuhku. Terasa tubuhku mulai sejuk, ada air keringat yang laju membasahi pipiku. Argh, aku takkan tewas begitu sahaja di tangan engkau, aku dan sahabat aku akan bangkit nanti, kau tunggu!!

"Kinah, mengucappppppppp" kenapa nama aku yang disebut???

Suara itu, suara yang selalu aku rindu, suara sahabat yang pernah mengimamkan aku suatu ketika dulu. Suara mereka semakin jauh aku dengar....seolah bergema....

Saat tangan ini cuba mengelap air keringat di pipi itu, baru aku sedar. Aku telah ditembak di kepalaku..dan air yang mengalir itu, darah aku.... Ya Allah, apa semua ini, terlalu cepat masa berlalu.

Engkau memilih aku untuk pergi dulu berbanding sahabat aku yang lain.....

"Adik, bangun, pagi dah ni," sangat kukenal suara itu.

Hp di tatap, jam menunjukkan 6.30 pagi. Sy bermimpi rupanya. Tp, sungguh, anggota sy berpeluh-peluh, seolah ia kejadian sebenar.

Astaghfirulllahala'zim....beristighfar panjang sy pagi tu.

Apa maksud semua ni??

Sehingga saat ini, mimpi itu masih sy hafal gerak gerinya. Masih terakam dalam memori sy. Allahu Akhbar!!

Mimpi yang sekadar mimpi. Ye, memang itu mimpi...mimpi yang tidak pasti apa maksud tersiratnya. Cuma, apa yang boleh dibandingkan, perjuangan saudara seislam di sana.

Berjuang, berjihad disana tanpa takutkan kepada musuh yang menanti...Allahu Akhbar, Allahu Akhbar...Allahu Akhbar...

Ya Allah, kurniakanlah kekuatan yang luar biasa kepada seluruh hambaMu dalam usaha menegakkan agamaMu di muka bumi ini Ya Allah. Jangan Kau golongkan kami dalam golongan hamba yang munafik dalam perjuangan ini, Ya Allah. Pimpinlah kami dalam mengatur langkah dalam membela agamaMu, Ya Allah. Jangan Kau palingkan hati kami, iman kami dari terus bersama agamaMu, amin Ya Rabb...

Monday, February 8, 2010

**Peringatan Buat Sang Hamba**

[Sekadar copy and paste dari internet..sedang mencari bahan tugasan, tp ini yang terjumpa..sama2 kita renungkan]

Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan ajakan anaknya itu.

Sebagai muslim yang mampu secara materi, mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala perlengkapan sudah disiapkan. Singkatnya ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Kondisi keduanya sehat wal afiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".


Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah
(Bu, lihatlah Ka'bah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi, ia terdiam. Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya. Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan. Padahal, tak ada masalah dengan kesehatan matanya. Beberapa minit yang lalu ia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak yang sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia shalat memohon ampunan-Nya. Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Begitulah, mengharap rahmatNYA. Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.

Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugrah-Nya, dengan menatap Ka'bah, kelak. Anak yang saleh itu berniat akan kmebali membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya. Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan di dekat Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak bisa melihat Ka'bah. Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya.

Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap.

Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.

Hasan tak habis pikir, ia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Ka'bah. Padahal, setiap berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu normal. Ia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperbuat ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya.

Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu permasalahannya. Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal karena kesholehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat).

Tanpa kesulitan berarti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang saleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan seksama, kemudian meminta agar Ibu dari hasan mau menelponnya. anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, ia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut. Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun mau menelpon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci.

Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya.

"Anda harus berterus terang kepada saya, karena masalah Anda bukan masalah sepele," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian ia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat kabar dari Sarah. Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelpon.

"Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai perawat di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya. "Oh, bagus..... Pekerjaan perawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu. "Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang.

Ulama itu terperangah. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian. "Disana...." sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karena tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan imbalan uang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka."

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah. "Astagfirullah......" betapa tega wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirusaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahwa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting.

Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas. Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, yaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi. "Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah.

"Cuma itu ?" tanya ulama terperangah. "Tahukah anda bahwa perbuatan Anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah Anda hancurkan !". ucap ulama dengan nada tinggi.

"Lalu apa lagi yang Anda kerjakan ?" tanya ulama itu lagi sedikit kesal. "Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati." "Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama "Ya, tapi saya memandikan orang mati karena ada kerja sama dengan tukang sihir." "Maksudnya ?". tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati ."

"Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti terpental, tidak mau masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam. Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya coba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan."

Mendengar penuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah. "Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Masya Allah....!!! Saya tidak bisa bantu anda. Saya angkat tangan". Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi ia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega, begitu keji. Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada Allah, karena hanya Dialah yang bisa mengampuni dosa Anda." Bumi menolaknya Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar kabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia mencari tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah telah bertobat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya. Karena tak juga memperoleh kabar, ulama itu menghubungi keluarga Hasan di mesir. Kebetulan yang menerima telepon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan kabar Sarah, ternyata kabar duka yang diterima ulama itu.

"Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelepon ustaz," ujar Hasan Ulama itu terkejut mendengar kabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ?". tanya ulama itu. Hasanpun akhirnya bercerita : Setelah menelpon sang ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Sarah. Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu terulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun pengantar jenazah yang menyadari bahwa tanah itu kembali rapat. Peristiwa itu terjadi berulang-ulang.

Para pengantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi. Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat. Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus asa dan kecapaian karena pekerjaan mereka tak juga selesai. Siangpun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satupun lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja tergeletak di hamparan tanah kering kerontang. Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak mahu meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir. Lelaki itu tidak tampak wajahnya, karena terhalang tutup kepalanya yang menyorok ke depan. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya," Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah !". kata orang itu.

Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur mau menggali lubang untuk kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi pemakaman, terbersit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan ke jenazah ibunya.

Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dijilat api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa ke wajah Hasan. Hasan ketakutan. Dengan langkah seribu, ia pun bergegas meninggalkan tempat itu.

Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman karena terbakar. Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan Hasan. Ia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu.

Ulama itu meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.

Benar saja, tak berapa lama kemudian Hasan kembali mengabari ulama itu, bahwa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitaman hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allh SWT.

Semoga kisah nyata dari Mesir ini bisa menjadi pelajaran bagi kita semua. Amin

Tuesday, February 2, 2010

**Persahabatan Ini**

~daku amat merindui kalian~

~syukbah yg banyak mengajar diri apa itu Islam yg sebenar~
~moga kalian sentiasa dalam lindunganNya~
~Allahu akhbar!!! Kalian tiada pengganti selamanya~

Hari ini kita bertemu,
cinta membenih demi Yang Satu,
kasih tersemai mengikat padu,
buat kita, insan saling memerlu,
bukan sehari, bukan seketika cuma,
tapi sungguh,
amat dirindu masa berlalu,
hati pilu menanggung syahdu,
merobek masa berganti bayu.
Ya Allah,
hati kami milikMu,
cinta kami dariMu,
kasih kami untukMu,
segalanya dari dan kepadaMu,
moga persahabatan ini datangnya dariMu
dan kembali jua kepadaMu...

[wardatul shauqah]
9.30 pm DK1, KMM

Sajak ini sy tujukan istimewa buat sahabat2 seperjuangan yang tidak jemu sama2 berjuang demi agama Allah ini terutama sahabat2 Nadi Tarbiyah Pelajar 07/08. Kalian adalah sahabat terbaik di dunia dan akhirat.

Tuesday, January 12, 2010

**Diari Seorang Hamba**

Salam kerinduan pada ujian yang tak henti kunjung tiba. Sungguh, benarlah, ujian itu ditimpakan pada hamba-hamba yang terpilih sahaja. Salam kerinduan juga pada blog yang amat dicintai ini, bahasa kasarnya, dah 'bersawang' blog ni, lama tak kemas kini.

12 januari 2010...

Pagi tu, lepas kelas habis jam 9 pagi, sy ke wisma aman sebab kereta kinah kena clamp petang semalamnya lagi. Nak uruskan clamp tu, agak memakan masa utk pergi ke sana, maka junior sy la tempat sy minta tolong.

Segala wang di dalam dompet digunakan untuk membayar 'denda' tersebut.

Sy perlu menyelesaikan sesegera mungkin clamping tu sbb sy dan dua orang coursemate sy akan pergi ke rumah coursemate kami kerana ayahnya meninggal dunia petang semalamnya. Rumah dia terletak di linggi.

Lepas settle hal kereta, kami rasa tak selesa kerana semua yang ada hanyalah kaum hawa, kalau boleh kami mencari kaum adam yang boleh mengiringi perjalanan kami. Serius, sy dh agak serik+takut nak travel jika semua kaum hawa...(teringat peristiwa kat gombak, ada motor follow kami, siap ketuk cermin tingkap kereta even masing2 tengah drive)

Bertolak la kami ke linggi...Cari jalan punya cari jalan, maka kami sampai di rumah sahabat kami. Masa tu, rumah agak lengang sebab masing2 di tanah perkuburan lagi.

Kami berbual dengan beberapa mak cik yang ada...banyak juga info2 yg sy belajar dari mereka, bukan apa, pengalaman org lama ni lain, jauh berharga.

Bila sahabat kami pulang dari tanah perkuburan, jelas terpamer garis-garis kepenatan+tak cukup rehat+mata bengkak dan segala bagai di wajah dia dan keluarganya. Tabah sungguh mereka.

Masa kami menyalami dirinya, tiada setitis air mata pun tumpah, malah sy yang berair. Dia masih ceria, periang seperti biasa. Namun, manusia bukan, tiada siapa yang tahu di dalam hati. Sedih juga la sy jadinya...

Setelah semua saudara mara sampai di rumah sahabat kami, ada disediakan sedikit makan2 untuk saudara mara. Dan saya bersama sahabat lain makan satu hidang bersama atuk sahabat kami tu.

Alangkah tersentuh nya saya, melihatkan perilaku sahabat sy tu yg menyuap adik bongsunya. Adiknya tu baru 6 tahun kalau tak silap sy, seperti tidak begitu mengerti kehilangan insan bernama ayah..seleranya tak berkurang, ikan masin menjadi pilihan si kecil itu.

"Tau tak, jam arwah papa dia dah 'cop' awal-awal...dia pakai jam tu sejak semalam lagi, tak buka pun lagi," itu kata2 sahabat sy, memberitahu bahawa adiknya sangat menyayangi jam arwah papa mereka.

Bertuahnya adik, ada seorang kakak yang amat penyayang. Seorang kakak yang sangat tabah. Mungkin itu hikmah terbesar saya tidak mempunyai adik, kerana belum tentu saya mampu menjadi kakak yang baik. Tapi, sy rindukan adik2 sy...walaupun bukan adik kandung...

Melihat raut wajah ibu sahabat sy, benar-benar membuatkan sy teringat mama di rumah. Apa agaknya reaksi saya dan mama jika kami kehilangan abah tanpa di duga.....

Sungguh, saya tak pernah bersedia untuk ini semua dan rasanya seperti tidak mampu untuk bersedia. Namun, hakikat sebagai nyawa pinjaman, nak atau tidak, bersedia atau tidak, segalanya pasti akan berlaku, cuma masa yang akan menentukan.

Pernah suatu ketika dulu, sy terfikir, andai suatu hari nanti saya berpeluang bernikah, sy mesti cuba untuk terus menerima hakikat bahawa saya boleh kehilangan suami itu bila2 masa. Maka, kasih dan sayang pada insan bernama manusia tidak boleh melebihi kasih dan sayang pada pencipta insan yang beranam manusia itu tadi.

Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.

Segala kenangan silam berputar di memori ketika itu. Peristiwa menyaksikan arwah atuk meninggal depan mata, segala proses menguruskan jenazah, darah yang masih mengalir ketika kafankan arwah ayah saudara saya, segalanya bermain satu persatu seperti filem di dalam kepala.

"Manusia yang paling cerdik, adalah manusia yang sentiasa mengingati mati"

Setelah itu, kami undur diri terlebih dahulu. Biarlah sahabat itu tenangkan diri, rehatkan diri dan habiskan masa yang lebih banyak bersama keluarganya.

Ujian belum tamat untuk kami.

Dalam perjalanan pulang, seorang sahabat kami mencadangkan utk kami solat zohor terlebih dahulu di surau berdekatan. Surau itu di kunci, hanya boleh menggunakan kawasan luar sahaja, muslimin mungkin tidak jadi satu masalah, tp muslimat???aduh...

Surau satu hal...

Kami terlajak simpang keluar. Agak jauh kami terlajak. Ntah kenapa tiada siapa yang sedar. Sangat jauh perjalanan kami dari simpang asal....aduh...ntah macam mana ada yang boleh sedar yang kami dah tersasar.

Dalam perjalanan patah balik, minyak memberi amaran. Lampu amaran tangki minyak mula berkelip-kelip...alamak, dah la susah nak jumpa stesen minyak ni, macam mana plak ni. aduh...

Serius, agak jauh kami pusing. Bila dah tanya orang kat kedai, dia memberi jawapan yg stesen minyak tu ada di suatu tempat yang memerlukan kami patah balik ke tempat yang kami terlajak simpang tadi, Ya Allah, sempat ke minya kereta aku bertahan??

Masa tu, memang sy betul2 redha, apa nak jadi, jadi lah. Dengan kelapa sawit kiri kanan, nak jumpa kedai pun susah, apatah lagi nak jumpa stesen minyak.

Sampai satu stesen minyak di pekan kecil ni, akak kat stesen minyak tu angkat tangan menandakan minyak dah habis. Hah??akak, biar betul..

"Dik, datang semula lepas maghrib ke lepas asar ke, minyak dah habis la dik..."ringkas akak tu meningkah harapan saya...sabar...

"Stesen minyak yang paling dekat dengan sini kat mana ye..berapa jauh dari sini??" soal saya.

"Adik jalan je terus ni....terus je..nanti akan jumpa petronas, dalam 10km dari sini"

10 km???sempat ke kereta sy bertahan. Sebab tu saya betul2 redha time tu, kalau mati tengah jalan, saya terima seadanya....cuak+berdebar, semua ada.

Dalam segala perasaan tu, sempat juga la saya 'muhasabah' sebentar. Apakah sebenarnya Allah nak mengajar saya cara kita perlu benar2 pasrah dengan ketentuan Dia?? Apakah Allah menyusun sesuatu yg sy masih tak faham maksudnya, tapi tujuannya untuk saya ingat siapa saya di bumi ini??

Tadi, kami ziarah sahabat kami yang baru kehilangan ayah, dan sekarang ujian minyak kereta nak habis. Apa maksud aturan Dia ni??

At last, kami jumpa jg petronas yang di cari. Dan akhirnya kami jamak di hentian seremban je..

" Katakanlah : ' Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanyalah kepada Dia orang-orang beriman harus bertawakal" [ Al-Tawbah : 51]

Tawakal + redha + berlapang dada....apa lagi istilah yang boleh digunakan untuk menggambarkan betapa adunan segala sifat itu penting dalam menyelak halaman kamus kehidupan seorang hamba.

Kamus kehidupan yang tak pernah sunyi dari mehnah yang tiada siapa tahu bila, kenapa, mengapa, di mana...semua lah sehingga lah sudah jatuh di timpa tangga..segalanya di pertegaskan dalam Al-Kahfi ayat 7 yang bermaksud :

" Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang lebih baik amalannya"

Salam peringatan buat diri yang jahil ini...moga ujian yang kunjung tiba menjadi tangga kita memanjat kemanisan iman di samping memperdalamkan rasa kehambaan dalam diri, amin.

Thursday, January 7, 2010

**Monolog Seorang Adik**


Abang...adik rindu pada abang

Adik ingat lagi, masa kita kecik2 dulu, kita selalu bersama kan..Kawan abang kawan adik juga. Adik takde kawan perempuan, semua kawan adik lelaki, sebab adik selalu ikut abang.

Masa adik tadika, kita pergi tadika asing2 sebab mak tak hantar kita tadika yang sama. Tapi kita pergi sama2 ke kelas fardu ain kat tadika adik. Abang yang bawa basikal dan adik duduk kat belakang.

Ada suatu hari tu, abang angkat tayar depan basikal, adik terlepas pegang dan adik cuma pegang besi hujung pada tempat duduk belakang basikal tu. Abang tak perasan adik pun. Lutut adik terseret atas jalan raya, ada kesan darah atas jalan raya. Tapi, adik tak menangis.

Adik tak menangis sebab abang ajar adik untuk jadi 'jantan', kena kuat. Adik nampak je ada garisan darah tu atas jalan. Tibe2 abang berhenti, abang kata semakin berat dia kayuh basikal. Memang la makin berat abang, sebab kedudukan adik dah memanjangkan jarak, maka kerja yang dilakukan pun bertambah....ops, adik dah masuk bab fizik pula, tapi abang faham kan.

Masa balik rumah, abang senyap, sebab abang takut mak marah, tapi mak tak marah pun, mak kenal anak-anak dia.

Adik sayang abang.

Ada satu petang tu, ayah kerja luar, jadi mak bawa kita berjalan kat bandar. Kelakar sangat, masa kecik rasa best sangat dapat jalan kat bandar, tapi sekarang, rasa macam takde apapun. Adik naik basikal dengan mak, abang bawa basikal merah abang tu..Adik ingat lagi basikal merah abang tu.

Tiba2 hujan lebat masa kita kat tengah2 bandar. Adik pegang payung untuk mak, tapi abang basah kuyup. Adik tak tahu nak buat apa. Tiba2 adik kena tiup angin sebab adik ringan sangat kot.

Mak sedar pun masa adik ada belakang tayar basikal mak. Mungkin mak rasa pelik sebab tiba2 jadi ringan pula kot. Masa tu jugalah Allah tunjuk kasih sayang Dia. Kawan mak jerit panggil mak dari bangunan kedai depan tempat adik kena tiup angin tu.

Mak cakap mata adik terkebil-kebil je masa mak pandang adik kat belakang tayar tu. Dari kecik adik memang macam tu kan abang.

Kita makan bubur pulut hitam kat rumah kawan mak tu, sedap sangat. Abang ingat lagi tak?? Adik ingat sangat peristiwa tu. Mesti abang ingat kan.

Abang, adik sayang abang.

Abang ingat lagi tak ada satu hari tu, hari hujan tapi mak tak bagi kita keluar rumah. Dah la mak baru balik kerja shift malam, jadi mak nak rehat tapi kita buat hal. Kita excited sangat nak keluar rumah.

Pintu rumah masa tu tinggi sangat...kita amik meja ABC tu panjat untuk buka pintu tu. Sedangkan mak sedang tidur kat ruang tamu. Habis perlahan dah kita buka pintu tu, tak nak bagi mak dengar.

Masa dapat keluar main hujan tu, seronok sangat. Adik ingat lagi adik pergi rumah along, depan rumah kita. Sebab mak along panggil naik rumah dia. Mak along tahu yang kita keluar curi2, tak tahu la macam mana dia tahu.

Ada sekali tu, masa tengah main kat padang, kita nampak mak intai kat pintu rumah. Air kat padang tu dah la macam kolam dah sebab hujan lebat. Masa nampak mak intai tu, kita menyelam dalam air tu. Lama juga.

Abang ingat tak, padang tu padang apa?? Kan selalu ada lembu meragut petang2 kat situ...jadi kita berendam dengan najis2 lembu sekali....hihi...tapi selamatkan diri mak tu lebih penting kan masa tu. Nakalnya adik masa dulu, adik banyak ikut abang lah...

Tapi, adik tak pernah salahkan abang, sebab abang adalah satu-satunya abang adik. Bila balik, mak pukul kita dengan cebok...sakit, adik nangis time tu. Tapi, adik akan menangis sekarang bukan kerana sakit tu lagi, tapi terlalu merindui peristiwa tu.

Adik amat sayang abang.

Bila kita pindah rumah, lagi la mencabar. Kita di hantar ke rumah mak long. Mak long yang jaga kita adik beradik. Sebab mak sambung belajar, ayah pula selalu kerja luar, dah lama setiap kali pergi.

Tapi, adik tak takut sebab abang ada bersama dengan adik. Abang ingat tak peristiwa abang kena tinggal bas sekolah??

Petang tu, adik nak sangat makan keropok kat tepi sekolah kat simpang tu. Tapi, bas macam dah nak jalan. Adik cakap kat abang yang adik nak makan keropok, abang pun turun beli keropok untuk adik.

Abang turun je, bas tu pun gerak. Adik takut nak cakap kat pak cik bas yang ada orang tak naik lagi. Sebab adik memang penakut. Adik nangis dalam hati, sebab sian abang, macam mana abang nak balik rumah...

Adik rasa menyesal sebab nak juga makan keropok. Masa sampai rumah, adik cakap kat ayah yang abang kena tinggal. Ayah tak marah adik, ayah terus masuk kereta nak pergi cari abang. Adik nangis tapi tak keluar air mata je. Adik kesian kat abang, adik rasa bersalah kat abang.

Kerana keropok, abang kena tinggal bas. Dah la nak sampai rumah jauh lagi masa tu. Tapi, abang tak marah adik pun tentang kisah tu, abang gelak je bila mak ke ayah cerita semula kisah tu. Abang, adik minta maaf tentang tu.

Adik sayang abang.

Masa adik nak periksa UPSR, malam tu adik demam teruk. Lepas muntah, muntah lagi. Mak 'jeram' kepala adik dengan air asam jawa. Adik minum air asam jawa juga kalau tak silap. Masa tu ayah kerja luar, jadi kita tinggal bertiga je kat rumah.

Pagi esoknya, masa mak hantar adik kesekolah, mak kata, abang tak tidur semalam sebab jaga adik. Abang tidur kat tepi katil je. Adik akan ingat jasa abang tu. Adik bersyukur dapat abang macam abang.

Adik rindukan abang.

Bila kita dah besar, masing-masing banyak buat hal sendiri. Sebab adik masuk asrama sejak tingkatan 1, jadi adik dah kurang rapat dengan abang macam dulu. Kenapa ye abang??

Lepas satu, satu, peristiwa berlaku dalam hidup kita sekeluarga dalam masa tu. Tapi, abang sentiasa ada cara untuk bantu keluarga. Adik bangga dengan abang.

Adik ingat lagi adik kena marah sebab ada lelaki telefon adik pada waktu maghrib. Masa tu mana ada handphone lagi, jadi budak laki tu telefon rumah, dan kebetulan abang yang angkat. Abang tak marah lagi masa dia telefon tu, tapi lepas adik letak telefon, adik kena marah dengan abang teruk juga la.

Bukan salah adik. Budak laki tu telefon tak kena masa, lagipun dia telefon untuk perkara yang tak penting pun. Tapi, sekarang adik dah pandai berfikir. Abang buat semua tu sebab abang pun sayang adik kan.

Abang tak nak adik jadi macam perempuan lain, yang senang2 laki nak telefon dah la masa maghrib. Abang sayang adik ek....

Adik pun sayang abang.

Antara perkara yang adik paling rasa bersalah ialah abang tolak tawaran sambung belajar di universiti impian abang kerana abang lebih risaukan keluarga takut berdepan masalah kewangan untuk menampung abang di sana. Dua kali, tawaran itu menjengah, tapi abang memilih siapa abang hari ini. Adik bangga dengan abang.

Cepat sangat kan masa berlalu. Tibe2 abang dan adik dah umur 20 lebih. Makin adik sayang pada keluarga kita.

Perkara yang paling adik sedih, abang akan berkahwin suatu hari nanti..mungkin tahun ni juga kan. Adik doakan moga ia benar2 menjadi kenyataan.

Adik ingat lagi, masa konvo abang. Adik, mak, ayah dan tunang abang sekarang pergi solat zohor kat masjid kat bangi ni. Abang kat kampus lagi uruskan untuk pulang jubah pe semua. Dalam masjid tu, lepas solat zohor, mak 'melamar' tunang abang sekarang.

Adik jadi saksi kepada peristiwa tu. Mak bertanya banyak benda pada akak tu. Adik pula yang malu. Abang dah besar, dah boleh jadi suami orang rupanya. Akak tu baik sangat, adik suka dia.

Abang, adik doakan abang dapat jadi suami yang soleh, seorang ayah yang soleh, hamba yang soleh, anak yang soleh, seorang majikan ke pekerja yang soleh, semuanya lah yang soleh.

Adik sayang abang yang teramat sangat. Adik minta ampun sangat sebab adik banyak melawan cakap abang selama ini.

Abang, terima kasih sebab menjadi abang kepada adik sehina adik ni. Doakan adik juga ya...doakan adik kawin cepat juga...hehe...itu hasrat mak.

Buat abangku SHAHARIL BIN SUKARDHI, adindamu ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE -23 pada 8 Januari 2010, semoga jodohmu bersama NURUL HUDA BINTI HJ. RAHIM kekal selamanya dan kalian menjadi suami isteri dunia akhirat.



(abang yg 'tembam'..yg amat disayangi lagi dirindui bersama sepupu yang sebaya dengannya)

(di hari graduasi abang...hari yang teramat abang gembira)

p/s: sekadar coretan rindu pada abang dan sempena hari lahirnya...
p/s:yang pasti, di rumah saya tak pernah membahasakan diri sebagai adik, sekadar coretan.

Jom berkongsi