Thursday, June 11, 2009

**Monolog seorang hamba**


Aku terdampar di sini, sendirian...
bertemankan ciptaan Allah.
ketenangan air penyejuk mata,
penghias utama lukisan alam ini.
Mentari yang mula berubah watak,
menjadi hiasan di atas awan..


Subhanallah....
cantik sungguh ciptaan Allah,
hamparan permaidani hijau,
sehijau nikmatMu ya Rabb...
sungguh menyegarkan deria.


Alunan air tersisip kemas,
begitu mendamaikan,
alangkah indahnya nafsu amarahku
dapat di tenangkan sebegitu.


Sesekali hembusan angin menerbangkan mindaku
sama seperti terbangnya dedaunan yang kering..
bunyi derupan angin,
lenggok daun melambai,
betapa patuhnya mereka pada aturan Tuhan.


Sesekali, aku terganggu..
kebisingan yang dicipta manusia.
Betapa adilnya Maha Suci Allah,
tidak sedikitpun dikurangkan nikmat udara
bagi hambaNya yang melakukan kemungkaran
di muka bumi ini.....


Inilah dia,
kita selalu lupa pada benda yang kita tak patut lupa...
terima kasih Tuhan...

(nukilah ini di taip dlm hpku dan selesai pada jam 6.28 petang, 11 Jun 2009 bertempat di hadapan tasik kejut, ukm)


Wednesday, June 10, 2009

**Hati ini terusik lagi**

Hari ini tidak ada kuliah, tak taw nak buat apa kat bilik. Tapi jap lagi nak kena balik Kris Mas jap, nak tengok bilik lame, ada projek. Apa nak buat??

Tangan ni terasa nak buka semula file2 yang saya download sebelum nie. Mata saya tertangkap kepada beberapa file yang rasenya dah lama saya tak sentuh.

Dr. Badrul Amin-Alunan zikir munajat, Hijjaz-tasbih dan zikir dan beberapa lagi selawat yang berjaya mencuri tumpuan saya...

Hati ini bile dah lame tidak mendengar kalimah2 ini terasa seperti hati ni mati sebab xde baja untuk menyuburkannya......

Sambil menikmati halwa telinga itu, saya membuka kembali semua mesej ayt2 cinta dalam hp saya...di sini ingin saya kongsikan beberapa mesej dari sahabat saya...

"Wanita solehah ibarat mawar berduri,
dari jauh kelihatan cantik dan lembut,
namun bila didekati lelaki ajnabi,
durinya menjadi perisai untuk memelihara diri.
Wahai muslimah,
jangan engkau tumpulkan duri2mu
hanya kerana ingin didekati insan bernama lelaki,
kerana rojul soleh hanya akan memilih
mawar2 yang tajam berduri"



"Ku rayu padaMu Ya Allah...
sentuhlah hati sahabatku ini saat dia jauh dariMu,
Peluklah hatinya andai
dia mencintai sesiapa lebih dariMu,
peliharalah iman kami,
teguhkan hati kami dalam mencari redhaMu,
Sesungguhnya kami takut dan gerun
jika ENGKAU berpaling dari kami,
Alangkah ruginya kami..
Alangkah dahsyatnya azabMu..
Moga diberi kekuatan dan ketabahan
kerana setiap sesuatu itu
datangnya dariMu Ya Allah,
amin"


"Sahabat-sahabat,
usah mengundur ke belakang,
tolehlah sesekali ambil pengjaran,
teruskan melangkah maju ke depan,
teman2mu memerlukan bimbingan,
lupakan segala kesamaran,
pulanglah pada hakikat,
seorang insan bergelar pejuang,
jangan menyerah pada keadaan,
terimalah ia sebagai cabaran,
nescaya akan dirasai manisnya iman..."


Dan...baru2 ini, sy mendapat mesej dari seorang hamba Allah yang mungkin sy mengenalinya, tp sedih sebab no yang tertera di hp sy itu tiada dalam simpanan. Mesejnya amat simple, betul la, Allah Maha Mengetahui, Dia takkan biarkan kita berseorangan, sebab ketika mesej yang saya dapat ni, saya sedang berperang dalam diri...menangis sendirian di kamar indah ini....tibe2 Allah menggerakkan tangan hamba Allah ni menghantar mesej ni kepada saya....sedarlah, Allah sungguh Maha Penyayang.....berikut adalah mesej hamba Allah tu...

"Kehidupan ini terlalu banyak yang hendak dicoretkan,
semakin kita melangkah,semakin kita ke hadapan,
semakin kita ke hadapan, semakin kita kenal hakikat kehidupan,
melangkahlah dengan gagah dalam perjalanan mencari Tuhan"

Pada insan lain, mungkin tiada makna ayt2 nie, tp di kala sy menerima mesej tersebut, takde apa yang dapat dikatakan....sy sungguh lemah dalam perjalanan di bumi ini. Terima kasih pada empunya yang memberi mesej ini dan semua sahabat yang tidak jemu menghantar mesej 'peringatan' kepada diri yang hina ini...

**Monolog seorang hamba**

Saat ini, aku bersendirian...
cuma bertemankan kicauan burung
sesekali telingaku ini menangkap bunyi kipas
aku sendirian....
hanya Allah setia menemani aku.....

Malam ini malam yang ke-4
aku tidak boleh melelapkan mata...
sudah puas rasanya memaksa mata
namun tidak terlelap jua
Yang aku tahu,
aku belum bersedia untuk terlelap selamanya
kerana bekalan belum sedia

Bantal di sisi ku peluk seeratnya
Aku rindukan pelukan ibuku
Aku rindukan nasihat ayahku
Aku rindukan sahabatku
Aku rindukan segala yang ada...
Sebelum segala hilang tiada

Aliran air di pipi
menyentuh jiwa
menyentuh dosa lalu
aku tahu,
air mata ini tidak akan mampu
memadamkan dosa lalu begitu saja

Senyum mujahidah mencari syahid...
ya..
salah satu mesej yg di hantar
oleh salah seorang sahabatku,
sejauh mana aku memegangnya??

Aku terus dan terus
memerlukan sokongan insan sekeliling
walau sekadar mesej yang pendek
tanda peringatan itu lebih penting
dari marah dan tengking

Bercinta sampai ke syurga.....
kenapa ini yang timbul??
ntah......
benarlah, manusia hidup kerana cinta
cinta yang tiada batasannya
Arghh
Sakinah bangun!!!!


**Influenza A @ Virus H1N1**

Selepas dikejutkan dengan Japanese Encephalitis (JE) dan virus Nipah yang disebarkan daripada babi, demam Coxsackie, Sistem Pernafasan Akut Teruk (SARS), kini selesema babi menjadi ancaman terbaru penduduk negara ini.

Kemunculan virus selesema babi H1N1 di dalam babi dan juga manusia di Mexico baru-baru ini yang berupaya menyebabkan jangkitan yang membawa maut menunjukkan sejarah mungkin berulang kerana pandemik virus selesema Sepanyol 1918 (1918 Spanish flu virus) juga disebabkan oleh virus selesema H1N1.

Tetapi yang uniknya, virus selesema babi H1N1 Mexico muncul dari campuran virus selesema yang asalnya daripada unggas, babi dan juga manusia.

Berdasarkan laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang beribu pejabat di Geneva dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika, virus selesema babi H1N1 yang ditemui di Mexico baru-baru ini dan di beberapa negeri di Amerika Syarikat, Kanada dan Sepanyol merupakan virus selesema babi H1N1 yang baru, yang belum pernah ditemui sebelum ini.

Virus babi H1N1 ini mempunyai profil genetik (campuran gen) yang unik yang belum pernah ditemui dalam mana-mana haiwan atau manusia sebelum ini.

Ini dinyatakan oleh Timbalan Pengarah Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Omar. Menurut beliau, pada lazimnya, virus selesema babi H1N1 yang ditemui sebelum ini hanya mampu menyebabkan jangkitan yang ringan hingga sederhana pada salur pernafasan dan/atau paru-paru babi yang dijangkiti.

''Bagaimanapun virus tersebut (H1N1) berupaya menyebabkan kadar jangkitan tinggi yang boleh mencecah 100 peratus, meskipun kadar kematiannya adalah rendah," katanya.

Beliau berkata, manusia terutamanya pekerja di ladang babi yang dijangkiti dengan virus H1N1 boleh dijangkiti dengan virus ini, namun jangkitannya tidak berbahaya sekiranya tiada komplikasi.

Tanda klinikal yang kerap berlaku ekoran jangkitan virus selesema babi H1N1 pada manusia adalah demam, selesema, sakit tekak dan batuk selama beberapa hari.

Oleh kerana keupayaan tinggi virus selesema melakukan proses mutasi dan campuran genetik, langkah berjaga-jaga perlu diambil supaya ternakan seperti babi, ayam, itik dan spesies burung lain tidak dipelihara bersama.

Ini kerana ia boleh membawa kepada pembentukan virus selesema bersifat pandemik kepada manusia dan virus highly pathogenic avian influenza (HPAI) yang boleh menjangkiti ayam dan juga manusia.

Di samping itu, babi merupakan perumah unik yang boleh berfungsi sebagai mixing vessel bagi kemunculan virus selesema yang berupaya menyebabkan pandemik selesema manusia.

''Ini adalah kerana saluran pernafasan babi mempunyai reseptor bagi menyokong proses replikasi virus selesema dari babi, burung dan juga manusia," kata Dr Abdul Rahman.

Katanya, epidemik selesema dikenal pasti apabila berlakunya peningkatan kematian akibat daripada penyakit selesema dan juga kes radang paru-paru (pneumonia) secara mendadak.

Virus selesema pandemik manusia muncul apabila gen virus selesema haiwan sama ada daripada burung atau babi, yang sebelum ini tidak dijumpai pada manusia secara umum, bercantum dengan virus selesema manusia dalam cantuman genetik yang membolehkan virus campuran berupaya merebak dengan efisien dari manusia ke manusia.

Berdasarkan sejarah, virus selesema yang merebak ke seluruh dunia (pandemik) dan menyebabkan kematian yang tinggi berlaku sebanyak tiga kali (sekali setiap abad) sejak 1700 lagi.

Kata Dr. Abdul Rahman, dalam abad kedua puluh ini, sebanyak tiga virus selesema pandemik telah muncul dan menyebabkan pandemik besar iaitu virus selesema Sepanyol 1918 (1918 Spanish flu virus) yang disebabkan oleh virus H1N1, virus selesema Asia 1957 yang disebabkan oleh virus H2N2 dan virus selesema Hong Kong 1968 yang disebabkan oleh virus H3N2.

Pandemik selesema yang disebabkan oleh virus selesema Sepanyol yang berlaku pada tahun 1918 menyebabkan 50 juta manusia di seluruh dunia mati.

''Manakala, wabak pandemik kemudian yang dikesan pada 1957 jenis H2N2 dan pada 1968 jenis H3N2 telah membunuh lebih daripada satu juta manusia," kata beliau.

Strain (jenis) virus yang menyebabkan pandemik selesema pada tahun 1957 dan 1968 merupakan virus yang mula-mula muncul di Asia melalui proses campuran (reassorted) gen-gen di antara virus unggas (avian), babi dan virus selesema manusia.

Virus selesema yang menyebabkan pandemik selesema Sepanyol pada tahun 1918 muncul menerusi proses campuran virus selesema manusia H1N1 dan babi H1N1 serta kehadiran proses mutasi yang kerap ditemui dalam virus selesema burung.

Menurut beliau lagi, pencirian awal ke atas genom lengkap virus tersebut menunjukkan kemungkinan virus babi H1N1 strain baru ini mempunyai campuran genetik dari virus selesema yang berasal daripada unggas, babi dan juga manusia.

Jujukan nukleotida mengesahkan gen neuramidase (NA) dan matrik (M) virus selesema babi H1N1 ini berasal daripada virus selesema Eurasian manakala jujukan hemagglutinin (HA) berasal daripada virus babi Amerika Utara.

Dengan penemuan yang lebih banyak mengenai virus babi H1N1, penjujukkan genom virus tersebut serta kajian ke atas tahap jangkitan dan sebaran virus selesema tersebut di dalam babi dan manusia, lebih banyak maklumat akan diketahui berhubung dengan virus babi H1N1 yang sedang menular di beberapa negara di dunia.

WHO mengesahkan bahawa dadah anti-virus lama seperti amantadine dan rimantadine tidak berkesan untuk membunuh virus babi H1N1 tetapi ia berkesan terhadap dadah anti-viral baru seperti oseltamivir dan zanamivir.

Dijangkakan juga vaksin bermusim selesema yang ada sekarang tidak berupaya memberi pelindungan terhadap virus selesema babi H1N1. Ini adalah kerana virus selesema babi H1N1 yang ditemui ini mempunyai ciri-ciri genetik dan antigenik yang berlainan dengan vaksin selesema yang sedia ada.

Virus selesema babi H1N1 ini telah diasingkan dari pesakit di Mexico, Kanada, Sepanyol dan beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Beberapa negara lain seperti New Zealand, Perancis dan Israel telah mengesyaki kehadiran virus ini.

Dijangkakan juga lebih banyak negara akan mengesahkan kehadiran virus selesema H1N1 kerana virus ini berupaya merebak dari manusia ke manusia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyifatkan wabak selesema babi H1N1 yang sedang merebak ini boleh membawa kepada berlakunya ancaman kesihatan awam yang membimbangkan masyarakat antarabangsa.

Virus selesema babi H1N1 yang pertama diasingkan (dipencilkan) dari babi pada tahun 1930.

Sejak dari itu lebih daripada 100 virus selesema babi H1N1 telah dikenal pasti. Walaupun terdapat perbezaan genetik terhadap virus H1N1 tersebut, ia tidak menyebabkan jangkitan berbahaya yang boleh membunuh babi dan juga manusia seperti apa yang sedang berlaku di Mexico.

Di Malaysia, kehadiran virus H1N1 ini pernah dikesan secara tidak langsung menerusi kehadiran antibodi spesifik terhadap virus tersebut.

Kehadiran virus H1N1 tersebut dikesan menerusi suatu kajian pemantauan yang dijalankan menerusi projek kerjasama antara UPM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada tahun 2005-2007.

Kajian tersebut mengambil lebih daripada 700 sampel sera dan cecair kerongkong telah di ambil daripada babi yang diternak secara komersial di Semenanjung Malaysia.

Menurut Dr. Abdul Rahman, hasil kajian menunjukkan sebanyak 12 peratus daripada babi tersebut didapati positif bagi antibodi terhadap virus H1N1.

Namun, ujian pengasingan virus dari sampel cecair kerongkong gagal mengenal pasti kehadiran virus babi H1N1.

Tuesday, June 9, 2009

**Siapa yang tak pernah menangis**

**Peperangan dalam diri**

Entry kali ni tak taw nk cite apa..Tapi mungkin nk 'meluahkan' perasaan saya skit yang selama ni saya berkongsi dengan Shakinah Sukardhi je...

Kisah berkenaan hati dan iman yang tertanam dalam diri...(itu pun kalau masih subur,ampunkan aku Ya Allah...)

Jika shbt2 bertanya pada saya tentang pengalaman belajar yang mana yang paling best, sama ada sekolah rendah ke menengah ke matrik ke kat ipt sekarang..jawapan saya, di matrik tapi saya tidak pernah menidakkan kenangan2 di semua institut pengajian yang pernah memberi ilmu kepada sy tu..cuma ada kisah 'membuka mata' saya di matrik.

Bila di ukm ni, hampir setiap hari, sebelum tido saya akan recall semula segala tingkah laku saya sepanjang hari atau pun selama nie. Air matalah cara terbaik saya meluahkan perasaan.

Apa yang saya tahu, saya dah banyak lagha...saya tak pernah menyalahkan sahabat2 sekeliling yang ada, malah bersyukur sangat dipertemukan dengan mereka yang amat mengambil berat terhadap saya..namun...

Diri saya tewas di keadaan sekeliling. Saya rindukan nasihat, teguran dari sahabat, peringatan sesama sahabat. Saya takut sangat. Mungkin sahabat2 lama yang mengenali sy, mungkin akan merasai perubahan dalam diri sy andai kita bertemu, sakinah yang menaip entry blog kali ni bukan lagi sakinah yang dulu.

Saya masih ingat lagi teguran seorang sahabat di kolej saya, " Kinah, saya tak suka melihat senyuman palsu di wajah kamu....plz stop lying each of us..can you be youself???" dia menghantar mesej pada saya lebih kurang jam 12.40 malam...

What's that mean?? am i a liar?? may be yes and may be not, but the real thing is i'm trying in hiding my real emotion. I do love my friends, but....

We are suppose to practise moderate style in every single thing that we had done, right.. For sakinah, i'm a looser....

Ada sekali tu time saya di kemuncak perasaan, sy menelefon sahabat lama semasa di matrik dulu. "Kinah, semasa di matrik dulu, kita rasa kuat sebab shbt2 sekeliling memang mantap2 kan...tapi keadaan sekarang ni adalah sebenar2 dakwah, sebab Allah campakkan kita sorang je kat sini. Masa ni lah baru kita boleh tahu kemampuan kita, masa ni lah kita nak aplikasi betul2.."

Tapi, diri yang hina ini tidak kuat...terlalu lemah, mudah terpengaruh.

Ada beberapa kali saya terfikir untuk berkahwin. Bunyi macam kelakarkan...Tapi itulah sy. Nak kawin sebab apa taw, saya nak ada suami yang boleh saling mengingatkan tentang segalanya, dan saya cuba untuk menjadi pembantu 'suami' sy dalam dakwahnya...

Tapi, siapa sy untuk membantu 'suami' sebab ilmu yang ada terlalu cetek, apatah lagi amalan yang ada.

Sebenarnya saya silap sama sekali. Perkahwinan bukan di bina sebab nak elak maksiat semata, bukan di bina atas dasar untuk mengelakkan hati ini meminati lelaki lain, bukan sebab untuk melepaskan diri dari terus berdosa atau apa...

Objektif perkahwinan yang ingin di bina mestilah sampai ke dunia di sana....Tepuk dada tanyalah apa objektif nak kawin.....ni petikan kata2 seorang doktor semasa saya mendengar forum dulu.

Argh...........................semakin hari saya semakin lemah di sini.

Apa yang dah berlaku?? Shakinah Sukardhi yang ada ini tidak lagi kuat seperti dulu. Saya begitu merindui diri saya yang lama.
Nadi Tarbiyah Pelajar 07/08 KMM, takkan saya lupa segala kenangan kita semua. Bersyukur sangat dipertemukan dengan kalian....tambah2 lagi syukbah akademik, syukbah yang diamanahkan kepada saya untuk membantu sahabat saya yang lain.

Namun, benarlah, persahabatan yang di bina atas dasar cinta sesama manusia takkan kemana, namun jika bertemu dan berpisah kita kerana Allah, insyaAllah ada hikmah yang menanti.

Uhibbuki fillah ya sohabati...terima kasih kerana menerima kehadiran saya dalam diari seorang pengembara ilmu kalian.

"In times of trouble, don't ever say ' Oh my God, I have a big problem', but say ' Hey problem!, I have a BIG GOD..." Allahu akbar will always with us....



Monday, June 8, 2009

**Kerja kera**

Assalamualaikum..............

Hari ni kuliah macam biasa...kuliah dari jam 2 petang hingga 5 petang.
Balik dari kuliah, terus je balik bilik sebab penat juga la hari ini.
Selepas hampir 15 minit jalan bersama seorang sahabat saya, helma ke kolej kami, akhirnya tiba di bilik. Alangkah terkejutnya bila buka pintu bilik...


Teka, ni apa???
Mungkin boleh teka daripada tajuk lagi kan....roti ni kepunyaan roommate saya. Sebelum pergi ke kelas, dia ada pesan suruh makan roti tu. tapi sekarang...................

Ni la hasilnya....roti ni telah dikerjakan oleh 'kera' yang datang tanpa diundang. Pada mulanya memang pelik sebab dari manakah datangnya haiwan2 ni?? kaji2 punya kaji, rupanya dia korek tingkap bilik kami....erm..macam mana la haiwan ni boleh 'mengutil' tingkap ni sampai boleh terbuka...

Tapi, bila melihatkan keadaan ini, tidak terdetik pun perasaan marah sebab bukan salah haiwan ni..manusia pun salah.. kalau bukan habitat dia terancam, takkan jadi macam ni juga. Nak tak nak, kembali pada muka sendiri. Cuma kesian pada roommate sy sebab takde rezeki untuk terus menikmati rezeki Allah nie...

Sekadar selingan....

Friday, June 5, 2009

**Hari ini dalam sejarah**

Salam perpaduan...hari ini dalam sejarah....

Mama menelefon meminta pertolongan untuk diri ini pergi ke sesuatu tempat....ok, mcm biasa bersiap.....tibe2 buka pintu, moto xde, rupanya abg bawa gi keje. Tepon mama semula, nk gi dengan apa nie??

Jeng2, mama kata bawa je la kereta waja yg ada kat rumah tu...itu je yg tinggal di rumah. 1st time bawa waja, tak pernah kot, memang takut sebenarnya sebab besar. Slalunye bawa kancil atau viva je...

Memang lain la rase bila bawa kereta besar nie, takut la yg paling banyak rasa dalam ati. Tibe2 mata aku berair....terlihat seorang perempuan membawa basikal dan di tempat duduk belakang perempuan tu ada anak kecil, baru balik dari tadika rasanya. Ya Allah, aku dengan sewenangnya bawa kereta ni untuk bergerak ke sesuatu tempat, tapi insan itu???

Aku percaya, setiap kayuhan itu penuh dengan kasih sayang dan doa seorang ibu kepada anaknya supaya menjadi insan berguna...itulah aku dulu, ke mana sahaja kami sekeluarga bergerak hanya lah dengan berbasikal kerana tidak memiliki kenderaan lain lagi. Wahai diri, bersyukurkah engkau????
Ye....S A B A R......sabar itu penting dalam melakonkan watak hamba Allah di pentas dunia ini. Lakonan yang semuanya adalah realiti hidup......bersyukurlah wahai diri di atas segala nikmat yang telah dikecapi selama ini...

Thursday, June 4, 2009

**Diari hidupku lagi**

Bermula al-kisah...3 jun 2009, sy memulakan perjalanan pulang ke rumah di Pekan, Pahang dengan menaiki bas Sani Express mcm selalu la. Bas mula bertolak jam 9 pagi. tapi seawal jam 6 pagi aku dah terjaga kerana semalaman aku tidak dapat melelapkan mata kerana disengat lebah pada jam 1 pagi tu, bengkak la tangan kanan ni, tu yang takleh tido sebab letak tangan mcm ni, tangan tu sakit, letak macam tu, pun tangan sakit,tu yang takleh tido semalaman...sebelum tido pula, aku chatting dlm ym bersama seorang sahabat lama aku yg kini belajar di luar negara, terasa rindu pada kenangan bersama dia dan sahabat lain sewaktu dulu, kenangan tetap kenangan. Biar kita sedih pun,hidup tetap diteruskan, kalau kita gembira pun, hidup tetap diteruskan, pilih la sendiri yang mana utk jalan hidup.

Jam 8.30 pagi aku keluar dari UKM dengan kereta aku yang dipandu oleh sahabat aku dan sepanjang kepulangan aku ke rumah nanti, aku amanahkan dia untuk melihatkan kereta tu. Bas bertolak macam biasa, aku duduk sebelah seorang lelaki, depan dan belakang semuanya lelaki...adui..tak selesa dibuatnya. Bas meluncur lancar, perjalanan yang sepatutnya boleh mengambil masa 4 jam menjadi 5 jam kerana banyak kali berhenti. Macam-macam kerenah penumpang yang ada...

Kenapa ya sy selalu menulis atau berkongsi cerita yang berlaku dalam hidup sy?? Sebab semua ni ada pengajaran yang boleh kita ambil...tapi, tak semua tindakan saya adalah tingkah laku yang baik..yang mana boleh diambil pengajaran, silakan, yang mana tidak, berfikirlah sendiri.

Nak tido tak boleh, dah la nak wat pe ye?? Nasib baik dalam beg ada sebuah buku yang aku baru beli, Langit Illahi karya Hilal Asyraf....dah lama merancang nak memiliki buku ni, aku beli buku ni time beli buku Aku Terima Nikahnya karya Saifulislam...sangat famous buku nie... Ketika lalu di kawasan temerloh kot, sepupu aku, Kak Yong menelefon..lama kami berbual. Mcm2 yang kami perkatakan, walaupun hubungan kami atas pertalian sepupu, tapi dia seperti kakak aku sebab segalanya kami berkongsi...

Lebih kurang jam 2 petang, aku sampai di Terminal Bas Kuantan, turun je bas, pemandu2 teksi berebut2 mencari penumpang, dan aku terus menerima tawaran seorang pak cik ni.

" Tu teksi pak cik...jemput la naik.." tawar pak cik tu kpd aku.
"Pak cik, saya nak gi benteng ek.." aku terus je menyampaikan destinasi aku.
"Ada orang panggil terminal bas lame, ada orang panggil benteng, tapi tempatnya same je kan.." mungkin pak cik ni ajak aku berbual, tapi maaf pak cik, aku dah tak mampu berkata perasaannya..pertembungan cuaca sejuk di dalam bas tadi dengan cuaca panas di luar telah buat aku sakit kepala sangat2...maafkan diri ini pak cik..

Sampai je benteng, aku terus menaiki bas Bee Huat, bas tambang yang akan membawa aku pulang ke rumah, Pekan. Naik je, aik???mcm aku kenal je lelaki depan aku nie...kalo tak silap aku dia ni budak same kolej dengan aku, Keris Mas..tp setahu aku dia orang MalaysiaTimur.. salah orang kot..

Semasa bas mula nak bergerak, ada 3 anak muda melayu kot yang terkejar2 utk manaiki bas yang sama. Pemandu bas memberhentikan seketika utk membenarkan mereka menaiki bas itu. Tempat duduk dah penuh, jadi terpaksalah anak muda ini berdiri. Mereka berdiri di kawasan tangga, aku boleh melihat mereka dengan jelas. Alangkah terkejutnya apa yang aku lihat...argh...apa nie..salah seorang dari mereka, aku ternampak...aku ternampak...eh, biar betul apa yang aku nampak nie..ntah2 aku khilaf kot..alangkah sedih dan terkejutnya aku, bila aku ternampak tatu dengan logo yg ntah pe2 di tangan pemuda itu..astaghfirullahalazim..itu yg aku musykilkan, sama ada dia ni melayu islam ke tak..

Sedihnye rasa, anak muda zaman sekarang. Tatu tu terletak di kawasan lengan tangan. Apa yg bermain di fikiran aku time tu, knpa dia letak kat situ ye?? 1-sebab kalo amik air sembahyang pun tak perlu sampai kat situ... 2-mungkin kalo dia kuar pakai singlet, kawasan tu akn terdedah dan boleh buat dia rasa bangga 3-fikir semula, mungkin tatu tu tatu yang main tampal je, maknanya boleh tanggal bile2..mcm kecik2 dulu, beli gula2 getah dan pada kertas pembalut tu ada lambang yang perlu dibasahkan dan leh lekatkan je pada kulit...umat Islam sedang dipermainkan!!! Apa semua ni, dalam hati, semoga dia beroleh hidayah suatu hari nanti, tu lah selemah-lemah iman...ampunkan aku Ya Allah...

Perjalanan seperti biasa, bas akan berhenti bila mana penumpang menekan loceng. 3 pemuda itu turun di hadapan pasaraya Giant...biar la dia turun di situ, tak sanggup aku melihatkannya.. Kemudian lelaki di hadapanku ini mula mengajak aku berbual, ya, memang kami sama2 kenal, dia budak Pawana Mas dan aku budak Sanggar Mas..dia cam aku, nama dia John, orang sarawak..dia turun Pekan sebab melakukan pra-praktikal mengajar di SM Tengku Abdullah, sekolah lame abang aku. Tak banyak yang aku bualkan, sebab sakit kepala ni dah semakin menguasai diri....

Aku mencari sesuatu di dalam beg, setiap inci ruang yang ada aku 'kelebek', tapi tak jumpa. Sakinah, jangan kata kau tak bawa balik.....aku mencari dalam beg latop plak, pun tak jumpa. Cari semula dalam beg, memang tak ada.... Sakinah, kenapa kau terlalu pandai sangat nie, aku terlupa bawa balik ubat aku !! Sabar je la.....

3.40 petang, aku menjejakkan kaki di rumah, alhamdulillah, aku dah selamat sampai rumah. Tapi, macam biasa la, yang akan menyambut aku pulang ialah kucing aku, Manja. Mama dan abah masih lagi di tempat kerja dan abang aku pula ke Kuala Lumpur kerana menghadiri satu interview sekali dengan exam...semoga ayen dapat apa yang dia impikan. Kucing pun jadilah, Manja pun boleh jadi teman aku. Sampai je rumah, solat zohor dan makan. Bukan aku nak melengahkan solat, sebab kalau ikutkan sempat je kalo aku nak solat kat terminal, tapi rasa keselesaan di rumah tu lain. Tapi, kalo rasa mcam tak sempat nak sampai destinasi on time sebelum tamat waktu solat, memang tak berani buat...

Rumah tak bersepah, dapur kemas, baju semua dah siap lipat, ruang tamu kemas, baju takde yang nak dibasuh, apa lagi...semua tersusun cantik...ni lah mama, sibuk macam mana dia, tanggungjawab dia tetap terlaksana dengan baik. Aku tertanya diri sendiri, andai aku sudah berumahtangga nanti, adakah aku mampu jadi seperfect mama?? menguruskan rumah, suami, anak-anak, semua la... kalau nak beralasankan kerjaya, isteri solehah tidak mengira semua itu, amanah tetap amanah. Setiap yang berlaku dalam hidup ni, membuatkan aku sentiasa muhasabah semula diri sendiri, macam mana aku akan datang?? sebab kita boleh berkata,
"bila dah besar nanti aku nak jadi macam ni macam tu, tak nak jadi macam ni macam tu, aku nak buat macam ni macam tu", but who knows?? Sebab tu la bagi sy pengalaman ni semua yang mendidik sekali gus sebagai peringatan sebab impaknya boleh dilihat dengan mata sendiri.

Selepas solat asar, aku terlelap, sungguh tak taw la bile masa plak aku rasa nak tidonye...tibe2 hp berbunyi, mama tepon.

"Assalamualaikum syg...syg mama ni tengah wat pe??"
"Wa'alaikumussalam mama, ina tertido la...maaf...." mama ketawa je
"Adik, mama dah nak balik nie, mama cuma nak bagi taw, Ayah Su Meli dah meninggal."
"Innalillah...bile??kat mana??"aku cuba mengingati tok sedara aku tu..
"Nanti la mama cerita, mama balik nanti adik siap la terus, sebab kita akan balik kampung petang ni juga.." itu pesan mama kepada 'adik'.
"Ok ma, ina akan siap terus...assalamualaikum"
"Wa'alaikumussalam"
Talian di tamatkan...

Ikutkan hati ni, penat sangat sebab aku baru je terlelap, tibe2 ada 'tugas' yang lagi penting yang perlu disiapkan. Lebih kurang 15 minit mama sampai rumah, abah pun baru sampai ke rumah. Kami sama2 bersiap utk pulang ke kampung. Jam 6.40 petang, kami bertolak dari rumah, kami akan singgah ke rumah mak long dulu sebab takde sapa yg boleh mak long tumpang lagi utk pulang ke kampung. Dalam kereta, mama dengan mak long banyak berbual pasal punca kematian tok sedara aku tu. Aku hanga mendengar, mulut ni dah tak mampu berkata. Kepala aku semakin sakit, serius, time tu, penglihatan aku dah tak berapa jelas. Samar2 je aku nampak...mama dengan abah tak taw yg aku tengah sakit kepala sebab aku memang control habis muka depan mak ayah biar nampak sihat. Sebotol air besar aku bawa, takut jadi pe2, minum je air tu dulu.

Perjalanan kami akan mengambil masa lebih dari 1jam 30 minit, tapi smuanya bergantung pada keadaan jalan. Semasa dalam perjalanan, aku terimbau kembali kali terakhir aku menatap wajah tok sedara aku tu, semasa hari raya 2 tahun lepas. Titisan air mata dia tetap aku ingat, dia terharu sebab semua adik beradik mak datang melawat dia di sana. Arwah merupakan adik kepada arwah nenek belah mak aku. Dalam pertemuan kami semasa hari raya tu, kami semua berkesempatan meminta maaf, halalkan makan minum selama ni terhadap arwah. Raut wajahnya saling tak tumpah seperti arwah nenek aku.

Walaupun kami takkan sempat melihat jenazah, cukuplah tatapan wajah terakhir 2 tahun yang lalu itu akan aku simpan sebagai memori dan tanda ingatan. Terasa sedih dan pilu juga, sedar atau tak, itu merupakan tok sedara yang terakhir dalam family mak...selepas ni takde lagi tok sedara. Mama dengan mak long masih lagi berbual tentang arwah, mereka teringat kenangan bersama semasa mereka kecil. Aku memang dah tak terkata, dengan tangan bengkak, kepala sakit yang amat, seperti tak mampu nak bergerak ke mana-mana je perasaannya.

Lebih kurang jam 8 malam kami sampai, rumahnya berhadapan dengan surau, jadi kami solat maghrib di situ dulu sebelum melangkah masuk ke rumah arwah yang terletak tinggi di ats bukit. Kami terpaksa mendaki bukit untuk sampai ke rumahnya. Ya Allah, kepalaku ini tak terkata dah, rasa seperti tak terkawal sakitnya. Semasa sujud, jangan cakapla sakitnya. Nak mendaki lagi...sungguh, aku benar2 hendak pengsan time tu. Mama, mak long dan sepupu aku mendahului aku, abah di belakang. Dalam 'pendakian' tu, tibe2 Allah datang kan semula kata2 seorang sahabat aku..
"Kinah, ubat tu bukan sebab utama yg menyembuh kinah kan, itu cuma pengantara, kalo kinah kata telan ubat je terus baik, itu salah, sebab yang sembuhkan siapa?? Allah kan....bukan ubat tu, ubat tu buatan manusia je kan."
Subhanallah walhamdulillah, Allah Maha Petunjuk...kenapa la aku ni?? kenapa aku terlalu bergantung pada ubat tu, dah tahu tak bawa balik mesti ada ikhtiar lain. Aku cuba menukar mind set, aku boleh, sebab Allah ada....Dia yang menyembuhkan aku. Kinah, ko kena fikirkan benda lain selain dari sakit. Dalam hati ni, xde sape yg boleh memahami betapa sakitnye kepala aku time tu. Sampai je umah arwah tok sedara, sepupu aku tegur, " Ina, muka ina pucat sangat...kenapa nie??sakit ke??" sepupu aku yang muda setahun dari aku menegur. "Eh, xdelah, penat naik bukit kot.." aku mengelak....argh....jgn sampai ada sesiapa yg mengesan... Maaf, bukan nk menipu, tp aku tak nak menyusahkan sesapa ag time mcm nie.

Masuk je rumah, seperti dh ada kerja menanti, tolong sdra mara kat dapur tu sebab lepas isyak ada tahlil skit...aku dgn sepupu je ank dara yg wat keje, yg lain semua mak org, segan gak sebenarnya, tang2 tu la aku diperkenalkan dengan sedara mara yg aku sememangnya tak kenal. Suasana pilu dalam rumah tu, tak lagi wujud dengan kehadiran saudara mara yang ada.

Semasa tahlil dijalankan, kaum hawa macam biasa la duduk di bahagian dapur, pelbagai kerenah yang dapat aku lihat. Aku cuba fokuskn pada suara tok imam sebab tak nak fikirkan sakit, tapi konsentrasi aku terganggu, aku tak salahkan sesiapa sebab itu keadaan normal. Paling menarik hati aku ialah melihat seorang ibu muda ni yang baru mempunyai seorang anak. Dia sangat cantik, anaknya pun comel. Tibe2, sedang orang lain sedang menyebut kalimah 'La ilaha illallah', suara tangisan bayi tersebut memecah keheningan malam. Ibu itu hanya tersenyum, Ya Allah.... Betapa sabarnya seorang ibu melayan kerenah anaknya yang tidak memahami apa2 dan hanya kemahuannya dituruti. Habis didodoikan di setiap pelusuk dapur kerana dia tak nak duduk je. Sungguh, aku terasa tercabar, tercabar utk aku melakukan hal yang sama andai dikurniakan anak...

Dan sehingga saat ini, aku masih bergelar seorang anak kepada seorang ibu yang teramat mulia di mata aku. Betapa sabar dan sayangnya si ibu melayan anaknya...fokus aku terhadap zikir teralih seketika. Tapi, sekurang-kurangnya sakit kepala dapat dikurangkan sedikit. Selepas tahlil habis, ada jamuan sedikit yang telah disediakan tetangga dan saudara mara lain. Mama mengajak pulang sebab pagi esok abah akan bekerja macam biasa. Sebelum pulang, aku dibawa bersalam dengan hampir semua yang ada di dapur itu. Ada yang menangis kerana mungkin terharu dengan kehadiaran kami dan mak long, dan ada juga yang mengucapkan terima kasih kerana datang. Argh.....pedulikan kata2 itu sebab bagi aku, ini semua t/jawab sesama manusia, hari ni mungkin hari dia, ari esok siapa tahu. Yang pasti, aku belum bersedia utk kehilangan mana2 insan tersayang di sekeliling aku, terutama mama, abah dan ayen..memang aku belum bersedia.

Dalam perjalanan pulang, aku hanya melelapkan mata di dalam kereta, mama sedara yang aku sakit kepala, itulah hati seorang ibu, sorok la macam mana sekalipun kesakitan kita, dia tetap merasainya..malaha tidak setanding dengan kesakitan dia melahirkan kita...

Antara pengajaran utama yang aku dapat dalam diari aku kali ni, tentang ilmu. Kita tidak pernah mengetahui siapa yang akan mati dulu, di mana dia mati, bagaimana dia mati. Tapi, andai saudara kita yang mati terlebih dahulu, apa yang patut kita buat. Apa yang menyeramkan aku ialah tentang solat jenazah..berapa ramai yang benar2 hafal bacaan utk solat jenazah?? Adakah kita mengahafal sebab nk lulus PAFA?? Bila lagi kita akan mempraktikkan nya?? Ilmu utk di amal wahai diri, sakinah bukan utk lulus semata-mata, memang utk lulus, tapi lulus di akhrat kelak....untuk renungan bersama....





Monday, June 1, 2009

**Program Mahasiswa Anak-anak Pahang**


Salam ketenangan dari sakinah…..kaifa halukum ya sohabati??? Erm, mcm mn dgn percutian semester nie?? Apa yg sahabat buat??? Sy??? Sy amik short sem, tp minggu lepas sy berkesempatan mengikuti satu kursus kepimpinan di Cameron Highlands dari 19-22 Mei 2009 di mana kami bermalam di Villa Dahlia, Tanah Rata. Program di anjurkan oleh Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN), yang mana dalam program ni menghimpunkan wakil pelajar Pahang bagi hampir setiap varsiti. Mcm beselah, sy nk berkongsi pelbagai cerita yg berlaku di sepanjang tempoh kami bertolak mahupun sepanjang program.

Bermula la al-kisah, pada 19 Mei, Selasa sy dan seorang shbt sy, ara bertolak ke terminal bas Kuantan dengan menaiki kereta kancil yang dipandu oleh ibuku tercinta. Kami bertolak dari pekan lebih kurang jam 8.20 pagi dan sampai ke terminal lebih kurang jam 9 pagi kerana kami difahamkan bas akan tiba jam 9.30 pagi. Tunggu punya tunggu, bas sebenarnya datang lebih kurang jam 1 petang, kira la berapa lama kami semua tunggu. Dalam tempoh penantian tu sy dan ara berjalan-jalan sekeliling mencari pin dan pengetip kuku...memang lawak gak... tapi tu la nak menunggu bas sampai..

Perjalanan kami bermula, naik2 bas je kami budak pmpn ukm dah wat hal hehe....kami bertiga je la yg taw pe yg telah berlaku sebenarnya. Bermula dengan bandar kuantan, kami memulakan perjalanan ke Cameron Highlands. Driver bus kami memang ntah pe2 bawa bas sebab terhuyung hayang (betul ke ntah eja perkataan tu??....)dipendekkan cerita, time kat highway kat jengka, bus tu tibe2 bawa secara romantik, pelik gak, tapi takpe la...kami berhenti kat temerloh, dan........semua orang pun turun la, tayar bas tu pecah teruk gak r, mcm mn nk describe ek, tayar tu macam menggelupas teruk..hati memang berdebar. pihak pengurusan dah panik gak la coz kami kena sampai awl kat sana..tp, pihak mampan memang mantap la, dia orang mengatur strategi satu persatu..

kami tiba di cameron lebih kurang jam 9.30 malam, cuaca yang dingin menyapa kami dengan penuh ketenangan. sungguh, Allah tidak mengurangkan sedikit pun udara untuk kami. hanya syukur yang mampu diucap ketika kaki melangkah turun menghirup nikmat Allah yang terlalu besar itu...

Tanpa melengahkan masa, kami terus ke program pertama iaitu bersama prof izi (renung2kn dan selamat beramal........)berkenaan IQ, EQ...dah lupa tajuk penuh prgrm tu..even masa yang tinggal agak singkat, tp pengisian dia memang mantop la...ada satu yg saya betul2 ingt, keseimbangan emosi sgt penting...kite selalu bercerita tentang itu dan ini, tp the most important thing is core of the root...that is the basic..solat..and the only solution of a problem is back to the Quran...segala yg kita perkatakan kini, semuanya fakta plus bukti santifik, tp sedar tak, semua itu dari YANG SATU..cara prof izi terang memang lain, tp sy sengaja relatekn dengan keadaan lain..sebab itu tetap sebahagian dari kite..

hari ke-2, full dgn talk..tp antara talk2 tu ada la selingan beberapa modul motivasi dari Abg Mad yg bg pandangan peribadi sy, dia sangat mantap dari segi luaran mahupun dalaman..dia seorang yg mempunyai semangat motivasi diri yang amat tinggi. saya memang admire Abg Mad since our first meet kat dalam bas(jgn salah tafsir). Kecekalan diri dia jelas terpamer dalam setiap tutur bicara dan susunan langkah dia, Maha Suci Allah... sedarlah, kita semua ni adalah sebaik-baik kejadian yg Allah ciptakan, janganlah merungut dengan apa yg Allah aturkan untuk kita..

hari ke-3, ada tugasan sedang menanti kami.. Setiap group di hantar ke badan2 kerajaan yang berbeza, ada task untuk kami selesaikn..dan group sy di hantar ke PPD Cameron Highlands di Tanah Rata...En. Zakaria Bin Abdullah telah memberi sedikit taklimat kepada kami tentang latar belakang pendidikn yang berlaku di Cameron Highlands, dan pada malam nanti kami kena bentang semula tentang semua taklimat ni. Antara kes yang berjaya menarik hati saya adlh akadmik kaum orang asli. mereka tetap mendapat pendidikan di sekolah pedalaman, namun sejauh mana keberkesanan yg dia org dapat..sebab, sy difahamkan, mereka mendapat infrastruktur yg baik, tapi tenaga pengajar pula yg agak bermasalah..tp, ia tak sehebat masalah agama di kalangan orang asli di sana. Menurut maklumat yg sy terima, gerakan kristian di sana adlh jauh lebih aktif berbanding agama Islam, di mana boleh dilihat gereja2 kecil di kawasan kampung mereka berbanding surau....Ya Allah, biar betul.. realiti dalam diari mimpi...

Selepas tu kami mengikuti 'Courtesy Visit'...pengalaman yang sangat menarik. Walau pun dah beberapa kali datang ke Cameron Highlands ni, tapi setiap kunjungan adalah berbeza. Macam-macam yang berlaku...setiap angle pasti ada je yang akan bergambar...kelakar la juga.


Ni gambar fav sy..sebab saya masih dapat merasai 'sakinah' kat kawasan tu even tengok dalam gambar je...subhanallah..cantikkan ciptaan Allah..
Hari Jumaat, kami bertolak pulang. Pada Khamis malamnye, sy pengsan semasa sesi muhasabah dijalankan. Puas juga telan ubat untuk cover, tapi ntah la....Yang jadi cabarannya plak, ari Jumaat pagi tu, sy diamanahkan utk jadi pengacara majlis utk majlis penutup, memang teks dah disiapkan oleh abg mad, cuma keadaan saya ni yang dirisaukan oleh orang lain. Abg mad ada la juga bertanya beberapa kali, sakinah, awak boleh utk jadi pengacara majlis nanti??....terasa betapa sy menyusahkan pelbagai pihak.

Lebih kurang jam 1.30 petang, kami bertolak pulang, tapi balik kali ni lain skit, sy dan ara menaiki kereta perdana milik paan...mereka menyarankan sy utk naik kereta bukan menaiki bas utk pulang kali nie. Pada awalnya memang tak selesa...tambahan pula sy tidak begitu mengenali urusetia yang ada dlm kereta tu..tapi, lame kelamaan, semakin ok. Nak jadi ke cerita, selepas satu kedai ke satu kedai kami berhenti, kereta paan pula yang diuji Allah. Stering kereta vibrate tu semasa menuruni bukit...takut juga sebenarnya. Bos duduk kat depan, kadang2 bos menjenguk ke luar tingkap bagi melihat keadaan tayar kereta...macam mana nie, perjalanan baru nak bermula...satu lagi ujian utk kami.

Lama juga kami berada dalam kegusaran, sebab kami hanya menjumpai bengkel kereta setelah tiba di mana sy lupa. Sementara kereta diperbaiki, sy, ara dan pu3 pergi makan dulu. Kemudian sakit kepala datang semula, bos minta paan minta pinjam kereta tuan bengkel tu utk hantar saya ke masjid berdekatan utk berehat....dalam pencarian masjid tu pun ada kisah yang berlaku, hanya kami yang tahu..Setelah solat dan berehat di masjid, kami memulakan perjalanan semula lebih kurang jam 7 petang. Kemudian berehat lagi di hentian Tapah....selepas solat maghrib, kami berehat utk kesekian kalinya di situ sambil menikmati makanan yang tidak terkata lazatnya. Alhamdulillah, selepas berehat di masjid tadi, badan saya terasa seperti di 'recharge', jadi dah boleh bergerak dengan lebih baik..

Kami meneruskan lagi perjalanan.....sampai di genting sempah, kami berhenti lagi. Makan malam pula, dalam pukul berapa dah tak dapat dipastikan. Sebaik tiba di kawasan Temerloh, satu lagi ujian buat kami. Air conditioner kereta paan tidak dapat berfungsi, sedangkan pada masa yang sama hujan turun dengan lebatnya. Bila air cond tidak berfungsi dan hujan turun, maka berlakulah proses kondensasi terhadap cermin kereta dan ini memang menghalang penglihatan pemandu. Masa tu, memang risau, sebab pukul 1 pagi kalau tak silap time tu...hujan denga lebat, cermin pula terkondensasi, jadi penglihatan terhad, jalan plak licin, memang tak terkata. Kemudian kami berhenti di Petronas Temerloh.

Bos mencadangkan sapu syampoo kat cermin kereta untuk elak kondensasi. Aik, macam pelik bunyinye. Sebaik tibe tu, bos membeli sebotol syampoo yang comel dan menyapunnye ke cermin depan kereta paan. Satu pelajaran baru buat saya hari ni, memang berjaya. Sebelum kami memulakan perjalanan semula, ada sebuah moto ni berhenti di sebelah kami, ia dinaiki oleh 2 orang pemuda. Kami sama2 tersentuh melihatkan keadaan mereka yang basah kuyup. Walaupun kereta ni berlakunya kondensasi, tapi kami tidak basah, kami masih berada dalam keadaan baik. Tapi mereka?? Pasti mereka kesejukan.... Ujian dari Allah, aturannya tiada siapa yang tahu...melihatkan pemuda itu membuatkan kami benar2 bersyukur...

Alhamdulillah, formula bos benar2 berjaya. Cermin tidak lagi terkondensasi. Perjalanan kami benar2 lancar dan sehinggalah kami sampai di IKIP Kuantan pada jam 4 pagi. Bayangkan, kami keluar dari Villa Dahlia dari jam 1.30 petang dan sampai ke Kuantan pada jam 4 pagi...Berapa lame perjalanan kami. Tak tahu khabar berita dah strawberi yang dibeli... Tp, overall, program ni memang mantap, memang best, pengisian yang sangat praktikal, pengalaman pergi dan balik pula diuji satu persatu, di tambah pula dengan kehadiran sahabat2 baru di sekeliling.

Turut tak dilupakan, housemate sy, kak yun, kak qid, kak ba'i, oya dan semestinya ara. Terima kasih pada kalian kerana menceriakan rumah tu dengan penuh kenangan bersama...Terima kasih juga pada ustaz anuwar di atas dedikasi beliau sepanjang program ni, abg mad di atas perkongsian modul yang sangat mantap, semua urusetia yang telah bertungkus lumus menjayakan program ni termasuk la bersusah payah menjaga sy ketika sakit, semua peserta yang datang dari pelbagai varsiti di M'sia ni...terima kasih utk kalian....semoga ukhwah kita takkan berhenti di situ sahaja....kenangan tercipta ukhwah di bina selagi hayat masih ada dan bekalan doa di dunia sana....
Ni pemandangan yang di ambil dari rumah kami....cantikkan alam ciptaanNya..
Dengan tibe2 Allah datangkan kabus tebal di hadapan Villa Dahlia, waktu ni dalam pukul 5.30 petang kot, kami tengah beriadah...

Jom berkongsi