Tuesday, September 7, 2010

:: Harga Sekeping Kad Raya ::

[entry saje2]

Assalamualaikum semua.....ceria2 sokmo...

Hari ni, alhamdulillah kinah dah selamat smpai rumah...setelah melalui hari2 yang menguji iman juga la. Dengan semalam berperang di dewan peperiksaan di pagi hari, fuhh, memang terasa betul2 di medan jihad je dah sebab kampus dah lengang, maka suasana tu agak menggamit minda juga la.

Plus minus lebih kurang jam 3 petang kinah gerak dari kampus bersama 2 org shbt lagi..perjalanan yang biasanya 3 jam jadi 4 jam hari ini...baru 4 jam je kan...adush.

Gelojak hati untuk berjumpa keluarga tiada siapa yang tahu gembiranya, tambah2 plak semangat bawa balik kerepek yang sangat bayak kan...sampai ke shah alam tu shopping kerepek.

Meh nak story2 kisah kinah buka pose dua tige menjak ni. Disebabkan rakan2 karibku telah pulang, maka kinah kehilangan buat sementara insan2 penyeri sehari-hari. Nak jadi ke cerita, berbuka la sorang2.

Kalau hari biasa buka sorang2 xpe, ni kolej dah la dah sunyi, kengkawan sekeliling plak dah balik, part tu memang terasa habis la, orang kate touching hbs la. Tapi, biar sunyi dari sahabat, hakikatnya kita tak pernah berseorangan kan di dunia ni sebab Allah tu sentiasa ada untuk kita.

Sesampai di rumah tadi, lebih kurang jam 7 petang, terus bersiap untuk berbuka la kan. Semasa di meja makan tadi, soalan yang terpacul di mulut kinah apa taw ," Takde kad raya untuk ina ke??"

"Takde..."balas mama.

Ok, takde kad raya ek untuk kinah kali ni. Last week balik ad sekeping kad raya untuk kinah.

"Kepada: PUAN Shakinah Sukardhi"

Hah???terkejut habis kinah, PUAN??? Apakah??? sejak bila kinah kawin ni?? Kenapa tuan badan tak tahu pun dah kawin ni??

Ok, mak semua dah terkejut sebab kad tu tulis puan kan. Setelah dibuka, baru kinah tahu. Kad tu dihantar oleh sebuah butik yang kinah jadi ahli...jual t-shirt muslimah direct dari Bandung, Indonesia. Meh beli t-shirt tu, kinah bagi harga murah sangat2 sebab tujuan kita nak berdakwah kan, nak meramaikan gadis2 di luar untuk berfesyen secara yang sebetulnya.

Seusai solat maghrib, mata kinah terpana pada laci bawah sekali pada dressing table dalam bilik kinah. Haish kinah ni, bukan nak mengaji ke berzikir ke apa, ni sempat lagi kan nak imbau memori semua ni....

Ada 3 kotak kasut yang agak besar dalam tu. 1 kotak adalah himpunan surat2 cinta zaman muda2, 2 kotak adalah himpunan kad2 raya sejak dari darjah 4 lagi sehingga terbaru la. Nak ambik gambar letak dlm blog ni, tapi bluetooth laptop ada prob....

Kad raya pelbagai saiz, pelbagai corak dan warna, dan sudah pasti perlbagai tulisan tangan semestinya buat kinah rindu pada segalanya.

Kad raya mana yang paling kinah sayang??

Semua kinah sayang, sebab semua diberi oleh sahabat2 kinah. Tapi, ada satu kad raya ni teramat istimewa sebab....adalah, terlalu peribadi rasanya utk dikongsikan di sini.

Jika dulu, salah satu statistik yang akan masuk berita, sudah tentu statistik bilangan kad raya yang hendak di uruskan oleh pejabat pos, tapi kini, kemeriahan itu semakin menemui 'pencairan'. Bukan takde masuk berita lagi dah, ada je kan masuk berita, tapi tak semeriah dulu la.

Bila dengar bunyi enjin motor posmen je, semua orang akan berlari kan ke pagar tergedik2 nak tahu ada kad raya ke tak. Kini, tiada apa yang dikejarkan....segalanya melalui laman sesawang yang menjadi pengikat hubungan sosial segenap pelusuk dunia.

Upload satu kad raya digital, tag rakan2 semua....terima kepada yang sudi tag kinah...kinah x balas apa2 pun. Sekadar menjadi silent reader dari jauh kan...

Antara part paling best, MMS...amik gmbr muka sendiri, edit dlm hp then hntr kat kengkawan..tu dia haih...makin moden la ni...

Jika dulu, kinah pernah publish satu entry tajuk apa kinah lupa. Tapi dalam tu kinah ada huraikan tentang fitrah manusia yang suka kembali kepada asalnya....dan fitrah itu di buktikan oleh rindunya kinah pada sekeping kad raya yang diutus dari sahabat2..

Bukan la bermaksud kinah nak semua kena hantar kad raya pada kinah, tapi kinah takpe kalau tak membalasnya...bukan, bukan itu yang menjadi agenda kinah. Memori...yup...thats the proper word, memory...life is a part of memories..

Kembali kepada fitrah manusia tu, kinah suka recall contoh2 yang pernah kinah utarakan dulu. Lagu raya....jika dibanding lagu lama dengan lagu baru, pendengar hari ini masih memilih lagu raya yang lame2 kan sebagai juadah telinga yang utama...kenapa??sebab fitrah manusia tetap kepada yang asalnya...

Setiap yang hidup tetap kembali kepada penciptanya bukan....sebab itu hukum alam, fitrah alam yang diaturkan...

Segalanya ada kitaran yang tersendiri.

Biar pun kita pergi hotel termahal di dunia sekali pun, masakan air tangan mak di rumah juga yang tetap menjadi pilihan di hati kita, biarpun mak hanya masak nasi dengan telur goreng dan ikan masin...segalanya teramat istimewa kan.

Begitulah harga sekeping kad raya di hati kinah saat ini. Zaman sememangnya berubah, tapi takkan ada sesiapa atau apa2 yang boleh merampas erti sebuah 'kemanisan' memori dari hidup kinah.

Tak sabar sungguh untuk bercuti,
Untuk pulang berhari raya,
Kenangan kad raya terpahat di hati,
Sungguh ia tiada galang gantinya.

Kad dikirim oleh rakan taulan,
Pelengkap di pagi hari lebaran,
Ia bukan sekadar ucapan,
Malah ikhlas kemaafan jadi taruhan.

Pergi membeli tudung dan jubah,
Mesti mengikut warna tema,
Biar masa terus berubah,
Moga kenangan tetap bersama.

Sekadar mengimbau zaman muda2...salam kekhilafan dari meja penulis

Thursday, September 2, 2010

:: Memori Seorang Hamba ::

~3 orang kekasih hati kinah di kampus~


Salam alaik buat semua sahabat2....saat entry ni di taip, kinah dah mula keseorangan, ye la shbt2 dah mula pulang ke kampung halaman kan. Kinah juga la terkebil-kebil kat sini...

Isnin ni kinah ada mid-term, doakan kinah ek...selasa ada kelas lgi, pas tu ada lab lagi...sedih sangat, kinah paling awal pun boleh balik hari selasa ni. Tapi, adatla kan, perjuangan sebagai seorang pengemis ilmu.

Baru-baru kinah ada meeting persatuan, lepas tu ada la pengisian itu ini. Masa dalam perjalanan nak balik tu, ada salah seorang sahabat kinah meluahkan perasaan,

"Rasanya, nilah ramadhan yang paling bermakna dalam hidup, sebab terasa erti ramadhan tu"

Kinah senyap je....sebab, kinah rasa kinah tak manfaatkn ramadhan kali ni dengan baik. Azam utk ramadhan kali ni masih tak terlangsai. Sedihnya, sebab belum tentu kan kita jumpa ramadhan akan datang.

Nak jadi ke cerita, semalam adalah antara hari yang paling indah buat kinah. Semalam impian kinah untuk berbuka bersama bekas rumet kinah masa 1st year dulu tercapai. Kinah bersama dua orang sahabat tersayang dan bekas rumet kinah tu berbuka bersama....

Rindu sangat kenangan lalu.....

Lepas maghrib, kami gi terawih same2. Kecoh sangat bile berempat ni bersama, bahaya betul. Lepas settle semua benda, projek kami malam tu bermula.

Projek main bunga api. Pembekal adalah dua orang rakan kinah ni. Haish....pembekal lilin dengan lighter kinah la...hehe.

Isunya memang main bunga api, tapi hati kinah rasa lebih dari tu. Tambah plak, salah seorang rakan kinah ni buat statement yang sangat buat kinah tersentap. Kata2 tu terluah masa kami berbuka bersama.

"Malam ni malam terakhir kita dapat berbuka bersama-sama" at first, kinah takde perasaan sebab kinah tafsir malam last sebab dia akan balik dah esok hari. Tu yang jadi malam last, tapi rupanya ada maksud lain.

Kami tak mungkin dapat berbuka lagi bersama pada ramadhan akan datang kerana tatkala itu insyaAllah masing2 dah menamatkan pengajian....possibility utk berjumpa mmg ada, tapi hakikatnya terlalu kecil bukan.

Maka, malam semalam menjadi saksi kepada kami berempat. Alunan angin yang memasuki kamar sahabat kinah itu turut sayu bersama airmata yang mula membasahi pipi. Sorang demi sorang menitiskan air mata. Air mata sayang dan rindu pada masa kami bersama.

Ntah bila lagi kami akan di beri kesempatan sedemikian. Ya Allah, kuatkn ukhwah antara kami hingga syurga sana ya Rabb.

Buat sahabatku,
biar kataku terasa bisa,
tapi dikau menelannya semanis gula,
biar tingkahku berbucu kaca,
tapi dikau terima tanpa bicara,
biar jelinganku menghunus mata,
tapi dikau memandang seperti batu permata...

Betapa mulia dirimu di sisiku,
Betapa kasih dirimu menemaniku,
Betapa sayangmu bersemadi di hatiku...

Kinah tak tahu kenapa lately ni kinah mudah sensitif....sikit2 macam mudah terasa. Bila fikir macam kelakar, tapi kinah cuba control sebab kinah takleh manjakan diri sangat kan.

*********************

Lebih kurang seminggu je lagi dah kita akan sama2 menyambut Aidilfitri insyaAllah. Tapi kenapa kinah takde perasaan....dengan serba salah kat family pun ada, sebab tak dapat tolong banyak benda kat rumah sebab balik lambat.

Bila sebut tentang raya, memang kinah takkan lupa kata2 mantan ketua kinah masa di matrik dulu. Even tahun lepas, kinah ada buat entry 'Bila Hari Dibius Raya'...kata2 yang Allah ilhamkan dalam entry tu terasa berpusing2 je lagi dalam kepala ni.

Segalanya mengenai Univeristi Tarbiyah ini....

Tak dilupakan juga, teks ucapan ydp kinah baru2 ni. Kinah cuba menyampaikan satu mesej dalam teks tu. Kinah cuba melampiaskan sebaik mungkin, dalam lenggok bahasa yang santai.

Mana2 ceramah yang kinah dengar, selalu akan ada soalan dari penonton tanya semula pada penceramah, "ustaz, seperti kita sedia maklum, bulan puasa ni syaitan semua kena rantai, tapi mcam mana dengan perangai2 yang kurang elok tu masih berlaku?" lebih kurang macam tu la selalunya soalan tu berbunyi.

Jawapan yang selalu kinah dengar adalah ini ekoran daripada kita ni dah di 'train' atau di latih oleh mereka (merujuk kepada syaitan) selama 11 bulan. Jika di guna logik akal, ia sama seperti nisbah 1:11... agak kecil kan nilai nisbah tu.

Maka, dengan nilai nisbah yang kecil itu, tak hairanlah sifat2 yang dilatih itu masih terdasar dalam diri kita...sedar atau tak, terbukti jelas bahawa diri ini masih belum merdeka dari mengawal diri, masih belum merdeka dari mendisiplinkan diri dalam pelbagai aspek.

Kinah teringat kata2 Dr Danial, seorang saintis Islam yang cukup terkenal di Malaysia ni, antara buku dia yang paling famous "Quran Saintifik", yang mana baru2 ni dia keluar dalam rancangan Halaqah Sentuhan Qalbu.

Tajuk siaran hari tu kinah tak ingat, tapi kata2 yang dilemparkan tu cukup buat kinah terfikir.

"Kalau pergi kelas fardhu ain, kita mesti khatamkn yang 5 ni. Kalau tak khatamkan yang 5 ni, memang tak lulus la fardhu ain. Apa yang 5 ni....soal hukum...WAJIB, HARUS, SUNAT, HARAM, MAKRUH."

dalam kepala kinah ni, ingatkan tentang rukun iman ke apa....rupanya tentang hukum. Sekali dengar macam 'bosan' la nak tahu tentang hukum2 ni, bukannya tak tahu pun...tapi, Allah ilhamkan Dr Danial dengan kata2 yang insyaAllah sama2 akan kita renungkan.

"Hukum yang pertama kita kena tahu adalah WAJIB kan, maknanya kita kena buat semua perkara yang WAJIB. Kalau tak buat, jatuh berdosa. Kita dah tahu semua tu. Tapi, apa yang berlaku hari ini, manusia dewasa ini lebih mementingkan yang HARUS. yang HARUS macam mana yang saya maksudkan....contoh, wanita hari ini lebih mementingkan kecantikan muka. Produk kecantikan itu ini, nak putih nak cantik semua, tapi itu semua adalah HARUS. Renungkan semula, sejauh mana kita memandang serius kepada yang WAJIB??"

Lebih kurang macam tu la ayat Dr. Danial. Salah seorang yang terasa dengan kata2 dia tu, adalah kinah sendiri. Kalau cuci muka tu ikut sangat la, tapi ada masa solat di hujung2 juga...mana yang WAJIB, mana yang HARUS ni???

Bila di tambah, di tolak, di darab, di bahagi....dengan nilai nisbah 1:11 yang kecil ini,adakah mampu yang WAJIB dan HARUS ini di bezakan dengan sebaiknya?? Apakah dua hukum ini dapat dipisahkan dengan sejelas-jelasnya??

Sejauh mana kekuatan nisbah kecil itu dapat mempertahankan 'diri' dari terpengaruh dengan 'yang sebelas' tu??? Iman manusia bukan macam malaikat, malaikat constant je..nabi plak semakin naik, tapi manusia.....dah boleh buat persamaan untuk gelombang plak rasenya, ada turun naiknya.

Kinah sejak duduk bilik single ni, terasa dengan banyak benda. Bila dah duduk sorang2 ni, kalau tak termenung, mengelamun kan...(same je pun kinah ni, haish). Apapun, saat masih di beri kesempatan dan waktu ini, biarpun tinggal beberapa hari je lagi baki ramadhan, masih belum terlambat untuk kita sama2 recall+refresh diri untuk list down semula perkara2 yang WAJIB dan HARUS yang selama ini kita utamakan...

Kinah bukan sesiapa, kinah masih mencari diri kinah....dan medan blog ni kinah cuba untuk kongsi apa yang ada di hati dan fikiran. Mana yang baik, kinah jemput, persilakan untuk dikongsi bersama...kerana, segala yang tertaip ini adalah dari Allah dan kinah cuma pengantara.

Terasa indah kan jika kita dapat kongsikan sesuatu dengan sahabat2....apapun, selamat menjalani hari2 terakhir ramadhan, doakan kinah dan sahabat lain utk berdepan dengan exam isnin ni...moga kami dikurniakan ingatan yang kuat, kelancaran untuk menulis jawapan yang betul, ingat segala rumus...

Akhirul kalam, mohon jutaan kemaafan di atas keterlanjuran kata2 kinah. Buat sahabat2 rapat yang mengenali diri kinah, kinah secara peribadi betul2 minta maaf dan teramt terima kasih utk segala yang sahabat pernah lakukan untuk kinah.

Salam univerisiti tarbiyah salam perkongsian....

Sunday, August 29, 2010

:: Cinta Saya Kepada Awak ::

Awak,
Awak tahu, saya sebenarnya ada sesuatu nak cakap,
Tapi tabir malu saya terus memagar diri saya,
Saya kan perempuan...

Awak,
Malunya saya, tapi saya nak luah juga,
Saya rindu kat awak,
Saya nak jumpa awak..tapi bile??
Awak tahu,
Saya rasakan, saya dah cintakan awak,
Tak sabar nak jumpa masa dating nanti.

Awak,
Kalau saya nak jadi isteri awak selamanya boleh??
Saya nak teman awak sentiasa,
Saya tak nak awak keseorangan lagi...
Setidaknya,
Saya nak awak tahu, saya sentiasa ada untuk awak
Dalam apa keadaan..
Sebab saya teramat sayangkan awak...

Awak dengar tak ek kata-kata saya ni??
Awak baca tak semua ni??
Sedihnya saya kalau awak tak baca ni.

Bila agaknya saya dapat dengar
Awak cakap yang awak sayangkan saya...
Tapikan,
Saya rasa awak pun mesti menantikan saya juga kan,
Tunggu saya datang ye awak,
Eh, saya kan perempuan,
Mesti la saya malu,
Awak la datang jumpa saya...

Tapi awak,
Kalau betul saya jadi isteri awak,
Awak terima saya ikhlas tak ye??
Saya banyak dosa,
Saya banyak kelemahan...
Saya yakin awak tetap terima saya kan..

Cuma sekarang,
Bila agaknya kita akan berjumpa...
Tempat dating kita pun tak tetap lagi,
Masa pun...
Apalah awak ni, kata nak jumpa saya,
Takpe, saya tunggu awak...
Saya tunggu awak ni taw,
Jangan tak datang...
Saya rindu sangat dekat awak.

Apa perasaan jika ini kata-kata yang diluahkan oleh seseorang buat insan yang dicintainya?? Mungkin akan ada yang kata, meluatnya guna saya awak segala bagai...Mungkin ada yang kata, manjanya...macam2 persepsi kinah rasa.

Cuma, tujuan asal warkah cinta ini, kinah garapkan buat renungan bersama. Cuba bayangkan 'saya' itu adalah diri kita sendiri dan 'awak' tu sebagai....sebagai apa ye. Bukan kekasih hati yang terdiri daripada golongan manusia, tapi

'Awak' yang kinah cuba kongsikan adalah UJIAN yang diaturkan buat kita. Ada masa kinah tersungkur dalam mehnah ini kerana goyah dengan tafsiran ujian itu dengan akal tanpa ditapisi iman yang sedia nipis ini. Ada masa kinah perlukan insan di sisi untuk kinah kuat, tapi sedar tak sedar, UJIAN itu sendiri yang menjadikan kita semakin kuat dewasa ini dalam melalui kisah hidup yang semakin tak terduga.

Dalam kata2 di atas, kinah ada guna analogi,
"Tapi awak,
Kalau betul saya jadi isteri awak,
Awak terima saya ikhlas tak ye??
Saya banyak dosa,
Saya banyak kelemahan...
Saya yakin awak tetap terima saya kan.."
jika perasan, ada perkataan 'dosa' dan 'kelemahan', kinah sebenarnya nak merujuk kepada, biar setebal mana iman seseorang mahupun senipis mana iman seseorang, semuanya tak terkecuali dari di uji oleh Allah Azza Wajalla lantaran sifat Allah Maha Adil.

UJIAN yang hadir tidak mengenal status seseorang, tidak mengenal darjat seseorang. Lain orang lain caranya Allah uji kan....kinah harap sangat kinah dapat berpegang teguh dan dikurniakan iman yang kukuh tatkala ujian menimpa sebab kinah selalu lemah.

Even seorang kaunselor, biarpun tugasnya adalah memberi kaunseling kepada masyarakat manusia, namun, dia turut tak terlepas daripada berhadapan situasi yang mungkin sama. Kelakar la plak kalau mendapatkan kaunseling dari diri sendiri kan.

Kinah ingat satu kata2, ujian yang hadir dalam hidup kita ni ibarat habuk masuk ke mata, kalau masuk ke mata orang lain, bolehla kita meniupnya, tapi kalau dah masuk mata sendiri, kita tetap perlukan insan lain bukan untuk meniupnya..itu cantiknya aturan Allah.

Hari ni orang ni ada masalah, ada sahabat lain yang datang membantu. Pada masa yang sama, ujian yang hadir buat sahabat ni tadi mampu menjadi peringatan buat sahabat lain untuk terus dan terus belajar bagaimana mengemudi hidup yang berombak ni.

Sekali bunyi ayat2 kat atas tu, kinah ni bercinta dengan sapa ek...kinah ni betul ke dah jatuh cinta dengan anak teruna orang...hehe, taw la kinah bising nak kawin kan, tapi rilex dlu, baca sampai habis dulu kan.

Apapun, suka untuk kinah ingatkan diri sendiri, Allah uji seseorang tu sebab Allah sayang dia. Allah tak nak orang tu jauh dari Allah, sebab Allah nak dia jadi muslim yang sejati. Cuma berpegang teguh lah pada tali Allah ni, kerana janji yang Allah janjikan takkan pernah dimungkiri, cuma antara cepat atau lambat atau Allah menggantikan sesuatu yang jauh lebih baik untuk hamba-hambaNya.

Tapi kelakar kan, senang untuk kita nasihatkan orang bila ditimpa ujian itu ini, sekali terkena batang hidung sendiri, baru terasa pahit maung bergelar seoarang pejuang di bumi ini.

Salam 10 akhir ramadhan....selamat mengejar lailatul qadar....

Sama2 la kita terus peringatkan di antara kita semua moga lebih lagi yang kita dapat.

:: Apa Yang Di Minda ::

Salam ramadhan yang kian menjengah ke penghujungnya...tak terasa masa berlalu dengan begitu lembut. Bagaikan masih di alam bayi yang setia di belai manja oleh belaian kasih si ibu dan ayah kan.

Kinah saat ni tak taw nak gambarkan perasaan hati. Honestly, terlalu bercampur aduk. Tapi ingat kembali mengapa kinah mengalami perasaan ni, segalanya untuk kinah kembali pada DIA kan. DIA sayang kinah, DIA sayang kita semua, cuma lain orang lain cara DIA melampiaskan bentuk2 ujian.

Bagi sahabat2 terdekat, sahabat tahu apa antara perkara terhebat yang kinah sedang lalui sekarang. Rasanya terlalu public utk kinah luahkan masalah tu dalam ni sebab ia melibatkan seseorang yang perlu kinah hormat teramat sangat malah melibatkan banyak pihak.

Kisah yang selalu berlaku dalam diari seorang anak dara masa kini...apakah itu, let it be a secret juz pray Allah gives me the strength to face all of these ever. It may be a common thing for certain people, but its not me coz ive been put under a big pressure in making a decision about my future...

Teringat status sahabat kinah dalam fb, "running away is not the best option but sometimes it can be the best decision"...pada mulanya mugkin kinah tak faham mksd ayat ni tp bile di aplikasi betul2, terasa sgt mndalam.

Apa kinah merepek ni....

Meh sini nak kongsi sesuatu..lama kinah tak share dalam blog ni kan. Last week ke last 2 weeks macam tu la, kinah ada kelas Peralatan Khusus yang dikendalikan seorang pensyarah perempuan yang comel ni.

Kinah jadi jatuh cinta dengan subjek ni bukan apa, sebab style lecturer ni kinah suke....nak jadi ke cerita, Dr ada berkongsi sesuatu dengan kami.

Bagaimana nak menghubungkan otak kanan dengan otak kiri kita serentak...

Daripada apa yang dia terangkan pada kami, kinah terangkan serba ringkas la ek. Nanti shbt2 cuba explore la.

Antara langkah yang kita boleh buat utk menghubungkn otak kanan dgn otak kiri kita adalah dengan perbuatan "CROSS"...1st time kinah dengar perkataan tu kinah jujurnya dah fikir benda lain. Apapun semua ni sekadar perkongsian, timbang taranya terletak pada diri sendiri.

Cross kat sini bermaksud....erm, kinah bagi contoh terus la ek. Kalau kita berkawad, bila tangan kanan ke depan serentak dengan tu adalah kaki kiri, bila tangan kiri ke depan serentak dengan tu kaki kanan kan. Itu contoh perbuatan Cross.

Maknanya bersilang la. Macam budak kecik...baby semua tu la. Baby ni lepas meniarap, mereka mula belajar untuk merangkak kan?? Perbuatan merangkak tu adalah sebahagian dari aplikasi Cross ni, sbb perhati betul2, tangan dengan kaki dia memang bersilang kan.

Maka, lepas ni kalau nak gi toilet ke apa ke, jom kita berkawad....hikhik. Bagi otak kanan dgn otak kiri kita kerja semaximum boleh.

Kinah pernah baca dalam majalah apa kinah dah lupa. Manusia yang antara paling genius si Einstein tu, selama hayat dia pun dia hanya menggunakan otak dia sebanyak 20% sahaja daripada keupayaan optimum otak dia, manakala kajian yang dibuat dalam majalah tu ada mencatatkan, masyarakat Melayu secara rawaknya hanya menggunakan 2% je, kire efficiency otak kita berapa tu?? kecik sangat nilainya..

Biarpun ini adalah nilaian atau kajian manusia terhadap manusia, tapi apa yang buat kinah berfikir adalah, dalam 2% tu, insan yang bergelar manusia kaum Melayu tu (contoh kinah sendiri la), sejauh mana daya ingatan atau kerja yang di lakukan utk otak tu di gunakan untuk perkara2 yang membawa kebaikan.......sejauh mana 2% itu dimanfaatkan untuk manusia berfikir akan kebesaran ciptaan Allah...

Cuma, apa yang penting, selagi kita berupaya menggunakan otak dengan baik, manfaatkan bersama kan....

Sambung semula berkenaan baby berjalan tu semua. Jika tadi kinah buka sikit tentang baby merangkak kan, ni kinah nak share tentang masa baby nak mula berjalan.

Dr tu berkongsi lagi dengan kami tentang 'walker'....ala, yang macam kerusi roda utk baby yang baru nk blajar berjalan tu..Dia ada menceritakan tentang keburukan seseorang baby tu menggunakan walker sewaktu kecilnya...tapi, ampun sgt kinah terlupa plak point yg Dr kongsi.

Namun, apa yang suke utk kinah share...kinah pernah terbaca tntg isu penggunaan walker ni kalangan baby. Apa yang kinah dapati, lebih keburukan berbanding kebaikan.

Antara keburukan yang kinah maksudkan, sebenarnya tak semua baby cukup bersedia utk belajar berjalan semasa saat pertama kita meletakkan mereka di dalam walker. Ada yang cepat belajarnya, ada yang amik masa sedikit kan.

Dan bila baby ni tak bersedia, spinal chord dia sebenarnya tak mampu nak tampung lagi. Bermaksud di usia yang muda lagi spinal chord dia dah mula bekerja keras untuk support baby tu utk 'berdiri' dalam walker tu.

Bila spinal chord tu terpaksa bekerja keras di usia muda atau dalam erti kata lain belum bersedia sepenuhnya, kesannya adalah sangat lama, iaitu percentage utk baby ada 'osteoporosis' ketika dewasa nanti sangat tinggi.

Jika diperhatikan, ada benarnya, sebab org zaman dlu2, mana ad walker2 ni sangat kan, bila tua sempoi je gi kebun ke ladang ke, tapi orang sekarang dah lain sikit.

Apakebenda la sakinah ni, masuk bab walker la apa la, dah jauh benar melalut. Nasib la, apa yang terlintas dalam kepala ni, kinah taip je.

Apapun, jika ada pihak yang nak menambah fakta2 dalam ni, amat kinah alu2kn.

Tu je kot dlu kinah nak merapu...nnti2 kinah buka kisah lain plak. Selamat menjalani ibadah puasa.....

Wednesday, August 18, 2010

:: Puasa oh Puasa ::

Salam kerahmatan kita semua yang masih di beri kesempatan untuk bertemu jodoh dengan Ramadhan ini.

Teringat status fb kinah satu hari tu, "Mcam mana la 'roh' Ramadhan nak datang jika 'dihalau' dengan lagu raya yang berkumandang sana sini"

Kinah rasa fenomena ni bukan kinah sorang yang alami kan, shbt2 lain pun kinah percaya merasai situasi yang sama. Pergi shopping complex, konpem akan dengar lagu raya sana sini.

Baru2 ni kinah dgn coursemate kinah gi 'shoppping' barang dapur right after kuliah, terperangkap dlm traffic jam jgn cakap la...tapi byk yg kami isi dlm 'terperangkap' tu. Masa nak beli tu, boleh kata sepanjang kami di sana, lagu raya berbagai zaman di mainkan, apa kejadahnya?? kan dah keluar.......

Kinah tak faham, mengapa mesti lagu raya mula dimainkn bermula dari sekarang??

Tadi tengok berita kat tv3, ada berita tentang kehambaran sambutan kemerdekaan pada kali ini. Wartawan yang melaporkan bagi taw yang boleh dikira dengan jari kereta persendirian yang meletakkan bendera di kendaraan masing2...apa komen??

"Kinah, semangat kemerdekaan bukannya dilampiaskan pada terletaknya bendera pada kereta, bukannya pada terkibarnya bendera di sana sini," mungkin itu salah satu jawapan yang mungkin kinah akan terima.

"Yang penting penghayatan sejarah perjuangan pejuang2 negera dahulu kita ingat, dan belajar sejarah betul2" mungkin itu juga boleh jadi pilihan jawapan yang akan kinah terima kan.

Tapi, apakah dengan berkumandangnya lagu raya sana sini akan menghidupkan kita dengan 'roh' Ramadhan itu sendiri???

Apakah hiasan ketupat bergantungan sana sini akan dapat memberi jaminan bahawa masyarakat berpuasa dengan erti puasa yang sebenar???

Sambutan raya yang akan menjengah lagi beberapa minggu dah pun di 'heboh'kan dari sekarang, sedangkan sambutan kemerdekaan yang lagi beberapa hari masih 'tergantung' semangatnya...apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ni sbnrnya??

"Kinah, jangan cakap orang la, engkau pun bukannya ada letak bendera kat kereta kau," mungkin itu komen balas yang berkemungkinan kinah terima.

Ye, memang kinah salah seorang yang tak letak bendera tu semua. Apa yang kinah nak bawa kat sini adalah kisah lagu raya tu sebenarnya, cuma analogi kemerdekaan tu yang kinah lampirkan sebagai kiasan.

Sampai bila2 kinah takkan lupa kata2 mantan ketua syukbah kinah masa di matrik dulu yang mana kinah pernah jadikan salah satu status fb kinah...

"Bulan Ramadhan adalah universiti tarbiyah yang mana kita akan grad pada 1 syawal nnti," lebih kurang macam tu la ayat dia, sangat simple tapi menusuk jantung sesangat.

Terasa hiba kan bila kanak2 hari ini diajar utk dapat upah sehinggit utk puasa sehari, lepas tu di janjikan hadiah itu ini jika dapat puasa penuh. Betul, itu 'catalyst' utk kanak2 bg mereka terus bermotivasi untk berpuasa, tapi esok andai kanak2 itu dewasa, jika dia minta yg bukan2 utk memenuhi permintaan kita, jangan salahkan pihak lain....

Ada satu hari tu kinah tengok Wanita Hari Ini, kes cara didik anak nak puasa ni la.....ustaz tu akui tntg nk bg motivasi ni, tp yg lbh penting adalah bgmn kita meletakkan pengisian dalam erti puasa tu pada kanak2. Kenapa kita berlapar....

Masa kat matrik, kinah pernah di tanya oleh seorang chinese, tentang kenapa umat Islam wajib berpuasa......tersentap kinah kena tanya soalan macam tu.

"Erm......salah satu tujuan kenapa kami berpuasa adalah untuk rasa sama rata antara yang miskin dengan yang kaya....seseorang tu kaya macam mana pun, dia tetap kena puasa, tak boleh makan tak boleh minum...pada masa tu, sekurang-kurangnya dia akan belajar merasai apa yang orang susah rasa...." itu yang kinah terangkan....(terukkan penerangan kinah..tegur kinah ye shbt)

"Betul juga ha....kadang2 itu olang kaya makan sedap2, mana ada ingat itu olang miskin...o..saya sudah faham la..."lebih kurang macam tu la loghat cina dia, tak reti kinah nak ajuk.

Dalam bulan puasa di matrik juga la, soalan2 tntg Al-Quran la tentang solat la budak2 chinese yang mana kinah kenal tanya, pergh memang berpeluh juga nak menjawab. Dah la kinah masih bertatih nak belajar Islam, dan2 pula dia orang tanya kan.

Kalau baru2 ni, coursemate kinah, indian tanya kinah.

"sakinah, kalau saya tanya ni jangan marah taw, kenapa orang Islam tak boleh pelihara anjing ye??"

Ha, jawab la korang.....soalan simple tp jawapan mmg terbaik. Ni la masa utk kita 'clearkan' mereka, takut dia orang salah faham je. Tapi kinah dengan indian ni memang rapat..sangat2 rapat. Best kawan dengan dia, dia baik sangat.

Bila imbau kisah shbt2 dulu, bulan Ramadhan ni la mereka menang besar dalam peperangan..perang badar sebagai contoh. Hebat tak hebatnya semangat mereka demi Islam. Kinah kadang2 bila dah petang dah habis kuliah seharian, kadang2 terduduk juga sebab terasa letih....sungguh, semangat para sahabat tiada bandingnya, namun, jangan pernah leka, kerana tanpa izinNya mana mungkin semua ini terjadi.

Ramadhan,
Bertuahnya aku bertemu denganmu,
Bertuahnya aku bertamukan dirimu,
Kerna sungguh,
Tiada apa aku hidangkan,
Kerna masih mencari bekalan yang hilang.....

Ramadhan,
Maafkan aku sebagai hamba,
Kerana tidak menjamumu dengan selera,
Malah maksiat dan dosa terus kubekalkan,
Bukan tak sedar, cuma terleka
Dek permainan dunia permainan jiwa.....

Ampunkan hamba Ramadhan,
sudi kiranya kau berkunjung lagi,
kerna pasti akan ku nanti,
hingga ke akhir nafas ku ini...

Saturday, August 14, 2010

:: Kekuatan Bersedekah ::

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”

Allah menjawab, “Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh bulldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi “Ya Rabbi, adakah sesuatu alam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?”

Allah yang Maha Suci menjawab, “Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?”

Allah yang Maha Agung menjawab, “Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat apa pun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikat pun bertanya kembali “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?”

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, “Ada, iaitu angin” (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi “Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, “Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”.

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : “Wahai segenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”.

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.


~sumber : internet~

Thursday, August 5, 2010

:: Lelaki VS Perempuan ::

Hati pilu menangis lagi,
Saat terlihat sebuah lambaian,
Bulan sya'aban kan berlalu pergi,
Berganti dengan barakah Ramadhan.

Perginya hilang tersisa rindu,
Tertingalnya jejak di dalam hati,
Datangmu Ramadhan bukan selalu,
Datangmu kini membawa keberkatan Illahi.

Mencari pelita di pagi hari,
Menerangi malam sampai ke siang,
Sudahkah kita persiapkan diri,
Bertemu Ramadhan bakal menjelang..

Assalamualaikum wbt....

Dahsyatkan tajuk entry post blog kinah kali ni. Dah macam provokasi pun ada. Tapi, rilex dulu, jangan cepat melatah...tarik nafas dulu, minum2 air dulu ke kan..ke puasa??? bagus2...

Tak terasa kan masa berlalu. Perasaan kinah time ni, bercampur.. sebak+sedih+gembira+terharu semua ada. Rindu kat rumah pun ada juga, biarpun kinah sejak akhir2 ni tiap2 minggu balik sebab kena jalani rawatan fisioterapi. Cuma minggu ni kinah tak balik sebab badan tak sihat sangat untuk drive.

Bila diimbau, rasa macam baru je lagi bulan puasa tahun lepas....azam bulan puasa tahun lepas pun tak terlangsai lagi. Nak khatam dalam bulan puasa...masih tak dapat langsaikan. Mesti sahbat2 dah istiqamah kan dalam kes ni...bagus2...

Ok, kinah kali ni nak berkongsi sedikit rasa tentang isu lelaki vs perempuan ni. Bukan nak ajak provok ni taw, cuba kita sama2 lapangkan dada, fikiran untuk sama2 bagi pandangan, dan entry ni adalah pandangan kinah.

Bagi shbt2 yang pernah naik kereta dengan kinah, isu ni memang selalu la timbul masa drive. Kenapa, sebab orang dah ada mind setting tersendiri perempuan drive macam mana, dan lelaki drive macam mana.

"Kau tengok ek kinah, kereta depan ni mesti perempuan yang bawa," kata kawan kinah.

Bila lalu, memang sah, perempuan yang bawa.

Haish, kinah taip entry ni bukan nak bela driver perempuan ke apa tapi kinah tak berapa selesa dengan pandangan yang kinah sifatkan sinis ni.

Teringat senior kinah yang akan grad lusa ni, dia pernah bagi tahu yang kalau nak tengok sifat seseorang, tengok cara dia memandu..ini salah satu hasil kajian psikologi...

Pernah tak jumpa golongan kaum adam yang memang tak boleh ngam dengan hawa?? dia macam ada 'benci' skit dalam diri kaum hawa..dan pernah tak jumpa kaum hawa yang memang tak boleh terima kaum adam dengan apa cara pun??

Kinah pernah jumpa...

Kadang2 tertanya, kenapa boleh sampai boleh wujud golongan sebegini...ya, mungkin masing2 ada alasan tersendiri, berdasarkan pengalaman lalu ke apa kan...moga2 ia tidak berterusan.

Bila di imbau semula, kinah teringat time short sem hari tu. Kinah ada present tentang modenisme...subtopik kepada 'Fahaman Terbitan Daripada Sekularisme', jujurnya agak berat subjek ni, tapi banyak benda yang menyedarkan kinah.

Dalam subtopik modenisme ni, kinah tertarik pada satu point, iaitu

"Pihak Illuminati merealisasikan konsep modenisme melalui senario politik. Mereka cuba menaikkan daripada golongan muda ataupun lebih baik, daripada kaum wanita ke jawatan-jawatan yang penting malah bagi jawatan Presiden dan Perdana Menteri di negara maju"

Sebagai contoh yang dimuatkan dalam buku tersebut adalah Benazir Buttu, seorang wanita yang telah diangkat menjadi Perdana Menteri Pakistan yang kononnya melalui 'sistem demokrasi'.

Point ni buat kinah tersentap sebab sedar atau tidak, dunia sekarang kan terlalu sinonim yang kaum wanita nak buat segala benda yang kaum adam boleh buat....dan provokasi untuk mengangkat wanita menjadi Presiden atau Perdana Menteri adalah salah satu syarat permainan Illuminati secara tak langsung.

Bukan apa, kinah secara peribadi kurang selesa apabila dunia hari ini seperti 'menggagaskan usul' untuk membuktikan bahawa wanita adalah serba boleh dalam segala hal.

Bunyi macam kinah merendahkan martabat kaum sendiri, tapi kinah ada reason tersendiri.

Tak terkecuali kaum adam yang semakin galak 'meniru' kaum hawa...dapat kita lihat kan, pertumbuhan golongan 'mak nyah' semakin berleluasa. Bukan lagi berkadar terus dengan masa, malah berkadar exponen.

Apa sebenarnya yang cuba dibuktikan di sini??

Ada pihak yang duk sibuk nak angkat wanita jadi serba boleh, ada pihak pula sibuk untuk menjadi wanita, dan pada masa yang sama turut wujud adalah golongan2 yang memandang serong pada kaum jantina yang berbeza kan...pelbagai spekulasi atau pelbagai situasi berlaku dalam kehidupan sekeliling.

Dari kaum yang ditindas semasa zaman dahulu, kemudian diangkat dengan kedatangan Islam, sehingga hari ni, kaum hawa selalu diberi perhatian bukan...

Isu kaum hawa nak jadi kaum serba boleh tu, ada pro dan contra yang tersendiri. Mungkin baik di sesetengah bidang dan mungkin ada penambahbaikkan di pihak lainnya.

Macam ni....

Kenapa mesti ada kaum adam yang ada sifat 'benci' pada hawa...sedangkan ibunya adalah kaum hawa dan insyaAllah, peneman hidupnya juga adalah kaum hawa...

Begitu juga buat kaum hawa...kenapa mesti ada rasa 'benci' pada kaum adam.....

Jangan cepat mengklafikasikan seseorang tu dengan perspektif tersendiri dan kekalkan perspektif tu dalam kepala dan di aplikasikan untuk semua orang.

Kinah tertarik kepada terminologi yang kinah percaya kerap kali kita guna sehari-hari.. terminologi yang kinah maksudkan ialah IBU BAPA.

Kita lebih sinonim dengan IBU BAPA, bukannya BAPA IBU...kenapa??? ada sebab tertentu ke istilah di wujud?? itu mungkin luar batas pengetahuan kinah.

Cuma, apa point yang paling utama yang kinah nak kongsikan....dari istilah IBU BAPA itu sendiri, dapat kita lihat bahawa betapa tinggi terletaknya kedudukan atau martabat seorang ibu yang mewakili kaum hawa...

Kan kita sinonim, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu....

Tapi, jangan lupa, syurga seorang 'isteri' atau 'ibu' tu adalah di bawah suaminya...yang merupakan seorang lelaki, kaum adam. Rantaian ini bersambung dengan syurga suami itu masih di bawah ibunya...kaum hawa.

Rantaian ini bagi kinah sangat unik. Sebab ia adalah rantaian yang tiada akhirnya, cuma ia disimpulkan hanya pada Pencipta Alam yang Esa.

Rantaian ini yang menjadi jawapan kepada 'provokasi' ini kinah rasa. Baik kaum adam, mahupun kaum hawa yang sudah tentu kinah salah seorang daripadanya, setiap dari kaum ini Allah dah ciptakan dengan segala macam kelebihan dan kurangan masing2.

Jika isteri adalah Perdana Menteri Bumi sekalipun, bersuamikan seorang suami berpangkat biasa sekalipun, di rumah suami tetap jauh berkuasa kerana Allah mengamanahkan suami sebagai pemimpin, atau lebih tepat kaum adam adalah pemimpin kaum hawa.

Mengapa perlu masih dipanjangkan pertikaian ini?? Mengapa perlu di 'bias' kan mengikut jantina dalam beberapa hal??

Masih tidak cukupkah kelebihan yang dah sedia ada Allah ciptakan untuk setiap dari kita?? Manusia akan selalu melihat kepada perbezaan dan kelemahan kan, kinah pun tak terkecuali dari golongan ini.

Rantaian itu cukup simple, tapi terlalu besar makna di sebaliknya.

Duhai adam,
Dirimu terhias segala amanah,
Untuk memimpin puteri solehah,
Menjaga diri, amalan dan solah,
Dunia bukan tempat berrehlah,
Namun,
Amanah di galas dibuat bekal,
Untuk mendirikan baitul hikmah,
Mencari sinar sakinah mawardah warrahmah...

Duhai hawa,
Tercipta dikau seribu tarikan,
Terhias indah percikan kecantikan,
Bukan terhias untuk tatapan,
Pedoman diri dan juga insan,
Ingatan hari ini ke akhir zaman...
Kelembutan langkah perisai diri,
Esak tangis hadiah Illahi,
Moga diri dalam barakah Pencipta duniawi....

Salam kemaafan dari meja penulis untuk entry ni...segala yang baik dijadikan pengajaran dan yang sebaliknya jadikan tauladan. Kinah manusia lemah, masih mencari cebisan2 ilmu Allah di pentas sementara ini...segala teguran amat kinah perlukan.

Kinah betul2 minta maaf....harap shbt2 apa yang kinah cuba utarakan, dapat shbt2 memahaminya, bukan niat di hati nak cetuskan kontroversi...

Tuesday, August 3, 2010

:: Maghfirah Cinta ::

Salam kesembuhan yang tiada sakit setelahnya....sekarangkan musim selsema la demam la dan seangkatan dengannya. Bagaimana dgn shbt2 sekalian??

Hampir sebulan juga kinah menyepi dari blog ni...cuba curi masa, tapi idea menulis pula yang tiada. Dan kali ni, takde apa sangat yang nak dikongsi...sekadar mengisi masa lapang sebab kinah tak pergi kuliah langsung hari ni.

Kinah tak pergi kuliah?? ish2...jangan ikut taw perangai kinah yang satu ni.

Al-kisah kinah selsema sejak ahad baru2 ni dan ditambah pula dengan demam....kepala punye sakit jangan cakap la, semalam masuk kuliah tak taw pe yang belajar sebab kepala sangat la macam tak boleh nak absorb lecture...balik kelas, memang best, dan2 badan mendadak panas..

Bila dah demam ni apa lagi, rindu kat mama la...huhu bestnya kalau ada orang tersayang jaga kan, tambah2 duduk bilik single, lagi la takde sape yang tahu apa terjadi kat kinah..hihi. Manja sakinah ni rupanya...ish2..

Mengadap laptop tak sakit plak kan...sihat je kan..apalah..

Bila dah tak bleh nak buat apa2 sangat ni, kinah teringat kisah kinah pergi ke hospital 2 minggu lepas kalau tak silap. Sabtu malam....

Senang cerita masa tu kinah sakit siku...kalau nak sembahyang, jangan cakap la sakit time nak angkat takbir tu, memang menangis la. Nak lipat baju ke, terangkat tinggi skit pun sakit sangat2 siku kiri kinah. Jadi, disebabkan dah tak tahan sakit, kinah nekad nak ajak shbt kinah sorang untuk teman kinah ke hospital.

Di awal mesej, kinah seperti biasa, berlagak macho....kinah la yang akan drive ke hospital tersebut biarpun tangan sakit kan...dan saat2 nak start enjin kereta, tu dia, Allah tunjuk terus..kinah termenangis sebab sakit teramat...maka kinah pun mengalah la, shbt kinah yang bawa kereta.

Rancangan yang kononnya nak bertolak sebelum jam 8 malam lagi, telah menyampaikan kami ke hospital tersebut lebih kurang jam 8.30 malam. Dah ambil nombor semua, tunggu la turn kami. Orang yang tunggu turn tu jangan cakap la sikitnye...ramai sesangat.

Secara amnya, kinah boleh kata turn kinah dapat jumpa doktor lebih kurang jam 12.30 malam. 4 jam kami tunggu untuk giliran ni, memang terbaik la. Dalam tempoh 4 jam tu, macam2 gelagat yang kami jumpa.

Ibu muda yang beranak 3 yang comel2....kisah ni best sebab shbt kinah jelous tengok ibu muda ni sebab dah pun ada anak di usia muda...kinah pun boleh la kot termasuk kategori cemburu juga...hehehe.

Dari tepi dinding hingga ke tanah port kami, punye la nak menghabiskan masa 4 jam tu. Dan2 la plak shbt2 kinah ni dahaga, tawaf la hospital untuk air...cari mesin air 'gedegar'...ala mesin yang masuk duit syiling, then tekan button, air tu keluar..maaf la bahasa agak ting tong.

Exploration kami untuk mencari air tu memang best....time tu kul 10 lebih kot kalau tak silap. Dah la bangunan hospital tu bangunan lama, lepas tu teramat sunyi...lorong tu je yang berlampu, yang lain suram je..memang terbaik.

" Kak cik, kamu nampak tak apa yang orang nampak kak cik??" kinah tanya shbt kinah.

"Orang nampak ina...." jawab shbt kinah...kami same2 memperlahankan langkah.

Mengucap panjang juga la dalam hati ni. Kami ternampak satu kelibat putih yang sedang berdiri di satu lorong ni dan jaraknya tak terlalu jauh dengan kami. Ya Allah...ujian...ujian.

Bila semakin menghampiri, rupanya benda tu adalah papan iklan yang ada gambar orang tengah berdiri.....tapi yang kami nampak tu adalah pandangan belakang, tu yang nampak putih je....ok fine, alhamdulillah takde apa2. Serius dah cuak.

Antara memori paling kelakar dalam misi mencari air ni apa taw....kami sampai bertanya pak guard hospital tu kat mana kami boleh dapat air. Sekali pak guard tu sampai guna walkie talkie untuk tanya kawan dia yang jaga gate belakang...adui, dahsyat juga sampai tanya macam tu.

Penantian kami akhirnya terbayar setelah hampir 4 jam menanti...bila sampai turn jumpa doktor, kinah pun masuk je la. Doktor india perempuan yang sangat muda dan comel....lepas dia diognose segala bagai, kinah kena buat x-ray...tu dia...x-ray...

Kisah x-ray ni pun menarik...sebab nak x-ray pun kena tunggu turn gak la kan...takdir mempertemukan kinah dengan seorang mak cik ni dan suami dia. Sian mak cik ni, sebab anak dia yang ke-3 dah pun masuk ward, dia plak macam kena masuk ward juga lepas ni....

Masa kinah tunggu turn untuk x-ray tu, kelihatan di suatu sudut sana ada seorang indian yang berbalut kain putih dan tompok2 darah pada kain tersebut sedang asyik bersembang bersama seorang lagi lelaki india yang duduk bertentangan dengannya.

Part lelaki ni sangat psiko...kenapa kinah kate psiko, meh nak story2. Ada sekali tu, dia macam melutut menghadap ke cahaya lampu kat hospital tu kemudian dia menghantukkan kepala dia 3 kali ke lantai, setelah tu tadah tangan macam orang islam berdoa hala ke lampu tu. Kinah memang seram habis.

Lepas selesai tu, dia duduk balik kat kerusi dia, then dia speaking la plak kan. Kinah translate je la ek...

"Allah lantik saya jadi 'mesengger' dia...sekarang ni DIA baru bagi sikit2 kitab kat pada saya, nanti bila semua kitab tu dah lengkap, saya boleh terangkan pada semua orang terutama umat Islam...saya boleh bagi tahu umat Islam bahawa agama yang saya bawa ni adalah yang paling betul."

Dalam dialognya tu, dia sangat banyak guna perkataan Allah...kinah memang dah seram sejuk. Akak yang duduk sebelah kinah dah senyum sinis pandang kat kinah, lelaki sebelah dia pun dah gelak2. Ntah la, tak tahu dah nak gambarkan perasaan kinah masa tu...

Tapi, ayat dia yang buat mcam kinah kagum, "saya sakit, sakit ni Allah yang bagi...bukan kita yang minta.."

Hampir setiap pesakit yang dia lalu yang turut sama menunggu giliran di situ, itulah ayat dia akan ulang, tapi kelakar ayat tu tak pula di ungkap bila lalu depan kinah...sebab bukan apa, kinah dah stand by ayat nak balas...jahat kan kinah ni.

Tu kisah tunggu turn x-ray, meh kinah nak kongsi kisah kinah tunggu kat dalam bilik rawatan plak.

Kisah dalam bilik rawatan ni banyak buat kinah muhasabah diri. Sebab macam2 jenis sakit yang ada tak terkecuali gelagat pesakit tu sendiri. Kinah di 'pasang'kan dengan sorang adik lelaki ni, farid namenya..

Kami dipasangkan sebab kes kami sama...kinah dan adik farid ni kena jumpa pakar tulang...ya Allah, rasa nak menangis bila doktor tu kata kinah kena jumpa pakar tulang. Serius sangat ke kes kinah ni?? Muka maintan, senyum...tapi dalam hati...astaghfirullahal'azim....jangan la ada apa2 yang kronik.

Adik farid ni baru tingkatan 1, kecik sangat orangnya...dia datang bersama bondanya. Kesian dia menahan kesejukan sebab kami kena tunggu pakar tulang tu habis operation...dan sememangnya memakan masa....

Tapi, Allah ganti masa tu dengan segala gerak geri tindakan manusia yang sungguh memuhasabahkan diri ini....baik sihat, baik sakit, segalanya ada asbab yang tersendiri.

Di kanan kinah, ada seorang ibu yang setia menemani anaknya...anak dia dah demam 2 minggu, dan di masukkan air....kire ibu ni tunggu air dalam botol tu habis la...paling tersentuh, bersama ibu ni juga ada seorang anak kecil...

Merah mata adik tu kena cucuk untuk masuk air..ye la, agak sakit kot bile nak cucuk tu. Sampai tertidur ibu ni di sebelah kinah, dan di ribaannya anak kecil itu terlena sekali...

Kasih ibu, tiada harga kan....

Kita sihat, dia yang paling gembira, kita sakit, dialah yang paling susah hati. Masa nurse tu kejutkan ibu ni untuk sign apa ntah, kinah menitis juga air mata, sebab nurse tu sendiri tak sanggup nak kejutkan ibu ni.

Ada sekali tu, nurse check blood pressure adik ni. Then, bila dah siap, kinah cakap la, "owh, normal..." rasa perlahan dah kinah cakap, tapi ibu ni terdengar rupanya.

"Apa dik??" ibu tu tanya kinah

"Takde la, tekanan darah dia, jantung dia, kandungan oksigen dalam badan semua ok..." kinah cuba menafsir bacaan yang tercatat pada mesin tu.

Diastole, systole (salah eja kan...xingt la term ni)...semua normal. Kinah ingt2 skit la ilmu ni.

"Alhamdulillah, lega mak cik," itu yang terluah ibu tu...kinah makin sebak..tapi macho je la kan muka.

Tempat duduk kami plak berdekatan dengan bilik orang patah2 ni...memang 'best' bila terdengar ada orang menjerit sakit kan..adui, berdebar jantung ni rasanya. Keluar2 pesakit, tengok dah berbalut satu kaki kan...cuaknye rasa.

Antara yang paling menyentuh hati, sudah tentu terasa hiba melihat baby kena cucuk...bukan sorang, tapi ramai sgt baby malam tu yang kena cucuk. Menangis jangan cakap la, memang satu hospital boleh dengar...kesiannya...

Berbalik kepada kisah adik farid tadi...

Lebih kurang jam 4.30 pagi, baru la pakar tulang datang...muda sangat orangnya...doktor perempuan..yea, suke2.

1st pakar jumpa adik farid dulu. Lepas doktor check itu ini, doktor panggil mak adik farid ni masuk....serta merta air muka mak adik ni berubah...

Seorang ibu muda...farid ni anak sulong dia, memang sinonim dengan patah sana sini menurut ibunya...farid terpaksa di tahan wad. Tulang belakang dia lari skit, dan takut memberi kesan masa dewasa kelak.

Kinah masuk, tengok farid dah tak senyum langsung, sedangkan semasa kami di luar tadi, dia memang tak duduk diam...murah dengan senyuman. Pilu hati rasenya...

Semoga farid beroleh kesembuhan...harap takde la effect dia bila dewasa nanti.

Turn kinah...jeng2...

Kinah di suruh buat itu ini...pegang itu ini sebab nak tengok reflek tangan kinah. Teringat plak masa kinah ada appoinment dengan doktor pakar masa migraine kinah serius dulu...doktor suh main kotak tisu la, pegang kunci la...

Masa tu, rasa sedih sangat. Sebab dah macam orang kurang upaya pun ada. Tiada lagi keupayaan untuk jadi seperti sebelum ni. Allah nak tarik bila2 masa je kan, takde warning2 dah...segalanya terpulang pada kita.

"Siku awak takde apa2 yang serius, cuma ada masalah tendon. Tendon awak meradang skit. Pernah jatuh ke??" terang doktor.

"Jatuh?? Seingat saya, xde plak pernah terjatuh."

"Mungkin awak terlalu paksa diri untuk angkat berat..dan awak tak sedar yang dah mencederakan diri. Lagipun, awak tak cukup rehat. Baru nak baik je, awak dah aktif semula," rasa seperti dulang paku buah keras. Memang terkena habis muka ni. Sebab kinah kan degil.

"Awak drive ke??"

"A'ah..."

"Saya nasihatkan untuk jangan drive long journey la. Kalau boleh elak dari driving, lagi baik." Part ni kinah sentap....hehe.

Alhamdulillah...segalanya dah selesai. Kire takde apa yang serius, cuma kes elak drive tu, memang susah la kinah nak tunaikan.

Banyak sebenarnya yang terjadi lagi dalam bilik tu. Kes pak arab yang teman anak dia, sambil tunggu turn sempat lagi dia tazkirah anak dia (even kinah x faham arab, tapi boleh la)...

Kes isteri pengsan masa tunggu turn, then suami dia angkat dia ke bahagian kecemasan...banyak lagi la perkara yang sangat terharu.

Apa yang kinah boleh tuntaskan tentang isu ni ialah..

Harga sebuah kesabaran. Standard la, hospital kerajaan..dengan harga RM1, 4jam yang perlu dibayar...bersabar menanti giliran dengan penuh sabar biarpun ada masa teruji tahapnya. Lihat sekeliling, masih ramai yang lebih memerlukan perkhidmatan tersebut. Dan kenapa tidak, manfaatkan masa tu untuk renungkan semula setiap yang kita lihat di sekeliling untuk menjadi 'guru' kita....

Harga kasih sayang...baik ibu atau bapa, mereka tak sanggup untuk melihat atau mendengar yang anaknya di timpa sakit...tiada rungutan sepanjang mereka menemani si anak untuk mendapatkan rawatan. Tapi, bagaimana 'bayaran' kita kepada 'harga penantian' ibu bapa kita?? Apakah balasannya jauh menguntungkan atau tak balik modal....

Harga kesetian persahabatan....kinah teramat terhutang budi buat sahabat kinah yang sudi teman kinah 9 jam di hospital tersebut, malah menjadi 'driver' kinah malam tu. Bersabar melayang karenah pak cik2 kat luar yang macam2 gelagat menyakat shbt kinah ni, bersabar tatkala sama2 menunggu giliran...terima kasih shbt.

Harga nikmat kesihatan....Allah Maha Besar adalah pemilik mutlak segala yang ada. Hari ni kita sihat, belum tentu esok sama macam hari ni. Moga kita dikurniakan kesembuhan yang tiada sakit setelahnya...namun, sakit adalah penghapus dosa...moga kita menjadi hamba yang menikmati nikmat kesihatan yang dipinjam ni dengan sebaiknya...

Salam maghfirah cinta dari hamba yang hina ini.....salam renungan buat diri sendiri dan shbt2 semua....

Sunday, July 11, 2010

:: Memori 11 Julai ::

Salam alaik buat shbt2 yang sudi 'terbuka' blog kinah ni.....moga kalian semua dalam lindungan Dia harapnya, insyaAllah.

Bagaimana agaknya iman kita hari ini ye?? Dah perbaharui kalimah syahadah ke?? Mentauhidkan kembali Allah swt....kerana Dia yang selayaknya utk diutamakan dalam segala hal.

Kali ini, kinah macam nak mengimbau memori skit....versi ingat kenangan lama la...

Kinah pernah baca satu pepatah, "orang yg suke melihat masa lampau adalah seorang yang penakut"...mungkin betul kot, kinah dalam golongan tu.

Kinah memang suka imbau masa lampau, sbb bnyk yg mengajar kinah....tapi sebagai manusia yang waras, kinah kena pandai beza mana yang patut amik iktibar dan sebaliknya kan....

Al-kisah......

11 Julai 2010

Seawal jam 5.30 pagi lagi kinah dah menghirup udara yang diberi pinjam Allah ni...kerana menuntut jnji 6.15 pagi utk bertolak seusai subuh. Memandu dalam keadaan pagi2 ni sangat menarik taw, diselubungi kabus tebal.....best bangat...

Hari ini, adalah hari di mana kinah dan shbt2 lain akn mendaftar untuk check in hostel kerana semester baru bakal bermula esok...dah tua awak tu kinah wei....

Pagi tadi, kinah ditemani sahabat lama kinah...kami bertolak dari rumah dia 6.30 pagi....

Janji untuk berkonvoi, terbatal sebab yang sangat comel...hehehe...ada la...then kinah gerak dulu ke bangi.

Dalam perjalanan, di awalnya alhamdulillah, segalanya berjalan baik. Berhenti rehat sebentar di R&R temerloh kerana mematri janji pada bonda utk bersarapan....

Perjalanan terus diteruskan....

Orang tua kate, hidup tak selalunye indah, disangkakan panas ke petang, rupanya hujan di t/hari...

Kinah teruji skit kali ni sebab tibe2 kinah 'diserang' lagi....dua, tiga kali kinah berhenti tepi untuk releasekn 'serangan' tu...

Ntah kenapa, kali ni kinah sakit lagi...puas d fikir apa sebab dan punca, tp insyaAllah sakit tu penghapus dosa kan.

Lebih kurang 11 pagi juga sampai di UKM....

Daftar kolej, amik itu ini...angkat barang masuk bilik...segalanya dalam gerak perlahan, sebab x larat...kaki kinah menggeletar tu...tp angkut je la kan..

Masa isi borang daftar kolej tadi, kinah tertulis 12 julai....macam mana boleh tersalah tarikh ni??adui...


Mama, abah...hari ini ina datang daftar kolej sorang2, tapi ina tak sedih pun sebab orang lain pun macam ni. Tapi ina sedih semester baru akan bermula....insyaAllah tahun akhir ina. Ina takut nak berdepan dengan subjek semester ni sebab tak nak kecewakan mama dan abah.

Mama dan abah hantar ina sampai kat pagar rumah je tadi, tapi mama abah kirim doa untuk ina sentiasakan...doa untuk ina selamat segalanya... Ina minta maaf sebab tak jadi anak yang soleheh untuk mama dengan abah.....doakan kinah sihat sentiasa....

Itu memori 11 julai hari ini...11 julai 2010

11 julai 2005

Tarikh yang sama, tapi lima tahun lepas.....tarikh yang kinah takkan lupa, apatah lagi abang kinah. Sebab itu tarikh abang daftar masuk ke GMI, masa tu GMI kat cheras, tak pindah bangi lagi.

Kinah f4 time tu. Minta kebenaran khas untuk balik ke rumah sebab nak hantar abang...abang sgt seronok sbb dia dpt course yg dia nak...diploma dalam mechatronics..

Kinah, mama, abah, abang dan pok su yang ke cheras time tu untuk hantar abang. Ajak pok su sbb pok su tahu jalan...dia mahir skit area kl ni.

Paling kelakar, time tu family kinah baru beli kamera...habis sana sini amik gambar. Amik gambar time tu guna kodak lagi, mana ad digital time tu. Abang makan cikedi pun nak amik gambar..jakon la katekan.

Pagi abang nak daftar tu, abang pakai smart sangat....kemeja jalur2, dengan tie, kasut kilat habis..tak pernah tengok abg segak mcm tu. Then sorang2 amik gmbr dgn abang...kelakar rasanya...kinah simpan lagi gmbr tu...

Masa daftar kat GMI, nampak abang senyum je....ceria sangat. Kinah tumpang bangga sebab ada abang macam abang...kinah taw abang deserve utk semua ni..

Sekarang, abang dah grade pun dari diploma tu....dah keje bertahun...

Patutnya, 11 julai 2010 ni pun abang kena daftar utk sambung belajar ijazah dia, tapi tarikh tunda lagi....ina akan tetap sokong abang..

Kenapa 11 julai????

Sebab 12 julai adalah tarikh lahir ayah kinah....tarikh lahir seorang ketua keluarga yang amat kinah kagum. Bagi kinah, 11 julai 2005 umpamanya adalah hadiah hari lahir abah yang paling berharga.

Pagi tadi, sebelum bertolak, kinah sempat ucapkan selamat hari lahir pada abah...abah kelakar sebab dia macam 'janggal' bila anak2 ckap semua ni.

"Abah, selamat hari lahir.....moga murah rezeki terus, dikuatkn iman kite semua, doakan ina kawin cepat...hehehe" ucapan seorang anak yang ntah apa2.

"Ye2, selamat la...pergi cepat, kang lambat plak janji dengan orang," itu je yg abah balas sambil tangan macam 'halau' anak dia.

Abah kinah tegas...kalau tanya dia, then dia main mata je..huhu siap la...dah faham la. Tak pun abah bunyi "huh"...jangan la dah ditanya lagi lepas tu.

Tapi, ada masa abah ni kelakar sangat.

"Adik ada kat mana tu?? " abah tanya kinah sebab time tu kinah gi hantar kereta servis, then gi merayap kat shopping complex bersama shbt kinah sebab kinah kena tunggu turn 13buah kereta lagi b4 kereta kinah.

"Ina kat megamall ni..." jawab kinah, ringkas.

"Buka dah ke?? Adik tolong buka pintu kat mega tu ke?? awal sangat ni" ayah ala2 perli sebab masa tu memang pagi lagi, kedai baru terkedek-kedek nak buka....ades kena dgn ayah.

Dalam garang2 dia, abah seorang yg amat baik..sape tak sayang ayah kan.

Ntah la...biarpun memori 11 julai ni pada tahun yang berbeza, tapi bagi kinah membawa maksud yang sama.

Membawa maksud untuk anak2 abah.

Tarikh perjuangan anak abah bermula di medan ilmu berbekalkan doa abah, semangat abah, dorongan abah biarpun abah tak pernah zahirkan...tapi ina dengan ayen tahu abah...

Tambah2 pula sempena bulan berkat bulan Rejab ni, moga Allah dan seluruh isi alam terus mendoakan kesejahteraan keluarga kita hingga syurga sana....

Buat ayahanda tercinta,
Anakanda tahu,
Bukan gunung permata yang dipinta,
Bukan timbunan emas yang diduga,
Anakanda tahu,
Keringatmu tiada harga di mata dunia,
Biar dihitung akhirat sana,
Bukti susah payahmu membesarkan kami,
Anak-anak yang mula belajar erti duniawi,
Yang mencabar dini hari,
Jika iman dan akidah tidak dialasi...

Buat ayahanda tercinta,
Air matamu tumpah saat anak-anakmu dilahirkan,
Tapi,
Apakah mampu anak-anak ini
menumpahkan lagi air matamu pada kejayaan yang dicari??
Apakah mampu anak-anak ini
menumpahkan lagi air matamu pada berkat Illahi??
Sungguh....
Maafkan anakanda, ayahanda.....
Maafkan anakanda
kerana mungkir janji....

Tapi satu,
anakanda tahu,
Takdir yang berayahkan seorang ayah
seperti ayahanda,
adalah takdir yang
anakanda takkan pernah mungkiri....
Janji itu terus terpatri di hati.


p/s : dlm mood still rindukn family...risaukn keadaan mak yang tak berapa baik. Jom semangat utk belajar betul2....chai yok2, gambate

Thursday, July 8, 2010

:: Illuminati & New World Order ::


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengampun...Dia yang memiliki segala kita 'miliki' dini hari, Dia yang memberi segala yang kita 'beri' pada insan lain kerana Dia adalah segalanya...

Terkadang, perlu sekali dua diri ini 'dipaksa' untuk mendengar atau membaca atau melihat perkara2 yang boleh mengingatkan siapa kita semula iaitu sebagai khalifah di bumi ini... Paling terang bersuluhkan spotlight, ialah mukjizat agung, Al-Quran...

Sebagaimana ada ayat yang menyentuh bahawa gunung-ganang pun berkecai runtuh dek kerana takut untuk menerima amanah itu, dan kita manusia di taklifkan untuk pegang amanah ini...dalam surah al-baqarah rasanya ayat ni, tolong betulkn sy, tak ingat sangat...

Sekarang kinah sedang menghitung hari nak balik kampus, sedih rasanya diri ini bakal meninggalkan bonda dan ayahanda tercinta lagi...tu belum masuk kes kawin, kalau dapat suami jauh, lagi hebat ujian kan...maka cari orang dekat la ni?? terpulang pada jodoh la kan...

Ish, jgn layan sgt kinah ni, opening ala2 insaf then jump to kawin2..apakah...

Ok, kite masuk isinye ek...tentang apa yang kinah nak share..


**********

SAINS POLITIK YANG DIRAHSIAKAN

(mood ala2 berfalsafah skit, test2..test...)

Adalah seorang hamba Allah ni yang diberi nama John Robinson, seorang proffesor la pernah menulis sebuah buku tajuk "Proofs of a Conspiracy"..buku tu telah mendedahkan satu gerakan sulit yang diberi nama ILLUMINATI.

Meh nak bagi sedikit sebanyak background ILLUMINATI ni...Kinah tulis macam dlm bentuk biodata ek, ringkas skit..

Pengasas : Adam Weishaupt

Tempat di asaskan : Jerman (jgn sokong jerman dalam world cup ye..iklan jap)

Tarikh keramat : 1 Mei 1776

Tujuan penubuhan :
i) nak hapuskan semua agama (bukan Islam je, termasuk Kristian+Hindu+Budha+dll)
ii) nak hapuskan semua kerajaan yang sah
iii) nak hapuskan semua institusi tradisi dan gantikan dengan 'New World Order' atas kemusnahan agama dan kedaulatan negara2 lain

Tuhan mereka : Lucifer (sejenis ke seekor syaitan)

Mereka anggap :
i)mereka umat Allah yang terpilih dan suci, maka umat lain perlu berkhidmat utk mereka
ii) umat selain dari Yahudi dipanggil 'goyim' - [ keldai yang ditunggang oleh umat terpilih ; means mereka la; tp ada pihak consider goyim tu lembu]

Mungkin ada segelintir dari shbt amat familiar tntg ni, maka jom same2 kite berkongsi...kite dah lame nak share tntg ni bukan apa, terlalu membuka mata dan minda rasanya.

Segalanya bermula bila kinah dan shbt2 lain nk buat short sem, then kami tiada pilihan lain melainkan ditetapkn utk mengambil subjek Sejarah Pemikiran sebagai salah satu subjek kami. Kinah bersyukur sgt sbb pensyarah yang mengajar kinah plak Dr. Aminuddin Basir, seorang pensyarah yang pernah menghadiakan Al-Quran mini utk kinah...dia baik yg amat.

Saat dengar perkatan 'Sejarah Pemikiran'..huhu, tak tipu dalam kepala ni fikir mesti subjek membaca olus kena ingt bnyk fakta semua la...rela ingt rumus kot..

Tapi, bila dah melangkah dalam subjek ni, ternyata ia bukan sekadar sebuah subjek tapi majlis ilmu yang teramat indah perkongsiannya...

Banyak yang kami pelajari, dan dalam entry kali ni kinah nak share mukhadimah skit tentang apa itu illuminati...kenapa dia wujud kat dunia ni..

Shbt2 dah baca kan 'biodata' pertubuhan ni kat ats tadi...meh kinah nk hurai dalam bahasa kampung skit.

Senang cite ILLUMINATI ni adalah sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh golongan pemodal elit antarabangsa yang berniat nak menguasai dunia dengan mengimplementasi atau praktikkan 'New World Order' yang dia org cipta.

New World Order ni macam satu undang2 yang dia org cipta utk kuasai dunia ni, macam2 cara dia org guna utk kuasai dunia ni.

Pernah dengar perkataan FREEMANSORY??tu adik beradik la...

Nak taw betapa mantap tak mantap perancangan dia org ni, kinah nak kongsi dlu tentang rahsia logo dia org...biasanya logo syarikat ke apa semuanya akan melambangkan apa syarikat tu buat kan, so same goes to this goup..

Ni logo rasmi ILLUMINATI...



Nak tafsirkan sedikit sebanyak pe maksud di sebalik logo ni...

Kat bahagian atas tu ada tulis 'ANNUIT COEPTIS' yang membawa maksud 'PERJUANGAN KITA'....sah2 dah terpapar semangan 'juang' dia org

Bahagian bawah plak tulis 'NOVUS ORDO SECLORUM' yang membawa maksud 'ORDE SEKULAR BARU' atau kite modenkn skit New World Order la...

Part paling penting, piramid tu sebab kat tengah-tengah logo ni...sape hebat, kirekan berapa line piramid tu??

Semua sekali ada 13 tingkat..

Kenapa piramid?? Apa maksdunya?? Piramid ni merujuk kepada 'Great' piramid di Egypt iaitu tempat sumber ilmu sihir di zaman purba..

Then ada mata (1 je mata) kat atas piramid tu..mata tu merujuk kepada MATA TUHAN LUCIFER yang melihat semuanya...

Nampak tak skit perkaitan piramid tempat sumber ilmu sihir dengan makna simbol mata ni?? Itu kire macam pegangan akidah mereka la...

Kenapa ada 13 layer piramid tu??

13 merujuk kepada untuk menginatkan mereka bahawa antra tugas penting mereka ialah untuk memusnahkan agama yang dibawa oleh Nabi Isa a.s dan 12 pengikutnya, antara lain 13 itu mewakili 13 puak Israel yang berdiri blkg merka..

Logo ini terpampang jelas pada duit satu dolar amerika yang digunakan sehari2 di benua sana...tapi percaya tak kalau kinah kate, masih ramai rakyat amerika sendiri yang tak tahu tentang ni, tak amik kisah pe yang tertulis atas duit merka, ini hakikat....



Then, perasan tak tarikh penubuhan ILLUMINATI ni?? bawah piramid tu kan ada tulis pelik2 skit, MDCCLXXVI itu represent tarikh penubuhan tp dalam bahasa apa kinah dah lupa..

Sebut tentang tarikh, satu lagi yang nak dikongsi, sape perasan betul2 tarikh dia?? 1 MEI... tarikh yang sama dengan hari pekerja...tak sengajakah tarikh ini sama atau ada org yg plan?? renungkan...

Tu je dulu yang nak kinah bagi taw...nanti2 kite sambung ek.

Tapi, kalau shbt2 rajin, cuba la explore kat dalam youtube search The Arrivals. Ia sebuah dokumentari yang di buat oleh dua orang anak muda yang sangat hebat... Dalam tu akan mengupas dari banyak aspek...ada 50 episod sume sekali.

Tapi, kalau nak direct soft copy, boleh je minta kat kinah....(thanks to shbt kinah, amir kerana sudi share ilmu ni)..ataupun, boleh minta video tu kat kinah..email kinah ina1619_sha@yahoo.com.my, kinah akn compress kn dlm zip file...

Salam ilmu perkongsian...nanti kite share lg...

Jom berkongsi